18 November 2009

Poligami part II

Terlalu banyak video hari ini. So obvious banyak bukak youtube pegi tengok lelaki kacak I sweating. Lagi-lagi tengok Tyson Ritter menari cacing sambil jadi hot. Tolong mak, I dah angau. Mentang-mentang cuti tiada komitmen lain. Haish. Ingat tak tuari I ade buat entry pasal poligami. Malam tu, I ade YM dengan my friends and we talked about woman pula. Ok, untuk mengelakkan I digelar as bias. So mari-mari, cakap pasal alam kahwin lagi. Aduyaiii..

If lelaki yang jatuh cinta lagi ada peluang untuk kahwin dua tiga empat. Kalau perempuan yang jatuh cinta lagi macam mana? Whooopsss. Itu sangat la bermasalah ya anak-anak. Sebagai perempuan kita tahu kita kena setia pada sang suami tidak kira dia sudah berkahwin dua tiga empat. Si perempuan tetap kena setia. Mungkin kita kutuk-kutuk lelaki yang kahwin banyak ni, tapi pernah kita fikir side suami yang frust menonggeng bila sang isteri pegi berfoya-foya dengan lelaki lain? Ada drama buat pasal tu, tapi mungkin kita kata mana logik jadi kat alam nyata.

Ok. I pernah baca somewhere, I tak ingat kat mana but sang isteri ini punya lah gembira dengan boyfriend dia siap bangga-bangga tak lagi kantoi dengan sang suami. Alahai. Tak cukup dengan tu, dia boleh unsure anak dalam kandungan tu husband dia punya or boyfriend dia punya. Eish, dah macam Dirty Sexy Money punya cerita. Tapi orang putih tu tak apa, mereka memang buta agama, tapi kita yang Islam ni, tak payah nak bangga cerita kat orang.

Sekurang-kurangnya, lelaki kahwin dua tiga empat tu cara yang halal untuk elak maksiat. Lagipun mereka mampu. Cuma pada isteri yang rasa hidup unfair bila suami ada orang lain kenapa dia tak ada tu, better pegi minta cerai and cari better guy ataupun belajar terima kenyataan hidup anda tu bermadu. Oh tak, I tak tujukan kat siapa-siapa. Random kot. Cuma time chat dengan rakan tu memang rasa panas je sebab perempuan curang digodam.

Tips untuk setia, oh I jumpa fact ni kat a blog Indonesian punya. [LINK] Makasih yah!

1. Tak mempunyai niat yang tersembunyi, orang indonesian kata niat yang tersembunyi itu pamrih. Jadi cinta kita kat suami/isteri kena tulus. Tade la kahwin nak harta dia or nak dapat gelaran datin or what so ever kan. Lagian, kata blog itu, cinta adalah untuk memberi tanpa harap kembalian. Jadi jika suami kawin dua tiga empat, tadelah kita nak balas dendam kahwin or berbf dua tiga empat kan.

2. Jangan banyak menuntut. Mintak itu mintak ini, tak dapat merajuk. So bak lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lagu madu 3 tu, kita kahwin lagi. Lelaki cepat bosan if kita mintak macam-macam, as I know la kot. Ala, semua orang pun gitu kot. Kalau macam-macam sangat macam nak kasi tangan je. So cinta is not about yourself lah gitu, minta-minta tak beri.

3. Jangan takut dikecewakan. You know, ramai sangat orang I kenal ada syndrome ni tau. They scared to get hurts sampai they don't truly love the person yang be with him/her. Last-last relationship tu macam hancur bukan sebab orang ketiga but sebab diorang tanak kecewa tapi diorang tak sedar diorang terkecewa. