29 March 2011

Sunday with him

Ahad lepas time I bergigih sapu daun kering depan rumah, I received a text from a friend time matrix dulu dia cakap Dafi datang UTM malam Ahad. Tiba-tiba je I teringat lagu "Bila Terasa Rindu". Fine, rindu, rindu gila. Terus masuk dalam minta permission mak keluar. Fact about me, I jarang dapat permission untuk keluar malam. 


Sampai je sana I kena tunggu like an hour juga sebab Dafi balik hotel. Thank God my friends ramai yang ada. So macam tak adalah awkward sangat time semangat tunggu Dafi sampai. Bila dia sampai, my friend cakap - ikut je dia masuk backstage. Oh my, oh my, I rasa macam lucky gila!


Time dia sampai kawan I kasi brief sikit. I memang dah teruja sorang-sorang. Doa dalam hati semoga Dafi ingat I lagi. And suprisingly dia cakap, macam pernah jumpa. Ok, I terharu gila, dulu I siap hantar dia pergi carpark sebab nak cakap-cakap dengan Dafi. Macam gitu sekali punya fan wa cakap sama lu. ;')


I bukan fan Akedemi Fantasia, jujur I cakap, I cuma tengok AF5 sebab ada Dafi semua performance dia pun I tengok. Lepas-lepas tu and up till now, I dah tak tengok. And time Dafi terkeluar pun, I never expect I akan nangis. So sekarang I faham perasaan orang yang nangis bila orang yang diorang rooting for tu terkeluar. Faham gila.


Awal-awal tu Dafi still practise dance. And seeee dia sangat comel bila dia cakap, "CHOPPP!!" When is the last time I cakap that word eh? Alahaiii. Comel!

video

Sebelum dia naik, kawan I suggest I snap gambar dengan dia. So I dapatlah ambil 2 gambar dengan Dafi. Hehe. Memang I am so going to print the photo buat kenangan. One of the best memory of 2011. I met Dafi again. 



Two person selain I dengan Dafi is my friend time matrix dulu. Terharu bila diorang tau I memang fan bagai dengan Dafi. Din and Mai, thanks ok darlings - kawin jangan lupa jemput - korang memang sweet couple dari matrix dulu sampai sekarang. Can't deny that. 


And gambar time Dafi nyanyi lagu Bila Terasa Rindu single dia yang sebelum ni. Haa. Fav colour Dafi adalah merah. See how redish he is. I memang terfikir nak pakai baju warna merah but can't find matching shawl to wear, end up with pakai baju yang dah siap gosok segala.

Lighting yang cukup mantap kan? Or camera girl yang hebat? LOL


Lastly, I nak berlagak cakap I record dia nyanyi single baru dia Euforia. Siap dah upload kat FB letak kat fan page Dafi lagi. Semangat gila kan?




Lirik Euforia


Oh wanita sungguh jelita tak terkata / Seumpama phoenix dari syurga berbicara / Segalanya bagai berada di angkasa / Begitu indahnya tika berdua / Akhirnya baru kini telah sedari berkali-kali / Selama ini semudah / A.B.C cinta / Semudah A.B.C dusta / Pernahkah kau fikirkannya? / Ku rasa euforia / Ku rasa euforia / Tika tak bersama / Ku rasa euforia / Bebas ku darinya / Ku rasa euforia / Awas-awas jangan sampai tak terlepas / Daripada satelit sasaran yang merimaskan / Segalanya bagai dilema yang menggila / Tiada indahnya lagi berdua / Akhirnya baru kini telah sedari berkali-kali / Selama ini semudah / A.B.C cinta / Semudah A.B.C dusta / Pernahkah kau fikirkannya? / Ku rasa euforia / Ku rasa euforia / Tika tak bersama / Ku rasa euforia / Bebas ku darinya / Musnahkan segala fobia yang membelenggu / Pergi dariku / Gunalah segala formula / Lingkari makna kembali semula / Sudah pasti dan sepastinya tidak terima / Segini sempurna / Semoga akhirnya bersua padahnya / Kau temui karma


Suka betul I dapat duduk depan lepas tu rakam. Lepas itu teringat balik pasal Bruno Mars. Tolonglah, tolonglah murahkan rezekiku untuk dapat tiket Bruno Mars. Haih. Tak memasal. Habis je Dafi perform dia ada sesi ambil gambar autograf. Semangat sanggup I beli baju Pesta Konvo UTM sebab nak juga minta autograf dan ambil gambar of course. But this time guna henpon kiteww je - so megapixel ke longkang.


Kita ambil gambar berdua aja dia dia uolss. Heleh, sebelum ini pun ada gambar berdua dengan Dafi. Orang ramai siap rapat-rapat selisih bahu lagi. Sopan betul kita bila berdepan dengan Dafi. (-.-")


And then PA Dafi kasi krew pesta konvo a bunch of promotion CD Euforia. Then minta Dafi tanda tangan CD tu. I nampak aja benda tu dah bisik-bisik my friend tanya macam mana nak dapat. Dah la I memang berdiri macam tunggul tepi meja Dafi. Maybe dia terperasan aksi sedih mata Shin Chan bersinar. Terus dia tulis, To: Diana - tanda tangan - kasi Diana. My gashhh. *pengsan*


Sejuta kali I terharu malam itu. I memang obsess tapi paling mampu pun I pandang non stop. Tak adalah jerit bagai budak sekolah Dafi-dafi-dafi, mengeletek segala. I am 24 years old now kot - gila hapa nak buat perangai gitu. Bila sampai kereta masukkan CD dalam player baru I mengeletek sorang-sorang on the way balik rumah. Haha. Orang tak nampak takpe. 


