28 November 2009

Dillema

I have a problem. Ceh-ceh, suddenly rasa nak blog lepas tengok profile orang. Gaga. Ok, I am not friendly. IDK why, since when I started to be aloof. I don’t have new friend for a long time. And I realised, I just spend my time with the same person everyday. Bosan kan? If before I love to meet new people and can talk like I know them well. But now, I just don’t mix up, macam there is something stop me.

I don’t realise it before but suddenly it pops in my mind. And I felt sorry for myself. Haha. I know pathetic! So I decided to change, I must have a lot of friends. And hang out more with people. Cehceh.

p.s: Dillema in the middle of the night. ;-p

27 November 2009

Heyhey!

The birthday song had been removed from the page. Phew. And I already activated back my facebook. Gaga. Sumpah cepat. Ok, I am worried bout my fish and I can’t stand to hear Hakim said that he already bought his third tank. Damn! So now I cuma main fishville, barnbuddy, and roller coaster just to make sure kereta tak terbakar and gift presents untuk Hakim. *sambil nyanyi demi cintaku padamu. ;-p

I had watched New Moom siang tadi with my siblings. It was fun sebab my sis is Twilight haters while my bro fan gaban. I ni tengah-tengah cuma seringkali jadi excited state bila nampak lelaki kacak tidak kira Jacob ataupun Edward. Dua-dua I nak buat husband kalau betul the myth is real. Kira I nak lelaki berbadan sasa dan suhu panas, si serigala. Dan I nak si sejuk beku tapi badan tak hot tapi kulit dia auww, boleh jual kat kedai berlian, si vampire. Apesal Bella boleh attract mereka berdua? Apesal? Suara tak puas hati. Dah, dah, tak nak cakap banyak sebab I akan tengok kali kedua ketiga dan keempat minggu depan. Ok, siapa nak teman?

Oklah. So nahh, look at the pictures. Padahal ada berapa ketul je pun. But then, why tak banyak snap gambar bertiga?Hopefully adik perempuan tak baca blog ni esok. Amin!


Adik perempuan terlalu pemalu. Tak tipu. Btw, tu putih fake cahaya matahari. ;-p


Gambar kegemaran of the day. Dalam fitting room obviously. Lighting mantap!


Ni gambar random. Haha.



p.s: Selamat menyambut aidiladha rakan-rakan muslim. :)

26 November 2009

..

26 November 2009

Enjoy listening to the birthday song for the whole day okey readers. I felt guilty but I can't do anything sweet for him with this distance.

And to the Twilight Saga fans. I know you guys had been waited for so long for this date. So go watch New Moon.

Enjoy cooking for Aidiladha eve. I can't wait for the family reunion and makan. My dad will be on holiday started tomorrow till Monday. *Drum-drum*

Entri Khas

Okey you guys, ini entry memang geli-geli sikit so pegi prepare timba/baldi kat sebelah so that if rasa nak muntah you guys well prepared tadelah muntah atas laptop kan. And entry macam ni jarang-jarang I buat kot. ;-p


First of all, Happy Birthday Mohamad Hakim Kamal Arifin. Geeezzz. Puas dah dengar I nyanyi lagi happy birthday banyak version? Mujur I tak belajar bahasa hindi punya birthday song kalau tak jadi malam 1Malaysia kita. And I'm sorry everything is thru calls and I can't be there to celebrate together. Pasal tu I cakap birthday you wrong timing, raya haji kot esok, so no excuses I kena tolong mak masak kat rumah.

Just wait, I'll come to you very soon and I had plan something for us. Eh ye ke? No I'm not, we're gonna plan something for our birthday. So as I said kita celebrate our birthday in the middle of the date okey. I can't wait. Oh, the promises untuk karoke 5 jam, don't forget that. Anyway, boleh I baling you pakai tepung? Apesal kita tak kat UTM sure I datang blok you bawa tepung telur segala.



I haven't bought anything for you yet. Okey, I dah habis pusing Jusco Bukit Indah tadi but what I found is only Croc Band yang I know you dah puas excited with that thing. So save the thing for your vacation and pegi beli sendiri okey. So, nothing for now. Maybe nanti kita beli sama-sama. Maybe. But as a small gift during your birthday, maybe I cancel tengok New Moon esok. Kita tengok sama en? ;-p

What in my mind right now is to spend quality time with you. Mari pegi zoo, mari pegi PD, mari pegi Sunway, mari pegi semua tempat gembira untuk dilawati bersama-sama. Ouh, I tahu tu semua tempat gembira I. Melaka mungkin? *Ketawa besar* Oh, kali ni sure takkan kantoi dengan Hazim & Syafiq sebab diorang takkan dapat kesan kita. Kita keluar pakai topeng upin & ipin tau. Baru nampak comel. ;-p

Oh, jangan salah faham, dia bukan boyfriend saya lagi. Belum lagi. Haha. Masih complicated, tapi kita bahagia begini kan Hakim? *Sambil tangan bersedia nak cubit peha Hakim*

So have fun okey awak. Selamat membeli-belah untuk persiapan raya haji. Tolong mak wan masak sekali okey. Oh, jangan lupa call I, free calls kan Maxis? Jangan lupa juga pergi call orang yang pertama wish awak tadi. Alahai. Sejak bila kita berawak ni? Enjoy hari awak. Oh, lupa pula nak cakap, "Apa kerut kerut kat dahi tu? Kedutlah muka awak sekarang!"

Tadi waktu bongkar-bongkar laptop cari gambar nak letak dalam blog I jumpa satu gambar yang buat I rasa rendah diri. And ni gambar gembira yang jadi favourite I kot dari dulu sampai sekarang. Mungkin lain kali kalau kita pegi lagi I nak snap gambar at the same spot mana tahu I lagi comel dari you. (-.-") Kalau ada lain kali.



Okey, dah ramai dah geli mata tengok entry khas untuk lelaki special dalam hati I ni. Euwwww. I pun geli nak taip gitu. Tapi I would like to thank you sebab selalu bersabar dalam menjalani kehidupan bersama saya yang cerewet macam cacing kerawit ini. Bersabar dalam setiap bait kata I yang sering kali menyebabkan telinga panas. Selalu gembirakan mood panas I, selalu beraksi aneh-aneh tapi comel untuk buat I ketawa lupa diri. Tidak lupa juga, suara nyaring you bila excited selalu buat I dengan roomate I geli hati. Sememangnya you penyeri mood rabak I.

Semoga kau panjang umur dan sentiasa diberkati Allah.

Oh, video ni comel. The aliens yang comel gila. Berapa kali tengok mende ni eh tadi? Banyak kali. I repeat, banyak kali sebab terlalu comel. Happy Birthday again Hakim Kamal.





p.s: Tentu time ni you dah tidur macam polar bear kan? Ok, pagi esok jangan terharu nampak entry khas ni.

p.s.s: Esok adik beradik mungkin keluar. Hati adik lelaki hancur sebab plan nak tengok New Moon gonyah, tapi si kakaks berusaha untuk gembirakan adik.

25 November 2009

Helolololoooo

Ohh yess. I berjaya tak buka my laptop until now. Even now pun I'm using my sister's laptop instead of using mine. Berehatlah cik toptop, and kurangkan penggunaan elektrik yang sure naik since cuti start. ;-p

Just now I pegi UTM and pegi ambil tabung punya isi. Haha. Saya ada duit syiling yang sangat banyak. Simpan dalam stor dulu before pegi tukar esok. Terlalu malas untuk pegi tadi. Ohh, tanak tayang dalam belog tapi sure will let you know how much it is. Its been a year kot pegi simpan segala duit syiling dalam tabung burger tu if ingat. Even kawan I cakap menabung untuk masa depan, but IDK why I still gatal nak tukar duit tabung tu cepat-cepat. Excited mungkin. Cubalah menabung and try ada feeling gembira gini bila dah rasa tabung tu berat enough. And jujur cakap, my 50 cent punya nilai pun dah exceeds rm100. Berbangga. Ok, yang tu I kira sebab I sayang duit 50 sen lebih.

*Saya risau pasal ikan dalam fishville. (-.-")

Okey, okey tukar topik. As I said, I'm doing nothing during my holiday. Wake up late, online, watch dramas, eat and sometimes I do help my mom at the kitchen or do the chores. After my dad start complaining I'm doing nothing except sitting in front of the laptop. I really hope that I can get a part time job but the hols is tooooooo short so I bet no one would like to hire me. I want to bake cakes or learn how to cook but the mood is not there. I want to hang out with my schoolmates but they're too busy working or some of them not even here, busy doing their FYP. Eh, when ah I will have the mood to start my FYP? Grrrrrr. I don't even start anything. Damn-damn.

Ouh, just now I wasting my time going to Jusco Bukit Indah. I plan to find something that I hope it can be a present for his upcoming birthday. Eh, esok eh? I haven't find anything yet. ;-p Need to rush for Jusco Tebrau tomorrow to find one or maybe KL. Woooooooo. KL? Gaga. We'll see.

Btw, I already book 4 tickets for NEW MOON tomorrow at 2.45p.m but I don't think I want to watch it here. (Padahal ada masalah dalaman yang besar) So siapa nak 2 tickets untuk tengok esok? Ouhhhhhh. Jeles!


p.s: Makan KFC yea-yea.

24 November 2009

Hello Goodbye!

At last, I’m deactivated my facebook account. Again. But this time I have a solid reason why I’m doing that, I am so addicted to the applications and I need to stop. Easiest way is not having one. Cehceh. So now I can focus on my blog again and talk craps. I’ll activate it back when the time is right. Means, when I stop to worry about the bus coming to my park, the fish in my aquarium, my farm need to harvest. Everything! I need a fresh start and stop doing things like that. Ouh, kuatkan imanku oh tuhan. Dalam hati I started rasa rugi sebab baru beli the third tank for my fish ville. Aduyaii. So you see, I am crazy with all these stuffs and I need to stop.

Now you can call me mak cik. I watched a lot of drama now. Gaga. And I am enjoying it. Especially Nenek Kebaya lah sebab cerita itu aneh. Eh, kejap-kejap, did adi cakap yana ni tak sabar nak kawin? Oh adi, if diberi pilihan sure yana nak kawin sekarang so tak payah pegi belajar lagi satu sem semester depan. Tapi yana tade calon yang sesuai lagi. Agaga. Asyik-asyik berangan dengan Tyson Ritter sampai lupa diri.

Sepanjang cuti ni I banyak fikir benda, what to do before I get married. Satu perkara yang sangat gembira untuk dibuat before kahwin adalah pegi travel sorang-sorang ambil gambar and bergembira selama 6 bulan itu seronok. So I nekad, once dah grad and dah kerja, I’ll make sure dapat travel satu Malaysia and kenali Malaysia lebih dalam. So boleh buat buku. Oh berangan. ;-p

Dah, dah. Nak makan. Later!


p.s: To those nak my maxis number, email me at nanako_icchima@yahoo.com. Oh, btw, untuk rakan-rakan yang dikenali sahaja. :)

20 November 2009

Dia kahwin

Okeh. Ini betul entry emosi sambil panas hati. Cehceh.

