04 March 2010

Review cerita The Book of Eli


Sebab dah lama tak tengok movie dan kurang ambil tahu pasal trailer, I memang dah blur bila keluar hari rabu waktu movie day. Ergh. So after few minutes beratur, Hakim decided untuk tengok cerita The Book of Eli, which I dont have any idea what is that about. Even trailer pun tak tengok. So you know, the mood untuk tengok memang zero!

So ceritanya begini, satu lelaki yang berjalan ke barat untuk menghantar buku ke tempat yang instinct dia cakap, yeah, this is it. Ceh ceh. So sepanjang perjalanan dia ada la benda-benda yang ditempuhi. Macam kena serang dengan perompak berkumpulan. Nampak kru motor berbunuh tanpa berdosa. Then last-last sampai satu bandar kecil. Time jumpa bandar baru macam rasa, yeah, dah start cerita ni.

Cerita ini teramatlah sangat selowwwwwww. Berjuta kali juga kot I cakap, bila nak habis ni? Cerita apa ni? Sampai tension si Hakim dengar i merungut tapi mata asih pandang screen tak nak rugi rm6 ringgit Hakim belanja tengok movie. Gahaha.

Tapi ending cerita ini buat i rasa macam nak tengok lagi sekali. Sebab last-last baru tahu yang si Eli ni buta. Padahal time awal-awal dia siap berpedang, bertembak, bertumbuk dengan segerombolan orang. So, mestilah kita expect dia tak buta kan. Pasal tu kena tengok lagi sekali cari kesilapan cerita ini. And curiosity melampau i ni sampai sanggup google betul ke si Eli tu buta. And jawapan orang memang make sense.

Maybe this is usefull untuk orang yang dah tengok cerita ni kot. I mean, u know the jalan cerita so boleh agak part mana i tengah cakap sekarang. Buti si Eli itu buta;

1. Time awal-awal nak panah kucing tu, Eli tak panah kucing tu sampai dia dengar kucing "meow" baru dia pegi panah and matilah kucing tak ada bulu tu. Kenapa kucing tu tade bulu eh?

2. Dia ada jumpa kereta yang ada orang dalam tu, dia check pegang kaki orang tu rasa orang tu ada pakai kasut tak. So tak ada, dia terus blah. Bila kat rumah tinggal tu, again dia pegi rasa kasut mayat gantung tu. Tapi aneh, mane dia tahu ada mayat gantung depan tu. (kena tengok sekali lagi ni!)

3. Time kena serang dengan segerombolan perompak, dia tahu ada orang lain bukan sebab dia nampak tapi sebab dia bau ada orang lain kat situ. Means, walaupun tak nampak dia ada sense lain. Lagi satu aneh, mcm mana nak berlawan kalau buta?

4. Part tembak menembak. Si Eli hanya menembak orang yg mula menembak dia. Kalau orang tak tembak, dia tak tahu orang kat mana so tak boleh nak tembak. Pasal tu orang yang diri kat tengah pegang pistol tu tertinggal tanpa ditembak, sebab dia tak tahu ada orang lagi kat situ.

5. Si burung tu, dia boleh dengar burung tu terbang dekat kepala, bukan tengok atas. Eh, ada ke dia tengok atas time tu, tade kan? So deria dengar dia memang macam helang lah! hebat. Kenapa tiba-tiba helang keluar pulak?


Ok dah, Memang kena beli CD murah and kaji cerita ini. Ceh ceh, macam ada juta-juta masa je kan nak pergi kaji satu ekor movie. Btw, perempuan dia hot! Mungkin taste perempuan yang boleh buat i rasa, wow, she's hot macam ni! Bermesti kena rambut panjang.


I tak adalah cakap story line dia tak best, cuma cerita ini agak slow. Jadi memang awal-awal u guys rasa tak worth it watching, but then bila dah tahu ending memang akan jadi macam i, nak tengok lagi. Heh. Or maybe cuma i, sebab Hakim tak kecah ajak tengok lagi pun. Hiks.


Ok bye for now!

02 March 2010

Uh oh?

Heee. Previous entry memang cari pasal. But seriously let me make it crystal clear here, saya tidak bergaduh/bertengkar/bertekak dengan Hakim. Maybe entry tu macam the way untuk I konon-konon nak share pasal I, dia dan dota. TET! Sungguh gedik yeah I know!

I tak bermaksud nak menyakitkan hati sesiapa, I tak bermaksud nak bergaduh. Lalala. Chill okehh! But if ada yang macam rasa tak senang dengan previous entry ini, sorry tau! Jangan makan dalam.


So tadi I dah bual-bual dengan dia. Usually if dia pegi main dota, I akan sogok myself tengok drama. Jadi seriously I memang pembeli CD yang selalu. So far sepanjang dengan dia I dah banyak tengok cerita. And biasanya I jarang beli cerita Korea or Japan sebab, panjang sangat mungkin. So far i masih ingat i pernah tengok;

#1 Desperate Housewives - I mmg feveret cerita ni sebab gabriel solis. Dillema housewives yang macam-macam including friendship. Best! I paling kurang adore dekat Susan, maybe sebab dia macam dependent. Heh. But I belum beli lagi season 6 sebab baru part 1, nanti bazir je. ;-p

#2 Dirty Sexy Money - The darlings yang penuh dengan drama. Mama-mia! Kesian betul kat lawyer dia yang terpaksa pening dengan family ni. I baru habis tengok season 2 and I tak sabar nak tunggu season 3 dia. Aish! (-.-")

#3 Ghost Whisperer - I penah ceritakan yang I betul addicted kat cerita ni. Pasal Melinda yang boleh tengok hantu. Part sedih mestilah bila soulmate dia mati. (T.T) But then hero mane boleh mati so still ada jejaka pilihan I tu. Dah keluar season 5, tapi I tak beli lagi. Can't wait!

#4 Kyle - Oh yeah, I first time tengok kat TV. Then jatuh cinta tengok muka innocent si Kyle. So since dah keluar cd, i pegi beli. So far tak pernah miss lagi. Ohh, I prefer Kyle dengan Amanda!

#5 True Blood - If time baru-baru tengok memang I banyak complain pasal cerita ni. Tapi lepas tengok, I dah tak sabar nak tunggu season 3 dia. Eh, dah hero kena culik, mesti aa nak tau jadi apa kan. And I rindu nak tengok muka Eric!

#6 Vampire Diaries - Still tade cd, ambil dari hakim lepas dia download kat rumah. So rasa macam tak proper je tengok. Cepat la penjual cd tu jual!

#7 Heroes - Tapi time season 3 I maca dah malas nak tengok sangat sebab jadi makin complicated serta merepek. So I mmg sumpah tak tade feel nak tengok lagi kot. ;-p


Eh baru 7? Ok, I ada Criminal Mind yang tengah tunggu time nak tengok. And I maybe nak pegi beli my very own GG and 90210 season 2. Lalala. Lepas tu kan, any suggestion nak tengok cerita apa lagi? Nak kena beli cd lagi banyak so tak kacau dia while dia tengah sibuk. Sheeeesh~

Padahal sedar diri yang banyak kerja menimbun tunggu nak kena buat. Heh. Ok dah malas nak belog. Malam! :D

01 March 2010

Cerita dia, dota dan saya

Dan semestinya, saya adalah orang ketiga dalam perhubungan ini. Sebab bukan saya orang yang akan berjaya buat dia bahagia ataupun tersenyum puas, bukan. Bila menang dota baru dia akan rasa gembira sampai boleh study. Betul tak tipu.



Mungkin boleh panggil saya Miss Big L sebab kalah pada suatu permainan internet yang addictive, tapi bukan saya sahaja yang mengalami masalah ini, mungkin ramai-ramai-ramai lagi mengalami dilemma Big L yang sama dengan saya. Nak marah rasa macam loser marah over a game tapi macam mana nak elak marah sebab 'mereka' boleh straight main sampai esok pagi.


Jadi kes saya macam gini. Selalunya waktu weekend saya akan balik rumah. Jadi bila balik rumah memang boyfriend adalah ignorance. Dan biasanya saya bertugas untuk mengejut dia bila sudah sampai waktu tengah hari melampau.


Malam sebelumnya, dia bagitahu saya yang esok rakan-rakannya ada tournament dota. Ulang suara, rakan-rakannya bukan dia sebab dia kata dia bukan dalam first team. Jadi bila saya dah di inform macam gitu ada instinct yang terdetik berkata esok dia akan bangun awal pegi tengok rakan-rakan main dota. So bila bangun pagi tadi, saya call dia dan Alhamdulillah, untuk ke sekian kalinya dia bangun pagi tanpa dikejut saya hanya untuk melihat rakan-rakan bermain dota. Padahal kalau nak kejut dia bangun lunch pada hari biasa akan memakan masa sampai pukul 12 lebih. Kuasa dota terhadap dia memang kuat. Sangat kuat. Undeniable.


