Esok pagi meeting. Macam tiap-tiap minggu je pun meeting, tapi tiap kali meeting I tetap rasa otak I kosong pegi tulis apa yang semua orang cakap. Sila take note, semua orang. Heh, patut jadi secretary I ni. Tapi tanaklah berboskan bos yang garang dan selfish dan kaki perempuan dan gatal dan dan dan, mestilah nak yang best aja. Paling koman pun boss mesti baik sokmo belanja makan, sambil tu wife dia yang datin pun baik hati, kasi beg LV lama-lama dia kat I bila dia beli beg baru. Fuhh. Memang bahagia betul kerja gitu.
But hey, I bukan secretary, I cuma seorang jurutera tak sampai sebulan umur. Kira kalau parent paksa jalan makan sendiri memang I merengek nangis. Haha. So I pun tak expect pape dekat diri sendiri. (_ _") <- muka putus asa nak berhidup, belajar malas, kerja tak tau, tapi kena sara hidup sendiri. Kenapa dah 22 tahun 11 bulan beberapa hari I dah hidup? Kalau baru bulan-bulan mesti sedap je masih tidur dalam pelukan hangat ibu menyusu bergigih jadi baby montel. Tak adalah kurus begini bagaikan kurang nutrisi padahal makan cukup 4 kali sehari.
Padahal nak mengadu pc office rosak meroyan, dah berjela entry. Huhu. Aah, dalam diam-diam I berharap laptop hakim rosak, biar meroyan dia tak main dota sehari, lagi bagus sebulan. I memang menyampah betul dengan dota luar dalam. Heh.
Lagi, macam tak boleh buat je challenge hari ni. Ganti esok boleh? Dan lagi, boringkan blog kalau tiap-tiap hari pun cerita pasal boyfriend, kau ingat blog couple apa, bukan kau suka obsess dengan diri sendiri ke cik Diana? Hehs.
Bai pembaca beberapa ketuls. ILY. Esok junksale dekat City Plaza, yuks? :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comments:
esok im so going to junksle sbb kali ni br i btl2 nk shop!!!even tho i ade sgt bnyk keje esok n sgt nervous but i dont care!
Post a Comment