Tadi I terima lagi satu kad kahwin. Jiran sebelah rumah dulu-dulu masa kecil sebelum pindah rumah baru punya kenduri. Ingat kecik-kecik dulu main masak-masak sama-sama kat belakang rumah. Ada juga main basikal lompat sana lompat sini kacau anak lelaki jiran. Haha. Main batu seremban, ceper sama-sama empat anak gadis rupawan kadang-kadang jiran jalan lain punya troops datang so jadi enam orang. Selalu buat belakang dapur port untuk aktiviti budak-budak. Oh rindu.

Tahun lepas, si-adik dia tunang. Punya excited pegi nak tengok kawan dulu-dulu tu tunang. Buat reunion kecil-kecilan sambil excited tengok cincin tunang orang lain. Aduyaiii. Dia dah langkah bendul I ni. Nasib baik I masih belajar, so kena slow-slow. Tuptup. I dapat kad kahwin dari kakak. Damn, sangat excited sampai minta jadi pengapit. Padahal ramai aja kaum kerabat dia bebaris nak jadi pengapit. Takpe, minggu depan plan dengan troops lama buat satu parti flower girl, pakai baju gah-gah ramai-ramai cukup 5 orang si flower girls yang cantik. Auwww..

So kawan baya I dah ada satu dah kawin, satu bakal kahwin, and satu dah tunang. Damn it, damn it. Cemburu gila. Ohow, nenek gelabah betul I ni, padahal masak pun tak pandai lagi. Kemas rumah pun ala kadar je. Macam mana orang nak masuk meminang? Boyfriend pun tak steady, muncul imaginary je. Macam mana nak kawin? Nasib baik ramai rakan-rakan college masih berstatus single mingle tringle. So tade la rasa loser the boom sangat. Haha.

Ok, lepas habis belajar ni I nak masuk rancangan cari menantu kalau masih ada. Atau mungkin, Siapa Nak Kahwin Dengan Jutawan. Auwww.


So on 6th Disember tunggu I serang majlis kawin kawan I okey.

19 November 2009

Sad Eyes

Kalau mak tahu saya tengok video ni tentu dia cabut biji mata saya keluar. Kenapa dia suka letak gadis terlalu sexy dalam video dia? Kenapa lagu dia selalu obses dekat wanita super hot? Tapi tak boleh kalahkan Bad Romance kegemaran adik sebab betul Gaga tu anorexia. Mata buntang Gaga jadi idaman tiap-tiap malam. Haha.

Enrique Iglesias - Sad Eyes -> jangan tengok jika belum cukup lapan belas tahun. HAHA

Kenapa?

Kenapa lelaki suka perempuan cantik?
Kenapa lelaki suka perempuan cantik?
Kenapa lelaki suka perempuan cantik?
Habis tu perempuan tak cantik macam saya macam mana?
Patut buat plastic surgery?
Patut pakai susuk?
Atau patut sedar diri tak payah kawin sampai tua?
Oh, berfikir lagi.
Kenapa lelaki suka perempuan cantik?


(Apehal entry malam-malam ni weh? Hati lara tengok secret admire saya pergi kat model jelita macam Hanis Zalikha. Esok pagi nak book flight pegi NY buat plastic surgery.)
Parah.
Kenapa kena bercinta lelaki perempuan?
Kenapa tak boleh perempuan perempuan?
Hahahaha.
Lempang-lempang-lempang lagi.

18 November 2009

Poligami part II

Terlalu banyak video hari ini. So obvious banyak bukak youtube pegi tengok lelaki kacak I sweating. Lagi-lagi tengok Tyson Ritter menari cacing sambil jadi hot. Tolong mak, I dah angau. Mentang-mentang cuti tiada komitmen lain. Haish. Ingat tak tuari I ade buat entry pasal poligami. Malam tu, I ade YM dengan my friends and we talked about woman pula. Ok, untuk mengelakkan I digelar as bias. So mari-mari, cakap pasal alam kahwin lagi. Aduyaiii..

If lelaki yang jatuh cinta lagi ada peluang untuk kahwin dua tiga empat. Kalau perempuan yang jatuh cinta lagi macam mana? Whooopsss. Itu sangat la bermasalah ya anak-anak. Sebagai perempuan kita tahu kita kena setia pada sang suami tidak kira dia sudah berkahwin dua tiga empat. Si perempuan tetap kena setia. Mungkin kita kutuk-kutuk lelaki yang kahwin banyak ni, tapi pernah kita fikir side suami yang frust menonggeng bila sang isteri pegi berfoya-foya dengan lelaki lain? Ada drama buat pasal tu, tapi mungkin kita kata mana logik jadi kat alam nyata.

Ok. I pernah baca somewhere, I tak ingat kat mana but sang isteri ini punya lah gembira dengan boyfriend dia siap bangga-bangga tak lagi kantoi dengan sang suami. Alahai. Tak cukup dengan tu, dia boleh unsure anak dalam kandungan tu husband dia punya or boyfriend dia punya. Eish, dah macam Dirty Sexy Money punya cerita. Tapi orang putih tu tak apa, mereka memang buta agama, tapi kita yang Islam ni, tak payah nak bangga cerita kat orang.

Sekurang-kurangnya, lelaki kahwin dua tiga empat tu cara yang halal untuk elak maksiat. Lagipun mereka mampu. Cuma pada isteri yang rasa hidup unfair bila suami ada orang lain kenapa dia tak ada tu, better pegi minta cerai and cari better guy ataupun belajar terima kenyataan hidup anda tu bermadu. Oh tak, I tak tujukan kat siapa-siapa. Random kot. Cuma time chat dengan rakan tu memang rasa panas je sebab perempuan curang digodam.