So fine, sepanjang hari saya jarang kali telefon dia sebab tahu dia akan sibuk dengan rakan-rakannya serta dota. Jujur, saya rasa kalau saya nak keluar menggatal dengan lelaki lain, waktu tournament dota, itu adalah waktu yang paling afdal sebab saya tidak akan diganggu langsung. Langsung. Mungkin dia dah lupa dia ada saya waktu dia nampak dota. Mungkin. Tepat sebelum maghrib saya call dia, dalam hati berfikir, takkan tournament tak habis lagi. Dia dah balik, siap tidur lagi, minta tidak diganggu.


Mujur saya ini seorang yang mudah sejuk hati lepas diberi waktu untuk bertenang. Dia ajak saya teman dia makan. Memang saya baik hati, tapi saya tak boleh tipu, saya dah berbakul-bakul kutuk awak dengan dota awak. ;-p


Waktu dalam kereta on-the-way pergi tempat makan, awak bagitahu, team awak menang tempat ketiga dan first team awak menang tempat pertama. Ulang lagi, team awak menang tempat ketiga. Ulang lagi, team awak. Awak main rupanya. Ok fine mungkin saya ini bodoh tak sedar rupanya dari tadi lagi awak main. Dah terima kasih banyak juga sebab saya jadi orang terakhir yang tahu awak main bersama rakan-rakan. So nampak tak betapa pentingnya dota untuk dia berbanding saya?


So dapat tak at least korang rasa apa yang saya rasa sekarang?
Fine maybe some of the guys akan cakap, "Alah main dota je pun bukan pegi berfoya-foya." But please take note, korang akan ignore semuanya waktu korang tengah main dota. Seolah-olah life korang hanya untuk dota. At least kalau korang pergi berfoya-foya korang tetap contact perempuan untuk cover line. Dan saya tak akan rasa terhina sangat sebab kalah untuk sebuah game hodoh.


Pernah dia kasi alasan dulu, main dota sebab environment, kawan-kawan semua main dota. So saya kadang-kadang senyap tak merengek bila dia main dota, beri peluang pegi main dengan kawan. Tetapi FYI, waktu cuti semester lepas, tiap-tiap malam dia main dota guna Garena. Walaupun dekat rumah. So tak ada bezanya. Cinta dia dekat dota memang tak boleh dipisahkan. Dan FYI sepanjang cuti dia akan bangun super lambat. Dan tiap-tiap malam juga dia akan main dota sampai pukul 6.
Now bagitahu saya, patutkah saya berhidup dengan orang yang sebenarnya jatuh cinta dengan dota dan bukan dengan saya?


Kalau sebelum ini saya bersyukur sebab ada boyfriend yang tak smoking ataupun telibat dengan nikotin yang membahayakan kesihatan. Tapi sekarang, saya sedar, lepas rokok, lelaki ada satu nikotin lain yang boleh membahayakan hubungan lelaki-perempuan. Dota. Mereka main hampir tiap-tiap malam sampai subuh. Mereka main tak kira waktu tanpa pedulikan deringan telefon. Mereka main siap masuk tournament walaupun esok ada test.
Ok fine, good luck untuk test kau esok. Saya sure malam ini dia sanggup tak tidur sebab kena study untuk test esok. Sanggup dia stay up untuk study lepas main dota seharian. Kalau esok test lepas tu saya ajak dia keluar dating hari ini mesti dia jawab, "esok i ada test, i nak rest siang malam nak kena study tak tidur." Dan selepas itu memang dia tidur sepanjang siang dan malam sibuk menelaah pelajaran. Nampak, saya kalah lagi. (-.-")




Sekarang dekat semua readers yang baca entry ini, saya nak korang post a comment atau leave something kat tagboard if korang agree dengan entry ini. If cukup 20 orang yang agree saya tak sepatutnya masuk campur lagi dalam hidup dia dan dota ataupun saya tak patut berkecil hati sendiri bila tengok kasihnya dia terhadap dota, saya akan melancarkan satu perang yang serious terhadap dia dan dota. Perang yang memungkinkan saya menjadi lebih ego dan lebih sayangkan diri sendiri.




Ok, enough. Saya anti-dota.