So I might say, I have a super blast weekend! Dah la Sabtu berjalan Melaka, Ahad I got the chance to meet Dafi. Happy!


I am going to update my jalan-jalan Melaka soon. Insya Allah. 




p.s: Besides of Dafi, artis malaysia lelaki yang I suka excited terlebih adalah Fizo Omar. Hehe. 

28 March 2011

#1

I akan buat entry berlambak for few days ni, unless if i super busy, entry lambat keluar la kan. Anyway, yesterday i baru follow Dafi kat twitter and terus unprotected my tweet so kalau i mention Dafi he can read my tweet. Tak tau kenapa, i tak perasan rupanya dia reply tweet i. Terharu gila ok ;')


Sebab bila tengok dia reply fan lain punya tweet tapi tak ada pun untuk i, sebal kejap kat office tadi. Dia reply dia reply!






Fact pasal i, i cuma tengok AF5 je. AF lain jangan haraplah i nak tengok, i sampai pegi cari tiket tengok final AF lagi time tu. Ingat lagi Maria Elena yang kasi i the tix. Ingat lagi ke tak Cik Maria, time tu zaman 19 tahun kot.


Kenapa i suka Dafi dari dulu? I dont have any solid reason, tapi memang i happy kalau ada chance untuk tengok dia. Sebab dia humble kot.


I seriously need to take my bath now, panas bangat. Later love!

25 March 2011

Saturday - small family gath


Current wallpaper dekat PC office. Drooling. Sumpah muka dia sweet. I suka laki kening macam tu and senyum mesti emm menarik. Ok-lah, I easily fall for guys yang sokmo senyum. Lepas ni sure I seboleh-boleh nak tengok PC. Confirm. Tapi kerja banyak, meja I banyak kertas yang pending-pending-pending. And what-the-hell I still procrastinate pegi update blog? (T.T)



Ini gambar sabtu lepas sebab nak pergi kenduri kahwin keluarga and nenek Pahang pun turun Pontian. Seriously dah lama tak jumpa nenek atuk Pahang I yang hero sebab diorang masih sihat pergi kebun lagi. So yeah, kalau ada mak mesti mak yang drive - even mak macam emm takut-takut sikit drive dia tetap kurang percaya kalau I yang drive. Maybe sebab I darah muda kadang-kadang suka terbawa laju kot.


Nampak muka decent lepas mintak balik an hour early during the weekend? And foto gedik time orang lain sibuk drive adalah perlu. Perlu like sangat perlu. Lagi-lagi bila lighting sangat helping konon-konon muka putih  flawless gila. Tipu je tu, I hitamtanned ok eversince dah kerja. Ehem, I'm using my RM200 camera. Haha. Still I rasa macam penjimat. Lepas tu, rindu Ixus sendiri yang kaler pink tu. ;'(



Ambil gambar dekat cermin adalah normal. Ambil gambar dengan peace begitu memang kebiasaan. Macam perlunya senyum dalam tiap-tiap camera ditekan. Macam tu jugak jari bertindak balas bila ada camera, kadang-kadang perlulah mulut muncung. Perlu. (^.^)Y


Sometimes, I am wondering how old am I actually. Haih. I am 24 this year which semua kawan lain dah sibuk tunang nak kawin. Even one of my colleague nak tunang esok and one of my friend during matrix nak kawin esok. I am so happy for them, macam sendiri yang nak tunang nak kawin. Need to save money start sekarang, so that boleh kawin cepat.


Hey, baca Metro tak pasal perempuan tanak kawin sebab cintanya dia dekat kucing? Something is wrong with her I rasa, sayang kat binatang dengan sayang kat manusia itu lain. Normallah bercinta, ada turun naik. Kalau suami/boyfriend kau diam-diam dengar cakap engkau tiap hari nanti kena panggil lembu kena cucuk hidung. Kalau perempuan sumpah dengar cakap boyfriend/suami nanti diorang cakap perempuan ni sure kena bomoh pasal tu lurus pembaris. So normal kot, normal untuk ada love-hate relationship tu. Tak tiap masa kau sayang.


During the wedding, kami sekeluarga ambil gambar keluarga dia pelamin. Pelamin. Yes pelamin. Ambil gambar dekat pelamin without any pengantin. But then macam ada kenanganlah with the family. I tak ada dalam gambar keluarga sebab I tukang ambil gambar. And I suka pelamin penuh bunga-bungaan. 





After few hours duduk bual-bual with the family belah mak kiteorang pun balik JB. And adik all of the sudden buat suara sedih never been to Kota Iskandar. If Johorean mesti korang akan tau tempat photoshoot yang baru atau bagi rempits-rempits and mat drifts mesti suka lalu jalan tu. So dengan pakaian kenduri, pergilah saya dengan adik menuju ke Kota Iskandar. And adik saya for the first time ada keberanian to drive my car. 