Tips untuk setia, oh I jumpa fact ni kat a blog Indonesian punya. [LINK] Makasih yah!

1. Tak mempunyai niat yang tersembunyi, orang indonesian kata niat yang tersembunyi itu pamrih. Jadi cinta kita kat suami/isteri kena tulus. Tade la kahwin nak harta dia or nak dapat gelaran datin or what so ever kan. Lagian, kata blog itu, cinta adalah untuk memberi tanpa harap kembalian. Jadi jika suami kawin dua tiga empat, tadelah kita nak balas dendam kahwin or berbf dua tiga empat kan.

2. Jangan banyak menuntut. Mintak itu mintak ini, tak dapat merajuk. So bak lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lagu madu 3 tu, kita kahwin lagi. Lelaki cepat bosan if kita mintak macam-macam, as I know la kot. Ala, semua orang pun gitu kot. Kalau macam-macam sangat macam nak kasi tangan je. So cinta is not about yourself lah gitu, minta-minta tak beri.

3. Jangan takut dikecewakan. You know, ramai sangat orang I kenal ada syndrome ni tau. They scared to get hurts sampai they don't truly love the person yang be with him/her. Last-last relationship tu macam hancur bukan sebab orang ketiga but sebab diorang tanak kecewa tapi diorang tak sedar diorang terkecewa. Samalah bila dah kawin, kena percaya pasangan kita tanpa rasa sangsi gitu. So bila dah tak sangsi rasa la kot nikmat cinta segala tu. I tak tahu betul ke tak ni, opinion I je ni.

4. Jadilah penghibur yang baik. So if sama-sama gembira time bersama takkan la ada instinct nak curang kan. Jadi, both suami isteri kena main peranan la. Elak poligami, elak curang-curang. Yeahhh.

5. Fahami sesama sendiri. Banyak orang banyak ragam. Rambut sama hitam tapi perangai aneh aneh. Tapi bagi pasangan, diorang kena faham each other biar tak salah faham. Mungkin si suami suka tidur sebab memang genetik dalam keluarga ada DNA polar bear, isteri kena faham and kasi suami cukup tidur saban hari. Sebab isteri dah cuba fahami si suami, suami ni buat special arrangement untuk isteri, belanja baskin robin petang tu sambil ajak jalan-jalan pegi Pavi suruh pilih handbag kegemaran sebab isteri suka makan ais krim dengan pengcollect handbag berjaya. Auwww. Give and take babeh!

6. Bersyukur apa yang terjadi. Semua orang ada kelemahan so kena terima seadanya tanpa kutuk mengutuk. Bersyukur dengan menerima pasangan kita seadanya. Cewahh. And ni tips sekali ni, if lepas gaduh, janganlah main ungkit-ungkit. Tak elok. And try assume gaduh itu as proses kenal each other sebab time gaduh kita boleh nampak bad side kat pasangan kita.

7. I tak paham mandiri dalam fikir dan tindakkan so I ganti dengan kepercayaan terhadap pasangan. Kepercayaan itu penting. Kalau kita tak percaya pasangan kita macam mana kita nak setiakan. The feeling kata maybe suami pergi mencurang, boleh ke aku percaya dia. Padahal suami pegi jumpa client kumpul duit nak presentkan isteri cincin kawin baru. Syak wasangka dalam hubungan memang macam virus!

8. Teguh dalam harapan. Setiap pasangan yang dah kahwin mesti ada harapan kononnya macam goal dalam perkahwinan tu, contohnya bila dapat cucu pertama nak pergi honeymoon lagi sekali kat Paris. Haaa... or something yang simple macam nak tengok anak membesar sama-sama. Hoyeh, itu contoh yang baik. So bila ada harapan yang sama dapat gain setia macam tak ada sebab nak curang gitu.

9. Padukan kata dan perbuatan. Ni I loike lah. Kita tahu kita sayang, so kita beritahu dia, sambil tu buat suprise dinner masakan sendiri untuk husband, masakan kegemaran si suami. Tunjuk rasa sayang even sekali sehari. So macam takdelah hidup tak ada kasih sayang hari ni. So esok cari kasih sayang orang lain pula. Padahal wife kat rumah sumpah sayang cuma lampi tak pandai nak express sayang.


So, bila dah kahwin ni tanggung jawab jadi sangat banyak. Kalau boleh elakkan poligami dan curang-curang segala. Dah kahwin, bukan cinta zaman sekolah. Jadi untuk rakan-rakan I yang bakal kahwin cuti ni, auwwww.. tak sabar nak attend jiran sebelah rumah dulu kahwin bulan depan. Semoga berjaya bercinta alam kahwin.

Ok, I jumpa video best lagi. Lagu Madu 3 version Ahmad Dhani punya. Hihi. Funny kot. :)


Another Heart Calls

Ingat tak I pernah cakap pasal lagu Another Heart Calls AAR? Haaa. Memandangkan cuti, I pegi geledah video yang ada kat YouTube. Eiceh, padahal baru tgk beberapa ketul video je dari pagibangun tadi. Takpe, cuti ada 3 minggu lagi. Bertendang. Ha, Alif yang sedang ingin bercinta, nahhh. dengar lagu ni. Ohow, if AAR dtg lagi tak bawak gadis comel tu, mmg I mintak nak nyanyi dgn Tyson Ritter la. Practise lagu ni mula saat ini. Heeeee. Lepas ni memang repeat lagu ni sampai dapat tiru sebiji suara gadis comel tu so dapat duet dengan imaginary bf I ni.






Lagi satu lagu I nak dedicate kat orang. Haha. Part yang best, "Say it's true, I'll never ask for anyone but you." Cepat, say you love me! Cepat. Hihi. Merepek! I'll never ask for anyone but Tyson Ritter. Buat masa ini la kot. ;-p

Oh, last part dia smart kan? Pasal tu I nak duet dengan imaginary bf I ni. HAHA

The Wind Blows

Last night I'm listening to this song like thousands times kot before I sleep. Hihi. Actually, I'm dedicating this to someone. Hiks! Get well soon! So nahhh. Vids lagu ni.



Joget sopan dia. Hihi. Performance kat David Letterman's Late Show.


Ni I tak tahu mana punya. But BF I ni memang serious macam sangat enjoying lagu. I suka suara sexy dia. Suka!


I nak belajar dance macam dia boleh? Btw, ni kat M'sia. I jeles siapa pegi tgk AAR ni. I test time tu. ;-(

17 November 2009

Tidur banyak!

Ok, jujur aku tengah emo sekarang.
Alah, obvious.
Btw, tak payah baca if busy.
Haha.

Tuari, aku ada janji dengan sorang kawan ni nak keluar.
Tapi end up dia tidur sepanjang hari.
Jadi aku pun tidur sampai pening.
Aish, takkan aku tak boleh nak marah kot.
Janji nak keluar tapi dia tidur sampai pukul 5 petang.
Ape kes?
Kau ingat aku bisu?
Takde hati?
Ok, ok, bukan kau.
Bukan.
Kawan-kawan aku semua baik.
Ok jadi kononnya esoknya dia nak ganti salah semalam.
Ajak keluar lagi.
Nasib baik aku suka kau, kalau tak sure aku reject kau terus.
So aku bangun awal sikit.
Mandi-mandi, pilih baju baik punya.
Sembur perfume mak, keluar.
Sampai-sampai, aku call, dia tidur lagi.
Oh aku lupa nak bilang,
aku tak suka tunggu orang.
End call, message sudah.
Maki.maki.maki.
Bukan first time kot, dah selalu.
Bosan.
Aku lepak tidur balik.
Oh, cuti aku dipenuhi tidur dohh.
Rasa hina diri sebab tak berguna.
Oh, tapi tak sehina orang yang susahkan orang lain kot.
Oh, ni tak cukup panas lagi.
Orang tu, siap off phone.
Merajuk mungkin.
Terbalik, bukan aku ke yang patut mengamuk?
Geli, orang yang suka lari dari masalah.
Balik main game fesbuk lagi bagus.
Balik rumah, hujan lebat.
Fine, aku takde mood lagi.
So, tidur lagi.
Bangun, mak bawak balik mee rebus.
Dapat message.
Orang fuck aku doh dalam message.
Fine.
Penah aku bilang aku ni pemaaf dan easy going?
Aku dah reda kot.
Malas nak cari pasal, aku diam.
Kejap lagi aku yang try nak baik-baik.
Cukup bodoh, cukup loser.
Tapi aku tahu aku baik.
Bahahahahaha.
Senyap.
Malam tu, aku call lagi.
Aku dengar bunyi bising.
Aku cakap orang boo-layan.
Last-last aku sedar aku sakit hati sendiri.
End call. Off to sleep.
Esoknya, aku sedar-sedar.
Aku dah jadi salah satu haters kau.
Harap maklum.
Oh, jadi ayat suka kat atas tu dah jadi past tense ok.


Good Night
Kan dah bilang, tak payah baca.
Fisyen a.k.a rekaan semata-mata je.
Goodbye!

15 November 2009

Semester 7

Aish... habis juga satu semester. Lots of memories segala. Here is some picture that I joined and bring my sygness digicam while having funnn with my friends. Kelas? No, I am tooooo selekeh untuk ambil gambar dalam kelas. Atau mungkin jarang-jarang nampak muka I dalam kelas. Bahahaha. During the weekends during semester ni I’m busy with my part time so tak byk activity dpt join sampai ada gap between me and my classmates. Aishh. Banyak suka duka sampai nangis-nangis during study week. Tension dengan projects and assignments yang kerap kali buat last minute. Argh.. tinggal lagi satu sem yea-yea.


The guys yang keluar sama during our last day hang out.


The girls. Unplanned punya theme merah.


Celebration bday eacha. More to karoke kot. ;-p


Hiks. Kami, Elite. Adi pun ada kot.


At last jumpa Nelly. Yea-yea.


Keluar makan dengan Nelly. Oh, mok sesat!


Time beraya rumah miza. Semua ada kot. Yeah!


The girls. Gadis-gadis kelas.


Shopping raya dengan ABG's. Loveeee!


Ok, apesal Yatie comel?


Tersesat keluar dengan Yanti andd...


oh yeah, dia. Sekali je aku lepak ngan kau kan. HAHA


Cuma sekali saya keluar dengan roomate saya. Sekali. Teruk gila kan? Ini Mimi.


Lampu menarik perhatian. Kali pertama naik floor 2.


Beli cupcake untuk diri sendiri dengan ABG


Muka mereka, mesti keluar karoke. Hihi. Danga Bay


Ohh. And encik batax pun join wooo.


Ni waktu tengok cerita Skrip 7707? Haha. Lapa!


Squeeze semua masuk dalam lens.

Time amik yati awal-awal sem dulu. Dinner sekali, kerang rebus tak lupa.


First day kelas. Ingat nak makan mee koloh tp kedai tutup daaa..


Mana muka saya hilang? - camera girl.



p.s: Ralat bila tak lepak berlima macam semester lepas. Korang ingat kot siape korang.
p.s.s: Mana muka orang yang I selalu lepak dengan? Hihi.


Goodbye!

