Tadi I tengok cerita Payung Siti Fatimah. Ouh, it is about polygamy. Ahah, tapi memang credits given to both of their actress la sebab pakai tudung dengan sangat cantik and buat I rasa teruja each time diorang tukar baju. Lagi-lagi si Bienda cantik itu. Ok, ini bukan topic yang I nak cakap, but pasal poligami.
Ingat tak dulu I pernah buat satu entri pasal poligami? And I did tell you that I don’t mind. Ok, ni kita buka cerita baru pula okay. My new concept of poligami setelah menonton drama Payung Siti Fatimah. And mana tah entry dulu tu, I tak jumpa. ;-(
Percakapan suami isteri yang
biasa kita dengar dalam bab poligami.
Waktu, sure sebelum masa tidur dimana suami sambil cuba untuk mengambil hati isteri sebelum memulakan pebualan.
Suami: Sayang, abang ada benda nak cakap.
Isteri: Apa dia bang? (sambil terus mengadap muka suami, tersenyum)
Suami: Abang nak kahwin lagi. Abang rasa abang mampu. Lagipun, kami dah jalinkan hubungan selama berbulan-bulan. Kalau boleh abang nak izin sayang dulu sebelum kami berkahwin.
Sambil isteri membuat muka terkejut dan mula mengalirkan air mata.
Isteri: Siapa dia abang? Sampai hati abang buat ayang macam ni? Kenapa bang? (sambil menangis dan menumbuk-numbuk si suami)
Suami: Kami pernah bercinta zaman sekolah dulu. Abang baru jumpa dia, abang tak boleh tipu perasaan abang.
Drama pun berlaku akhirnya kita tetap dapat tahu si suami kahwin baru dan si isteri dimadukan tanpa rela.
Tapi bab poligami dalam cerita sekarang dah lain. Percakapan suami isteri yang
tidak biasa kita dengar dalam bab poligami.
Waktu time nyaman-nyaman sambil minum teh si isteri yang memulakan bicara selepas beberapa hari mempertimbangkan keadaan.
Isteri: Abang, saya nak abang berkahwin dengan si-A.
Suami yang sedang minum pun tersedak. Sambil terus memandang si isteri. Tidak percaya.
Suami: Apa ayang cakap ni? (dalam hati berfikir, mana dia tahu perempuan tu ex aku? Cerita lama)
Isteri: Ayang jumpa surat abang dengan dia dalam stor. Dia susah abang sekarang, dia perlukan perlindungan seorang lelaki. Ayang bersedia abang.
And bla.. bla... bla... bla... If korang tengok cerita tadi korang akan faham conversation tu jadi macam mana.
Gambar tiada kaitan dengan mana-mana pihak, tapi smart tak lelaki ni kahwin 3 terus? Gila!
Ok, it is weird you know when a woman started all those polygamy thingy. It is not normal for me. Pernah korang fikir untuk cakap kat boyfriend korang, “Awak pergilah couple dengan ex awak tu, dia masih sayang awak lagi. I don’t mind as long as awak still sayang saya.” Pernah?
When it comes to marriage and the guy yang korang sumpah sayang itu dah sah jadi suami korang. Boleh tak terlintas nak dia kahwin lain atas pilihan korang? Ok, maybe bukan I lah sebab I memang hati tak suci sampai macam tu sangat. At least not for now sebab memang I tak rela if boyfriend I sekarang ada girlfriend lain. Sumpah I lempang dia laju-laju sampai terbang naik bulan. Ahahahaha..
Tapi, bila I dah kahwin and sang suami mula buat perangai and ada perempuan lain. Auwwww. Siap mintak kahwin lain lagi sambil bawa surat mahkamah kebenaran kahwin lagi suruh I sign. Aduh, if dia mampu I mungkin, mungkin ya disitu membenarkan. Ye lah, daripada I ditipu bodoh dia dah ada anak 5 tahun baru I tahu I dah dimadukan, better tahu dari awalkan? Truth is hurts la kan.
Cuma, memang ciri-ciri wanita yang bakal menjadi madu I memang I kaji siap upah PI lagi kot. And seriously, if I rasa suami I tak mampu untuk adil, tak mampu dari segi harta and tak mampu dalam apa-apa segi pun, memang I akan bantah. So bakal suami saya, sila jangan tersenyum dulu. Poligami, orang yang betul-betul kuat iman je kot boleh buat. Kan? Oh lagi satu, bakal madu itu juga mesti boleh terima poligami. Tak nak lah nanti I diracun sebab dia tanak share husband. ;-p
But seriously, I akan berusaha gigih untuk elakkan poligami jika sudah berkahwin. Senang untuk cakap itu, cakap ini, demand itu, demand ini. Tapi hati yang parah kat dalam bila dimadukan, siapa yang tahukan? Mesti ada pain dia. Oh, beremosi pula I ni. Macam sudah dimadukan pula rasa. Ahahaha.
Apa benda I merepek malam-malam ni?
Ahhh.. good night!