Muka dia memang seriously sangat serious. Sampai 120km/h dia drive sebab over-excited. And mujur lalu highway so macam I tak risau sangat. Tehee. Ada video tapi sure Irena mengamuk sampai pengsan. Siap belajar parking backward lagi. Even I pun tak pernah berani cuba parking terbalik. (-.-")


Then kami menyinggah pergi Puteri Habour - banyak gila pengantin buat photoshoot. Macam rasa pergi pesta pengantin sebab baju diorang cantik. Ada tu siap si suami dukung si isteri - auwww sweet! ♥ 


Then I pun konon-konon nak ambil gambar gadis melayu terakhir.



The thing is, perempuan melayu terakhir akan buat tangan peace gitu ke? (T.T) And yes, mata jadi extra kecil sebab hadap matahari silau. And I sekarang selalu tarik semua rambut pergi belakang. Macam mak cik sebab muka I bujur gila kot. Tapi keluar sehari suntuk - cannot tahan ada rambut dekat depan. 


I kalau datang sini mesti tengok kapal untuk dijual - tapi tiap kali tengok mesti rasa sangat emm rendah diri sebab kalau kira semua aset keluarga I pun tak mampu beli sebiji kapal. Murahnya rezeki diorang. Tak apa, I akan kumpul duit naik cruise satu hari nanti, macam cerita Mann tu - InsyaAllah.




Time balik menyempat ambil gambar awan. Kalau stress tengok awal - sure rasa macam tenang. Satu tips untuk I release tension is swimming and the baring hadap awan time tengah terapung kat air. Rasa macam burung yang terbang. And it helps to reduce my stress. 


Oklah, dah pukul 5 nak prepare untuk balik. I am going to Melaka tomorrow! It is my first time going to Melaka with my family - kinda excited about it! Kena charge segala-gala by tonight and again, I seriously wanna meet Yatie darling!



So peace out for now!



/p.s: Probably not going to update it during the weekends. 
/p.p.s: Yes, a lot of photo. Loathe enough? 

23 March 2011

Thank you!

Assalammualaikum!

For some of my friends they would know what is happening to my life now. Lemme say, I am having an issue with my love life. But surprisingly, as I getting older, I rasa macam, yeah tak ada jodoh so let it be let it be. Again, I bersyukur gila sebab time I jatuh gini, adik perempuan I selalu je layan I BBM. Which macam most of the time pun nak BBM. So I need to thank my mom too la kan sebab bought us BeriHitam. Hihi. Not to forget other girlfriends and some guy friends yang text me showed they still care even lepas graduate dulu memang jarang cakap gossip ect ect. Thank you, thank you. ;')


Frankly speaking, I don't really have close friends which I told them most of my secret. But when they showed that they care. I feel blessed. Hoi, nampak tak saya dah jarang cam whore sebab jarang keluar sebab I got no girlfriends here. (T.T)


This was last Monday. Chilling with my sister. Anyway, I am so in love with that cat scarf! I wear it all the time. Macam rasa nak meow-ing Catwoman style. Bahahaha. Anyway, I pergi Alibaba karaoke for 2 hours - two of us je. Suara I dah hilang that day - and lepas tu I am wondering macam mana artis boleh buat concert non stop nyanyi? Hebat!


Alibaba punya tempat cantik! Macam arabic. I ambil room Cleopatra which apesal dalam gambar cantik bila masuk room tak semegah gambar? Time nak balik memang menyempat I dengan adik berfoto-gedik dengan unta. Comelkan unta?



Still, I masih google Bruno Mars concert ticket, sambil dengar album Doo-wops & Hooligans. *nangis*


Anyway, I pergi Melaka this weekend! Any suggestion where should I go? Places of interest ke? Tempat makan best ke? Sebab I nak bawa family I jalan-jalan lepas attend wedding kawan. At first I tot cuma nak bawa my sister chilling dua orang - but then macam fikir why not bawa the parent sekali have some quality time together. Going to meet my darling Yatie and his brother juga! 


Ada orang cakap I rasa I hot. Tak, I tak rasa I HOT, I am great in my own way - super great which I am proud of myself. I am not a drag, I am a queen. The queen who is in charge of my life. Cehceh, tanak King juga sebab King untuk lelaki. Pfffft. 



Peace out babeh, nak pergi Kulai. Love-love. 


*Current profile picture. MEOWWW!*

21 March 2011

Bruno Mars ♥

Assalammualaikum.


I just got myself Bruno Mars album! But I am quite disappointed because his concert tickets already sold out. Haih. Baru cukup duit nak beli boleh pulak habis. It was last week Monday. Padahal tiket dia keluar Sabtu kot. Gila cepat habis. (T.T) Bertekad nak dengar radio so that boleh menang free ticket. Anyway, is there anyone planning on selling their Bruno Mars ticket? 


So far lagu dia okey. Currently I am so addicted to runaway baby song. Comel habis! Mood booster untuk I lepas Grenade Remix. And sayang remix tu tak masuk dalam album lagi. Macam rugi gila lagu tu takde. The other side pun okay. I seriously want to go to his concert. Seriously nak sangat. (T.T)


Another thing is, I'm having the downtime of my life which I messed up with load of things. Which at last I realized that nothing last forever. Especially when it comes to feeling(s). As I always remind myself, I'll stay as positive as I can no matter how hard the world is treating me. Thanks to Allah I still have a really caring sister with me and friends who would listen to me. Honestly, I don't give a damn if they want to judge me. 
Cheers, mind our own business okay?




p.s: Last week was hectic, and tomorrow is another busy day. I love my job - seriously. 

p.p.s: I am on my way to gain my weight. And I miss swimming. And I miss spending time at the gym. 