10 November 2009

Mode: I am not sure

I don’t know why with me now. I’m giving up with my tomorrow paper since I woke up this morning oh nahh, yesterday morning. I read through the notes, I get bored, I watched the ghost whisperer, end up, I just read only quarter of the page. And I had lots of it to read, uh-no, to memorize to be exact. But then, I just don’t know why I still can’t read and keep reading. I’m doing something else. And now I plan to give up. Listening to sad love song, ignoring the notes. If you see how the laptop covering the notes surely you called me crazy because I have paper at 9 in the morning and I still had nothing in my mind.

Nak kata tawakal je boleh tak?

And why, I had the feeling of uneasiness with me right now. I mean the down moods. Feels like crying while it is nothing to be cried off. Did you ever feel that? Damn I hate this.

09 November 2009

Kerinting? Derrrr

While my classmate is busy memorizing for the paper tomorrow, I’m at my room watching ghost whisperer then get stressed with the papers. Memorizing is so not my thing. Ye ke? Heh, to be frank, I am bored with the finals, macam nak duduk rumah and pretending it is holiday.

So I’m having my lunch at 5p.m as usual. It is not a big surprise because my tummy already gets used with it. Bahaha. Padahal habis satu tin biskut makan time lapar tadi. (-.-“) Suddenly someone ask me to go for a hair do. Well, as you know me, it is hard for me to say no for those kinds of things. Lagi-lagi bila baru dapat allowance dari bonda. Yeay.

We heading to my favourite place. Jadi favourite place sebab each time lepas treatment or gunting rambut there, I rasa rambut I cantik for a week! As usual, people there will promoting about the treatment and bla-bla-bla. My intention is just to get my hair trim and do something with my fringe. So I just ignored what the girl promoting me and start to think what is the best statement to reject the promotion what so ever tu. But suddenly, my friend yang I go with tu boleh pula tengok muka I sambil blink eyes cakap, “Jom buat treatment.” Damn, you know I just can’t say no, sebab memang I sumpah sayang rambut I even dia pendek and serabut. So here we come another an hour doing hair treatment. Geeezzz.. Dalam mind I keep trying to remember what I had read this morning, tak boleh buang waktu, study dalam mind. Ouh, it is not true trust me, I enjoying looking at the Chinese girl doing my hair, btw, she is super cute!

So, I talked to her. From hair thingy to boyfriend, school ect. Then she said, after treatment I main rambut you okey, I buat curl. OMG, I am so excited. I just can’t imagine how it will turns out. Yeah, we spend two hours there and I can feel that my hair is much-much-much more healthy now. Eh? Really?

And I really do love the curls. Cepat panjang and I’ll make it permanent. ;-p
Oh, and I got the treatment for free. Suddenly the person who bring me there pay for me. Yessss, I love you la darling. It was a best gift! Sambil blink my eyes and showing off my hair. Gahaha. Next time bawa I lagi if you nak pegi treatment rambut okey~


p.s: Tak nak mandi rambut sebulan boleh? HAHA


I know, ANEH!

07 November 2009

Poligami?

Tadi I tengok cerita Payung Siti Fatimah. Ouh, it is about polygamy. Ahah, tapi memang credits given to both of their actress la sebab pakai tudung dengan sangat cantik and buat I rasa teruja each time diorang tukar baju. Lagi-lagi si Bienda cantik itu. Ok, ini bukan topic yang I nak cakap, but pasal poligami.

Ingat tak dulu I pernah buat satu entri pasal poligami? And I did tell you that I don’t mind. Ok, ni kita buka cerita baru pula okay. My new concept of poligami setelah menonton drama Payung Siti Fatimah. And mana tah entry dulu tu, I tak jumpa. ;-(


Percakapan suami isteri yang biasa kita dengar dalam bab poligami.

Waktu, sure sebelum masa tidur dimana suami sambil cuba untuk mengambil hati isteri sebelum memulakan pebualan.

Suami: Sayang, abang ada benda nak cakap.

Isteri: Apa dia bang? (sambil terus mengadap muka suami, tersenyum)

Suami: Abang nak kahwin lagi. Abang rasa abang mampu. Lagipun, kami dah jalinkan hubungan selama berbulan-bulan. Kalau boleh abang nak izin sayang dulu sebelum kami berkahwin.

Sambil isteri membuat muka terkejut dan mula mengalirkan air mata.

Isteri: Siapa dia abang? Sampai hati abang buat ayang macam ni? Kenapa bang? (sambil menangis dan menumbuk-numbuk si suami)

Suami: Kami pernah bercinta zaman sekolah dulu. Abang baru jumpa dia, abang tak boleh tipu perasaan abang.

Drama pun berlaku akhirnya kita tetap dapat tahu si suami kahwin baru dan si isteri dimadukan tanpa rela.


Tapi bab poligami dalam cerita sekarang dah lain. Percakapan suami isteri yang tidak biasa kita dengar dalam bab poligami.

Waktu time nyaman-nyaman sambil minum teh si isteri yang memulakan bicara selepas beberapa hari mempertimbangkan keadaan.

Isteri: Abang, saya nak abang berkahwin dengan si-A.

Suami yang sedang minum pun tersedak. Sambil terus memandang si isteri. Tidak percaya.

Suami: Apa ayang cakap ni? (dalam hati berfikir, mana dia tahu perempuan tu ex aku? Cerita lama)

Isteri: Ayang jumpa surat abang dengan dia dalam stor. Dia susah abang sekarang, dia perlukan perlindungan seorang lelaki. Ayang bersedia abang.

And bla.. bla... bla... bla... If korang tengok cerita tadi korang akan faham conversation tu jadi macam mana.

