Mungkin dosa kita lain-lain tapi hak apa kita ada untuk downgrade orang lain, mencemuh seperti kita sungguh bersih dari dosa. Kadang-kadang, haruslah ada rasa bersyukur sebab Allah swt banyak simpan aib kita dan dosa kita yang tak terjangkau atau mungkin kita tak pernah perasan yang kita adalah pendosa.
I have been through a lot past few months. And I gave a lot of thinking.
Kadang-kadang masalah buat kita rasa teruk dan berputus asa, tapi bila dah sampai penyelesaian satu masalah tu, kita baru perasan manisnya dugaan tu - baru nampak hikmah disebalik kesusahan tersebut. Kita akan perasan, siapa yang setia memberi sokongan malah ada yang sanggup berkorban demi memperbaiki keadaan sekeliling. Ada pula yang melatah dimakan oleh amarah hingga kadang kadang aku terfikir, adakah engkau orang yang selama ini aku kenali. Ada juga yang beraksi sungguh tidak bersalah padahal mereka adalah seperti duri didalam daging dimana aku pun tak faham apa motif menyebabkan mereka bertindak sebegitu. Mungkin, judgement aku salah, tapi dalam semua perkara yang dah terjadi. Aku cuba untuk memaafkan dan redha.
Kita tak boleh nak ubah sikap orang lain, malah bagaimana mereka berfikir ataupun apa persepsi mereka - kita tak pernah ada kuasa untuk ubah. Tapi kita berhak dan mempunyai kuasa penuh untuk merubah diri untuk jadi yang lebih baik.
Aku perasan, aku pendendam, aku pemarah, tapi bila dah tua-tua macam ni I've learn the lesson, all those negative vibes only bring you pain. Macam bergaduh melayan amarah tu sungguh meletihkan. Aku mula percaya yang penerangan tanpa pendengar yang terbuka hatinya tak akan pernah didengari. Aku percaya kata-kata yang dilemparkan semasa marah sentiasa membawa kepada lebih keburukkan dari kebaikkan. Aku percaya yang orang yang dipercayai boleh juga jadi orang yang paling bahaya untuk dipercayai. Kekecewaan demi kekecewaan dengan keadaan ini buat aku jadi redha.
Mungkin aku bukan dalam keadaan yang paling teruk ketika ini, aku punya tunangan yang memahami. Aku punya orang yang sentiasa mahukan aku hidup dalam bahagia. Aku punya adik dan keluarga yang supportive. Aku punya fikiran yang waras setelah berkali-kali dihina dan dikhianati. Aku belajar untuk bersyukur dan redha. Dan redha.
Memandangkan Ramadhan yang kian hampir, aku terdetik mungkin ini adalah batu loncatan untuk aku lebih dekat dengan Tuhan. Mungkin dugaan gila ini membuat aku tertampar dan sedar yang Dia sahaja yang mampu merubah hati manusia,
Another Ramadhan di perantauan. Another first day Ramadan without good company.