16 March 2011

Wedding - pixelworks

I tengok wedding orang lain gila grand siap buat mini video clip. Then cameraman sepah-sepah ambil video upload kat vimeo. Kat hotel ala-ala garden siap ada flower girls. Kek bertingkat tinggi roket. Berapa ribu diorang spend? 



Berapa ribu wa kena simpan untuk kawin kalau gini?




Dari tadi hadap benda ini, pixelworks.




Sungguh, siapa tak nak kawin grand. Tapi kena ikut kemampuanlah kot. Kalau ingin sangat kawin grand tapi last-last kena ikat perut laki bini, mau tak sengsara lepas kawin. Tak apa, doa I sekarang, semoga dijodohkan dengan lelaki yang bukan kaki pukul dan dia boleh tegur I untuk jadi lebih baik. 




p.s: I kahwin lambat lagi. Wishlist bersepah, kasi setel satu-satu baru fikir macam mana nak kumpul duit kawin. HAHA.

15 March 2011

Busy busy

Assalammualaikum.


Currently i memang amat sangat terlalu busy sampai nak browse internet suka suki pun dah tak ada masa. Tambah lagi, baru baik demam cuma tinggal batuk melampau lampau - sampai sakit dada bila batuk non stop. ;(


Kerja so far Alhamdulillah ok. Cuma lepas dapat broadcast bbm pasal nuklear and avoid hujan sebab ada possibility burn skin, loss hair and cancer. I nak kerja pun takut. Time baca message tu, i tengah berhujan, sungguh rasa macam nak gigit orang yang foward benda tu. Haha!


Dalam kita takut sangat kena sipi-sipi sengsara orang Jepun, cuba bayangkan ketakutan dan kerisauan orang Jepun sekarang. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Memang benda itu je yang i ucap tiap kali tengok keadaan Jepun. #prayforjapan


Tadi i baru tengok video sipolan yang meletakkan kesalah tsunami dekat Jepun sebab pembangunan
mereka yang pesat. And i was like - are we out of the topic miss?
Whatever la miss!



This guy balik last week. So i dating dengan family Jumaat lepas. Lama tak gather 5 orang as semua adik-adik dah belajar jauh sekarang. Sungguh rindu. Lepas tu bila tengok diorang strugle study untuk test i sedap sedap bergolek dengar ipod main plant versus zombie - rasa macam release kot tak ada komitmen belajar lagi. Haha.


Lastly, back 2 years ago at this hour, i texted a stranger with a crappy introduction about self. And guess what, i never expect i still have him as my bff now. Thank you for always be with me.



WE keep on moving.

Mike Tompkin - Firework

As usual, I memang fan besar Mike Tompkin, so bila semalam dia cakap dia nak release video baru memang dah excited gila. So jyeah, Mike Tompkin and his new video. ♥




12 March 2011

SuperMoon

Assalammualaikum. 


First of all, semua sure dah tahu pasal gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. So mari kita ramai-ramai  berdoa untuk orang-orang Jepun kat sana semoga diorang selamat - itulah yang paling kurang kita boleh buat sekarang dan bukan duk cakap-cakap banyak buka buku sejarah ingat zaman penjajahan. Sungguh, manusia sekerdil kita senang aja ditarik ajal.


Bila ada kes besar gini, I memang rajin google up dan baca anything yang orang suggest I baca. So siang tadi colleague I kasi satu link pasal Super Moon. Tak adalah kata itu adalah kuasa bulan, tapi, saintifiknya tarikan graviti dari bulan yang dikatakan punca sebabnya segala bencana alam - sama macam konsep air pasang surut. Saintifiknyalahkan. Tapi itu semua kuasa Tuhan, mungkin sebab ramai kita yang dah terlupa, terleka jadi diberi bencana besar-besar begini biar sedar sikit, kita cuma manusia yang tak mampu nak halang bencana alam.


Anyway, kita patut bersyukur sebab Malaysia aman makmur and so far kita tak pernah ada bencana alam yang besar-besar. Bersyukurlah walaupun kita hujan tak ada turun salji tak empat musim.



Just now, I baru lepas dinner dengan family. Semua family member ada and the feeling untuk gather berlima sangat best. Sangat rindu ;'(



Biasanya, I bagaikan anak tunggal tiada adik-adik peneman buat gaduh. Bila semua ada baru meriah gila rumah suara sekor-sekor tak nak kalah. Bila semua laptop phone online guna wi-fi tiba-tiba internet connection jadi slow gila. Then blame each other bising complain pasal slow. 


Sungguh rindu hidup berlima, zaman semua masih sekolah menengah ramai-ramai. 




p.s: Esok kat JB ada Jom Heboh. Sure sesak. Tolonglah tak sanggup hadap jam. (T.T)

10 March 2011

First of all, entry ini I ambil dari Terfaktab which the writer is penulis.sahaja. Entry ini macam sedikit psycho tapi, macam buat I tersentak kejap. Then berfikir panjang. So, read this first. 


Ada satu kelompok siswa dan siswi sedang melakukan kelas tambahan di fakulti mereka. Ada yang dah kahwin. Bekerja. Ada yang siang bekerja, malam belajar. Ada yang siang malam belajar. Ada yang siang melangut, malam belajar.