Gambar tiada kaitan dengan mana-mana pihak, tapi smart tak lelaki ni kahwin 3 terus? Gila!


Ok, it is weird you know when a woman started all those polygamy thingy. It is not normal for me. Pernah korang fikir untuk cakap kat boyfriend korang, “Awak pergilah couple dengan ex awak tu, dia masih sayang awak lagi. I don’t mind as long as awak still sayang saya.” Pernah?

When it comes to marriage and the guy yang korang sumpah sayang itu dah sah jadi suami korang. Boleh tak terlintas nak dia kahwin lain atas pilihan korang? Ok, maybe bukan I lah sebab I memang hati tak suci sampai macam tu sangat. At least not for now sebab memang I tak rela if boyfriend I sekarang ada girlfriend lain. Sumpah I lempang dia laju-laju sampai terbang naik bulan. Ahahahaha..

Tapi, bila I dah kahwin and sang suami mula buat perangai and ada perempuan lain. Auwwww. Siap mintak kahwin lain lagi sambil bawa surat mahkamah kebenaran kahwin lagi suruh I sign. Aduh, if dia mampu I mungkin, mungkin ya disitu membenarkan. Ye lah, daripada I ditipu bodoh dia dah ada anak 5 tahun baru I tahu I dah dimadukan, better tahu dari awalkan? Truth is hurts la kan.

Cuma, memang ciri-ciri wanita yang bakal menjadi madu I memang I kaji siap upah PI lagi kot. And seriously, if I rasa suami I tak mampu untuk adil, tak mampu dari segi harta and tak mampu dalam apa-apa segi pun, memang I akan bantah. So bakal suami saya, sila jangan tersenyum dulu. Poligami, orang yang betul-betul kuat iman je kot boleh buat. Kan? Oh lagi satu, bakal madu itu juga mesti boleh terima poligami. Tak nak lah nanti I diracun sebab dia tanak share husband. ;-p

But seriously, I akan berusaha gigih untuk elakkan poligami jika sudah berkahwin. Senang untuk cakap itu, cakap ini, demand itu, demand ini. Tapi hati yang parah kat dalam bila dimadukan, siapa yang tahukan? Mesti ada pain dia. Oh, beremosi pula I ni. Macam sudah dimadukan pula rasa. Ahahaha.

Apa benda I merepek malam-malam ni?
Ahhh.. good night!

06 November 2009

Pisau Cukur

Oh My Gucci!

Hari ini I boleh berlagak dan berkata, akhirnya I dah menonton wayang setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di mana-mana pawagam. Kali terakhir menonton adalah Momok sebab excited nak tengok Hanis Zalikha si puteri bunian itu. So hari ini I tengok Pisau Cukur.


Apa yang I boleh kata, memang cerita ini sangat lah best! And buat I rasa auwww. I suka dua orang bestfriend yang mempunyai cita-cita yang sama. And both of them pula cantik-cantik belaka. Bersama barang-barang yang boleh buat gadis-gadis kata, I nak pinjam baju boleh? Pinjam handbag?

Okey, kasi I pinjam handbag ini seminggu eh Bella!

Jalan cerita memang serious tak sangka ada kaitan dengan detektif thigy diselang-selikan dengan romance sedikit. And sebab si Bang Bill (Nabil Raja Lawak) ada, so certain part jadi kelakar. Tak boleh belah time part, tunggang penyu pergi ke pulau nak cari cengkih. Ayat memang tak boleh belah kelakar and I remember person yang sit next to me gelak dengan gembira. (Yes, engkau budak)

Lepas ini jangan cakap Oh My God, ganti dengan nama-nama brand termashur macam Gucci, Louis Vuitton ect. And if nak terbersin, jangan buat bunyi yang seperti biasa didengari seperti ha-chooom tapi cuba praktikkan Oh-Jimmy-Chooo! Ok, cerita ini unik. And kena tengok betul-betul sebab ending dia hanya dapat dikonklusikan apabila anda mendengar setiap bait kata mereka. ;-p

Sila tengok bersama girlfriends kesayangan kepada gedis-gadis sebab memang ada nilai friendship kat cerita ini. If keluar dengan lelaki, make sure bukan dia yang bayarkan takut dicop sebagai picau cukur juga. Padahal duit wayang baru RM10 sila jangan berkira. Bahahaha...



p.s: I setuju bila mereka kata kawin dengan orang kaya untuk masa depan anak-anak. Setuju gila!

I have a virtual cafe.


I don’t know since when I started to play this, but I can still remember Caya forcing me to accept her invite to be her neighbour. I don’t really care at first but then I realised it is fun because to maintain the costumers we need to manage the arrangement properly make sure all the tables is at the right place. I don’t really care about the money nor the level cause I know I am still new. But then I am proud of myself because I have loads of costumers! Now I need to manage how to maintain the cooking so that my cafe will always have something to serve the costumers.

Well, my dad did ask me “Why did you play that game? Just wasting your time.” And I replied, “I can manage a virtual cafe dad. Who knows someday I’ll own a cafe.”

So, good night!

p.s: Now the thumbs rate me 104.9. YEAY!!!

05 November 2009

Dilemma Si Keding

Hah, pada sesiapa yang masih tidak percaya saya ini dah semakin bertambah berat badan, sila take note gambar ini. Ouh, I perasan I memang ada sedikit ke-chubby-an bila berat I bertambah, lagi-lagi tang muke. Auwww..

