02 September 2010

Cerita Budak Penakut

Begini, semalam kan first day kat tempat ini. So i pergi surau yang ada kat tingkat 3, dah la tak ada orang. Jadi bilik itu gelap sebab lampu tak bukak. And tangga naik memang sunyi sebab tak ada orang keluar masuk. Bila i buka pintu itu - gelap, suram, sepi dan macam sedikit seram sebab first time. So si penakut ini cuma jenguk dulu sebab gelap dan tengah cari maca suiz lampu. Tak jumpa. Saja je beranikan diri jejak masuk dalam, tapi masih pegang pintu takmo tutup pintu. Then bila tengok sekeliling i terdiam. Bilik suram-suram gelap i macam ternampak keranda.


Goshh!


Apa benda keranda buat dekat office cina la weh? Lama i senyap. Kira-kira nak cari suiz lampu ke tak. Then fikir juga apesal boleh ada keranda. Demmit. Tak sanggup tak berani nak cari suiz lampu i keluar turun tingkat 2 jumpa kawan table sebelah. Tanya dia mana nak cari suiz lampu. Dalam hati doa hope dia ikut naik atas. Lepas buat muka sedih kesian, dia ikut naik tolong buka lampu. YESS!


Bila naik dia suka-suki terus masuk macam tak ada apa. Buka lampu. Benda pertama i tengok mestilah keranda. You know what, benda itu adalah printer plan yang sumpah besar! Printer. Printer. Bukan keranda. WTFish!


Ok fine, i memang penakut. Abahlah ni, genetik penakut datang dari abah - pasal tu penakut. Haih. Malu betul. Nasib baik tak tanya kawan meja sebelah pasal keranda, kalau tak lagilah segan.




Ok bye!

4 comments:

rapunzel cikilolo said...

hehehehe misunderstanding objek... :))

Diana Naubi said...

and it was scary gila okeyy! kalau la betul keranda bila naik dia hilang. mmg pengsan yana

d-ha said...

HAHAHA..sy tgelak pg2 subuh nie~~~
dian sjk ble jd pnkut nie?? sblom nie brani je tdo dlm blik kosong?(yg dha rse lg scary kot)

Diana Naubi said...

kannn. tak sangka kan dian penakut. maybe bilik tu mcm kenal sebab sama dgn bilik yg lain cume tade org kan - dan terang gituww. HAHA.