Kelas hampir tamat. Jadi pensyarah tu pun berkemas-kemas.

"Apa kata harini kita main satu permainan sebelum pulang? Permainan minda, jiwa." menusuk kalbu juga pensyarah ni. Permainan jiwa tu. Ramai juga perlajar dia dah fikir bukan-bukan. Lu'olls jangan ingat gua nak tulis cerpen lucah pula sini. Positif sikit otak tu.

"Saya nak seorang pelajar saya datang ke depan membantu saya. Boleh? Kalau boleh yang dah berkahwin."

Ada seorang lelaki ni dah tepu agaknya. Dia angkat tangan selaju mungkin. Dia malas nak bermain permainan tu. Dia agak dia ke depan untuk menulis markah di papan putih ala-ala kuiz sekolah menengah agaknya. Mungkin kuiz untuk budak-budak bujang, dan dia fikir tak layak nak bermain kuiz itu agaknya.

"Nah, ambil marker pen ni. Tulis no 1 hingga 10."

Pelajar itu pun tulislah no 1 hingga no 10. Mungkin ada 10 soalan dalam benak pelajar itu berkata.

"Sekarang, kamu tulis 10 nama orang yang paling dekat dengan kamu."

Okay. Rupa-rupanya dia yang kena main permainan tu. Tercelaka jugalah dia. Jadi dia mulalah tulis nama di papan putih itu. Dari anak, isteri, ahli keluarga, sehingga ke jiran sebelah rumahnya yang selalu bagi dia dan isterinya kuih muih untuk di tukar.

"Sekarang, saya mahu awak potong 2 nama yang tak berapa penting bagi kamu."

Jadi, pelajar itu pun potong lah nama yang dia rasa tak berapa penting. Jiran tetangga.

"Potong lagi 2 nama."

Dia pun potonglah nama teman sekerjanya.

"Hurm, apa kata buang lagi 2 nama yang tak berapa penting."

Pelajar tu tengok muka pensyarah tu dengan muka bingung. Dia potong nama teman-teman baiknya. Dan sekarang yang tinggal hanya dua orang ibu bapanya, isterinya dan anaknya.

"Apa kata buang lagi 2 nama?"

Pelajar tu bingung. Kusut.

"Permainan apa ni tuan?"

"Buat sahaja."

Kelas yang mulanya bising kerana menyangkan akan ada permainan yang menyeronokkan mula senyap. Ada beberapa pelajar perempuan yang muka risau. Gua pun tak paham. Bukannya dia yang main.

Pelajar itu tunduk ke bawah. Kemudian ke atas, dan perlahan-lahan memotong nama ibu bapanya.

Ramai yang terkejut dengan keputusan itu. Dah macam main Who Wants To Be A Millionaire dah dia punya cuak. Pelajar itu menarik nafas panjang-panjang. Dalam hati berdoa agar permainan itu tamat serta merta. Yang tinggal nama isterinya dan anaknya.

"Baiklah. Kamu buat dengan baik sekali. Syabas."

Pelajar tadi menarik nafas lega. Berakhir sudah.

"Jadi apa makna semua ni tuan?"

"Hurm. Apa kata kamu potong lagi satu nama."

Kelas mula bising kembali dengan bunyi bisikan-bisikan. Dah macam bisikan apa dah.

"Tuan?" pelajar tu berkata. Pensyarah tu senyum lalu memberi isyarat untuk pelajar itu potong sahaja satu nama. Agaknya nama siapa yang dia potong? Anaknya? Isterinya?

Pelajar itu memotong nama anaknya. Lalu terus bergenang matanya. Dia tertuduk. Pensyarah tadi datang dan menenangkan pelajar itu.

"Ini hanya permainan." katanya sambil menenangkan pelajar itu.

Setelah keadaan kembali normal. Pensyarah tu bertanya kepada pelajar tadi,

"Kenapa bukan orang tua kamu yang penting? Dia menjaga kamu sejak kecil? Makan, minum. Tempat tinggal? Duit poket. Hantar kamu belajar. Dan kenapa pula tidak anak kamu? Itu kan darah daging kamu? Isteri? Boleh di cari lagi kan?" tanya pensyarah tu.

Gua syak, saiko habis pensyarah ni.

"Dalam masa yang singkat. Saya berfikir. Antara beberapa orang yang terpenting dalam hidup saya, saya perlu buat keputusan. Masa berputar pantas. Sampai satu masa, ibu bapa tak mampu teman saya untuk satu jangka masa. Mereka menjadi lebih tua jika saya tua. Mereka akan pergi juga. Dan semasa saya menjadi tua, anak juga semakin membesar. Membina hidup sendiri bersama keluarga mereka. Dan saya fikir yang mampu tinggal bersama saya, faham saya, teman mengharungi hiruk pikuk noda dunia sementara ini, ialah isteri saya. Dia lah peneman hidup seperti Adam dan Hawa di buang dari syurga ke bumi."


Mungkin, I macam lambat jumpa entry ini which - sumpah apesal I tak pernah terblog-walk kat blog sempoi ini apesal? Lagi-lagi penulis.sahaja. sungguh aku kagum dengan entri selamba badak dia. Terkagum kejap.