Ingat lagi, dulu masa kecil-kecil. Kawan-kawan selalu cakap I ni kurus/skeleton/keding/si-aneroxia. Haha. Padahal I takdelah kurus mana sebab I rasa badan I ni normal je pun. Mungkin sebab I ni tinggi and kurang lemak so mereka nampak I ni macam kurus aneh bila berjalan. Atau mereka nampak I as seekor cacing apabila aksi-aksi cacing kadang-kala terkeluar apabila I rasa excited. Mungkin.

Bila adik I berusaha gigih untuk kurangkan berat badan kononnya nak jadi macam I yang berbadan kurus dan berperut flat macam Nicole Schezinger (ok, I perasan) I berusaha gigih untuk tambah 3 kg setiap minggu. Tinggi bersama berat badan yang ideal membuatkan saya rasa confident. Tapi bila under-weight, nak pakai baju ketat sedikit pun rasa kurang selesa sebab takut orang cakap, “Ada pesta Halloween ke hari ini? Costume skeleton dia pakai tu.” Haha. Orang kurus pun ada dilemma okeh.

Mungkin orang cakap I tak bersyukur. Tapi betul, pernah tak, korang sebagai gadis rasa cukup confident dengan diri sendiri selama sebulan tanpa complaint? Jadi mungkin ini hari tak confident terhadap badan I. Eh, sekarang I rasa confident sebab dah tambah berat badan. Tapi I tetap berharap badan ini memberi sepenuh kerjasama untuk memberi perfect weight & perfect body type kat I. Hahaha.

Ok, I tak mintak berbadan mengiurkan macam Beyonce. Ouh, she is too hot you know~ But bila browsing through gambar-gambai I rasa badan gadis ini agak hot. Ouh, harap-harap kaki yang dipanggil bagai kaki bangau ini akan berubah puffff jadi macam dia. Oh idola baru saya. ;-p


Lepas ini makan banyak, sit up maintain perut, & lari pegi balai cerap untuk maintain peha hot. Ok, cita-cita yang sumpah I tak tahu bila nak tercapai kot. Naik balai cerap pun naik kereta. Lepas cuba 10 kali sit up kat bilik terus tidur 4 jam sebab penat. Ok, lupakan cita-cita. Tunggu nak kawin baru cuba sekali lagi nak badan hot ok. Gahaha.


Goodbye!

Try sleeping with a broken heart

(She is hot isn't she? Damn I love her hair && her bracelet!)


Try Sleeping With A Broken Heart Lyrics


Even if you are a million miles away
I could still feel you in my bed
Near me, touch me, feel me

And even at the bottom of the sea
I could still hear it inside my head
Telling me, touch me, feel me
And all the time, you were telling me lies

So tonight, I'm gonna find a way to make it without you
Tonight, I'm gonna find a way to make it without you
I'm gonna hold on to the times that we had
Tonight, I'm gonna find a way to make it without you

Have you ever tried sleeping with a broken heart?
Well you could try sleeping in my bed
Lonely, own me, nobody ever shut it down like you

You are the clown, you made my body feel heaven bound
Why don't you hold me, need me
I thought you told me you'd never leave me

Looking in the sky I could see your face
And I knew right where I fit in
Take me, make me, you know that I'll always be in love with you
Right till the end

So tonight, I'm gonna find a way to make it without you
I'm gonna find a way to make it without you
I'm gonna hold on to the times that we had
Tonight, I'm gonna find a way to make it without you

Anybody could've told you right from the start it's about to fall apart
So why not then hold on to a broken dream or just hold on to love
And I could find a way to make it, don't hold on too tight
IĆ¢€™ll make it without you tonight

So tonight, I'm gonna find a way to make it without you
I'm gonna find a way to make it without you
I'm gonna hold on to the times that we had
Tonight, I'm gonna find a way to make it without you



p.s: Padahal I still keep playing doesn't mean anything lagi, dah keluar single baru. Damn, I love her!

04 November 2009

This is fun!

video


video


video


Rindu nak update, tak tipu.


Just now I’m going out with some of the girls with Jijot along. Yes, we go for karaoke and celebrating Eacha’s birthday. No fancy cake but I did bake chocolate cake for them and bring it in a medium size tupperware. Yeah, tak grand langsung I know. But then, it is all finished so I bet the taste is not so bad huh? ;-p

I did my stupid jumping and the perasan I am on stage style (lagi-lagi during making love all of nothing padahal I am totally out of rythm) But then, I had fun. We sang Elite song together. You know, I remember I am shouting not singing. HAHA. I never imagined that I’ll be like that after with any other people. But seriously it was fun! Why lah u guys tade during my birthday? ;-(

Thanks for the day. I really enjoying it lah. Esok another karaoke day with Mikah. Ouh damn I need to list lagu apa nak memekak esok. Nak video lagi? ;-p

01 November 2009

November

Yesterday I’m having such a rough night. How could I define that? I had everything in my mind but I have no one to share. Everything includes; exams, car, missing home, friends, special friends, my own-self.

It is sucks. And as I concern, my PMS is still further away and why I keep bothered by everything easily? I laugh, cried, thinking and live for hours with it. I try to figure how to comfort myself. I wrote a lot yesterday, just to express my feeling, express myself, but it brings nothing good. I tried to put away the feeling/thinking, try to do my revision, but I just can’t focus. End up with I done nothing with my revision and sleep late. I sleep with my mind saying; “Bangun yana, kau kena habiskan revision.” At that time I can hear my 4.45a.m alarm clock. But I lost to myself.

Once I’ve opened my eyes today. I felt I am freedom from strife. Maybe I just need a good sleep last night. Maybe I just was messing up with myself during these nerve-racking weeks. GAHA! Whatever Diana, you always like this. (Blaming myself)

So I must/need/have to use the day with revision, I have paper tomorrow morning. Can I make it?

Ok, goodbye!


p.s: It’s November.