Cakap pasal yang di-quotekan itu semula, kalau I yang diberi soalan cepu emas begitu. Sumpah, I pengsan depan kelas sebab tak tahu nak jawab apa - dahlah tak kahwin lagi. Kalau dah kahwin pun, si suami boleh kahwin empat - kuat ke I bertabah bersabar dimadukan?


Tapikan, lepas berkahwin, kan syurga si perempuan terletak kat bawah tapak kaki suami. Apa-apa pun si isteri tetap kena patuh dekat suami. Taat. Tapi lama lagi bhaiii I nak kawin. Sekarang I nak spend sepenuh masa dengan family, kawan-kawan dulu atau yang lebih penting, diri sendiri. Cari identiti. Pfffffttt.



Oh, tadi baca entry Liyanaa pasal berbual berduaan di alam siber sama seperti berkhalwat. Mengucap panjang gelabah. Memang I suka gelabah. Sungguh, I ini sangat naif dan perlu masuk kelas fardhu ain semula. (T.T) Macam mana, I selalu chat dengan kawan sekolah lama, bbm dengan kawan UTM lama - tapi semua pun bodoh-bodoh punya - tak adalah "I sayang u - u sayang I kan marilah kita kawin pergi tinggalkan gf u." Blerghh.


And so far, hobi I sekarang, BBM dengan adik perempuan dan twitter. Atau mungkin akan ignore phone main Angry Bird kat Ipod. Haha. Atau bermalas kat bilik tengok movie dan tidur. 




p.s: Ok fine, I makin takde life sekarang. Kerja, balik kat bilik, tidur - and repeat sampai bila-bila. Pathetic.

09 March 2011

Selipar oh Diana

Semalam lepas sehari I bergigih bertabah tahan 2 penyakit harung kerja, balik kerja dalam keadaan mamai I pergi klinik. Sebab I benci demam yang melibatkan kekejangan otot perlu jumpa doktor. Mujur doktor tu macam faham lepas dia tau I kerja kadang-kadang pergi site, dia kasi MC suruh rehat. Hihi. Dah la kacak, cakap mulut gula-gula, then memahami - doktor yang sungguh bagus! :D


Bukan itu I nak cerita.


So, time I sampai dekat klinik tu, kena bukak selipar and pakai selipar klinik. Memang klinik ni baru renovate, cantik ala-ala kat taman gitu. Sebab tak ramai orang memang I terus dapat masuk jumpa doktor. Bila dah siap-siap semua I terus bergegas nak balik. Pening gila otak bergegar minta tidur. Time jalan balik as pergi klinik belakang rumah yang kena seberang jalan beberapa ketul itu, I macam perasan orang ada pandang I atas bawah. Mungkin sebab muka orang berpenyakit boleh attract orang nak tengok I lebih mungkin. Pedulikan.


Tapi, bila sampai rumah bila nak buka selipar, my gosh, selipar klinikk!!! PENGSAN. Dah la kaler purple which time tu I pakai baju kerja kaler coklat gelap - can u see the different? Sure orang tengok selipar tu sebab kaler dia striking, sure dalam hati diorang kata I kurang betul or maybe lack of fashion sense. (T.T)


Dah la selipar tu ada tulis besar-besar KLINIK PERLING. 




Patutlah time kena bukak selipar hati dah rasa kurang enak. Patutlah time tunggu dapat ubat I pandang sayu selipar sendiri doa dalam hati semoga tak lupa. Patutlah orang tengok sampai ke kaki. Patutlah, patutlah. 


Nak suruh I harung balik jalan seberang memang tidaklah. Jadi selipar itu masih bertenggek kat bawah, jangan dia gadai selipar cabuk I sudah. Nak pergi kerja pakai apa lepas ni? 


Anyway, demam dah getting better I guess, tak tau la kalau dia datang time malam. Haih. But seriously tengah ada mood nak jogging even mulut rasa ubat, euww. Serious rindu nak rasa berpeluh, main futsal basketball lari-lari. Now I miss UTM even more. (_ _")





p.s: Time I nak balik, wife doktor tu datang dengan 2 anak kecil comel. Then dia suruh husband dia balik sebab turn dia pulak jadi doktor. Gila sweet kot, both doktor own a private clinic have 2 cute childrens - perfect!

08 March 2011

Energy Saving Mode - how to?


If you are wondering macam mana I buat page I konon-konon 'green' dengan ada energy saving. Yes, I am going to reveal it now. HAHA. Padahal senang macam kacang gajus je - copy and paste.




The standby engine is a project developed to reduce power consumption, when generating and displaying a website, without changing user experience while using the website. This is done by covering the site in a stationary, black color, which hides visual effects making the visitor's computer use less energy generating and displaying these.


It might not seem like a lot of difference, but after all every little bit does count.


So jyeah, boleh pergi site onlineleaf and get the coding there, copy yang dua-dua punya coding okey. Kalau guna latest punya Blogger version cuma add new gadget then paste je link tu. As simple as that - tak payah bukak HTML segala. Serious, I am not a programmer which baca coding segala memang fail kalau ikut tutorial orang pun terpaksa buat satu-satu. Hehe.



Senangkan? 

07 March 2011

Perempuan dan dilemma.



Tiap-tiap bulan mesti akan ada satu atau dua hari kemurungan. Semua sebab sengugut yang dibawa oleh Aunt Flow. Yes, I gadis yang selalu diserang penyakit senggugut. Sebelum apa-apa mari kita wiki sikit apa itu senggugut.


Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS. Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD). 


Jadi yes, kadang-kadang lelaki kena faham bila dah sampai certain time itu - perempuan akan all of the sudden akan jadi sangat emotional atau mungkin sangat cepat marah. Kalau pasangan bercinta mesti dah masak sangat, tiba-tiba si awek cemburu tak memasal padahal hal yang sekecil zarah. Jangan salahkan perempuan sebab perempuan ada waktu 'hormon tunggang terbalik' yang perempuan sendiri tak dapat nak faham diri sendiri time tu.


Contoh macam I, I akan jadi sangat pemarah dalam minggu-minggu awal kedatangan Aunt Flow. Tapi lepas 10 minit I marah macam rasa entah apa-apa je marah tadi. Lepas itu rasa bersalah. Solution untuk layan keadaan I yang macam gini adalah dengan mengelakkan dari berbual dengan I, kasi I tidur rehat cukup insya-Allah hyper active si gembira Diana akan muncul dalam sekelip mata.


Bila Aunt Flow dah sampai inilah saat genting which penyakit perut berputar macam washing machine paling laju. Biasanya first day, second day akan teruk (atau mungkin it depends dekat orang) Time gini memang I akan rasa bagai ingin MC lepas itu menangis dalam bilik diam-diam sambil sapu air mata pakai tisu sambil tengok cerita korea part sedih. Believe me, maybe I tak kuat nak handle the pain kadang-kadang. Lelaki selalu kata perempuan guna alasan period pain untuk selamat, tapi percayalah, sakitnya period pain memang tak terucap.


Bayangkan kalau lu punya usus kena pulas tarik sampai ke kaki. Cramp kat peha nak jalan pun sakit. Even kalau lu baring atas katil bergulung pun belum tentu rasa better bhaii. Gitu punya sakit.


Tapi still lelaki takkan pernah faham/rasa. So kalau tiba-tiba girlfriend mengadu cakap period pain - pegilah comfort dia. Janganlah 'pandai' alang cakap, "Tiap-tiap bulan pun sakit takkan tak biasa lagi?" Memang mintak debik la kalau gitukan. Kami perempuan bukan sengaja beraksi sakit - ia memang sakit.



Tips untuk gadis;

Biasanya, kalau I kena senggugut yang sakit itu memang I akan makan panadol yang warna pink then tidur for few hours. Tapi bila terpaksa kerja I bantai aja makan pill itu dan kuatkan semangat buat apa-apa distract diri dari fikir yang diri tengah sakit. Percayalah, kalau otak kita kuat cakap tak sakit perut itu sambil get busy mesti hilang kejap rasa sakit tu. Kerja kena siapkan juga as itu tanggungjawabkan - so buktikan yang perempuan kuat even perut senggugut pun kita tetap boleh bertabah. Lelaki apa tau.



Tips untuk lelaki menangani gadis senggugut;

Bila perempuan emosi, jangan tambah api emosi dia tapi biarkan perempuan itu chill sebentar. Kejap aja emosi perempuan tak stabil, kadang-kadang layankan pun tak salah. Dan bagi suami yang baik hati boleh aja tolong tuamkan wife yang tengah senggugut, sejuk hati isteri dapat suami penyayang memahami gitu. 


Enough dah pasal benda ini. 



Semalam I keluar, bila keluar mestilah ada gambar baru. Haha. Anyways, in case you miss me. 



It is the lighting people, cahaya matari. I am not that fair. And yeah, the peace is normal untuk I. Peace y'all, peace people. HAHA. 




p.s: I akan buat video macam mana I buat rambut tiap kali nak keluar. Bila I free okey.

p.p.s: I beli digicam cuma RM200 semalam. Samsung. As Ixus I diguna adik. Gonna exchange with him later. Hahaha. Anyway, just nak kecah I dapat beli barang murah - 10 megapixel kot, JIMATSS.

05 March 2011

Inspiration


Yes, we can't satisfy everyone.


Kurus dipanggil skeleton, cicak, keding ect ect.
Kalau gemuk kena badak, gajah, debab ect ect.



Bersyukur, bersyukur. At least kau sihat, at least kau sempurna.
Semua orang tak perfect. 

The eyecandy of the day.


Yes, Lee Min Ho darling.

Its weekend yeay! But yeah, macam biasa I kerja half day which less-fun-time. Esok ada Car Boot Sales which I am eager to go tapi it depends on the mood esok. But still, to those yang kat JB sila-silalah pergi ke Car Boot Sale - it might be fun to those yang baru gaji and looking for something or maybe if nak cuti mata. Teheee.

You can go to this site for more info. Hopefully the weather is okay tomorrow.

& my moods too. Wanna meet Carl Samsudin!




p.s: What's your weekend plan? 

03 March 2011

Selamat petang!

Assalammualaikum and good day people.


Yes, I already have my own domain. Its www.diana-naubi.com people, am so happy with it. If before mesti rasa malasnya nak type blogspot, malasnya. But at last lepas tergoda tengok cik Ailyl dah ada domain siap promote, esoknya I pergi buat sebab dia suggest dalam blog. Gila rasa memang dah obsess dengan akak cantik saya yang sorang itu. So jyeah.


As, I dah buat domain baru, baru perasan semua orang yang I link dulu hilang. So okey, anyone yang nak I letak URL korang kat blog just leave me your URL dekat comment bawah ini. Bukan chatbox okey. Itu medium I blogwalking. Hehe.


And yes, hilang follower I - even actually I tak aim ada ratusan follower sebab I know my blog sucks big time. Hidup pasal a random girl, apa barang orang nak baca siap follow. But then, I am happy bila orang follow I segala. Anyway, yes, I do blogwalking thingy too, cuma trust me I am the silent reader kind of person. And I do follow blog yang I rasa interesting. Bukan I sombong okey. Yes, I selalu pergi blog orang yang melawat I kat chatbox. Pasal itu I menyampah bila ada iklan anasir sampai kena gitu I pergi spam sekor-sekor, blogshop I tak kisah. Kan I support Malaysian bloggers.


What else, I dah letak Like punya button which I amik tutorial dari tok guru kesayangan I, Liyanaa. Pergi check tutorial dia sebab dia seorang guru yang sungguh hebat! ♥ Btw, I tak berkenan sangat dengan favicon yang I pilih, balik nanti akan pilih favicon lain - mesti. Oh, tutorial favicon I pernah buat, click sini. Header I tukar sebab I dah bosan dengan yang lama - menggunakan gambar kegemaran pada masa ini. HAHA


Anyway, I teringin nak edit background blog letak recent tweet segala. Tapi, I tak ada masa more to malas and yeah, my twitter account adalah protected. Kenapa protected adalah sebab itu medan melepaskan emosi yang budak bawah lapanbelastahun tak boleh baca, HAHA. Kidding.



I ada terfikir nak buat contest, it might be happening very soon. Wait for it lovely people! ♥

The unspoken M

Bila boring tunggu makanan sampai lepas itu perasan yang lighting kedai makan sangat superb jadi buat video kami suka lighting kuning. Haha. One of the three video that we made. The bestfriend - the listener - the superhero. 

video

The one I rarely talk to now.



Should I say the M word?
Or should I just let it be,
unspoken.

02 March 2011

Lady Gaga

Ramai kawan I tau how am I obsessed dengan Lady Gaga or perezhilton always called here Gagaloo or Momma Monster. Yes, I still rasa lagu dia catchy - but bila tengok video clip - terus turned off!


Trust me, I kalau bab Gagaloo ni sampai counting bila video baru dia keluar. Lepas itu dissapointed big time. Last video dia yang I rasa logik time Telephone. Itupun ada censored - Alejandro jangan ceritalah kan siap ada part yang I rasa tak boleh belah gila which kat katil dengan lelaki. Sekarang, Born This Way - lagi rasa nak muntah hijau berdarah. Tolonglah, kalau pun nak attract orang untuk bersegitiga illuminati gitu - don't make it too obvious kot. WAY TOO OBVIOUS.


And trust me, I memang tau dia illuminati - sebab sumpah dia pelik. Tapi, Insya-Allah I takkan bersegi tiga macam dia, or teringin nak pakai macam dia, or ada hati nak jadikan dia idol. Minat I dekat Gaga cuma pada lagu itupun I tak tersengaja terhafal lagu dia. Kan dah cakap, lagu Gaga catchy. Tapi adik kita kata lagu Gaga semua dari Dajjal sampaikan dengar juta kali pun tak muak. Haih.


Kalu nak fikir pasal Gaga memang boleh sakit kepala. Macam kalau I suka nanti orang cakap, Gaga illuminati siot kenapa kau gila obsess dengan dia. Macam nak jawab, suka hati aku la nak minat ke apa, bukan aku dewa-dewakan dia pun sampai itu ini nak ikut. 


Anyway, I don't like - more to hate Gaga new music video. Geli. If Jlo yang buat video gitu maybe hits 100billion kot, ini Gagaloo. Haih. And yeah, I know about illuminati and anything yang berkaitan dengan itu, bukan I buta hati buta jiwa. Ok?



Currently I am in love with this guy. Adorable doesnt he?

It's Caleb from Pretty Little Liars. ♥ ♥
Current sunflower of heart. 


After Ezra darling.
The superlicious English teacher. Lets talk literature. Tehee.

01 March 2011

Awak rogol kita, kita gigit.


Mungkin perempuan kena diberi peralatan ini baru lelaki ada rasa takut sikit nak merogol. Besides of mungkin diorang dah lupa yang perempuan ada maruah bukan suka-suki dia nak rogol. Atau mungkin orang gini tak layang dipanggil manusia, layak digelar binatang, cetek otak lagi dari binatang. But who cares, cuma i wish in the future benda ini ada dekat Malaysia.



So now you're asking me, apakah itu Cik Diana?






But things yang I nak highlight here is;


The woman inserts the latex condom like a tampon. Jagged rows of teeth-like hooks line its inside and attach on a man's penis during penetration, Ehlers said.


Lagi?


"It hurts, he cannot pee and walk when it's on," she said. "If he tries to remove it, it will clasp even tighter... however, it doesn't break the skin, and there's no danger of fluid exposure."


Oh my, oh my, suka betul ayat he cannot pee and walk when it's on. Lelaki yang plan nak rogol kita suddenly jadi helpless sebab benda ini. Sure lelaki yang baca this entry pun senyap-senyap dalam hati berdoa semoga benda ini tak keluar kat Malaysia.





p.s: I am lack of something to brag about in my blog. So that you know love.
p.p.s: Junksale and Carboot Sale during the weekend. Seriously, I need cash. Haha.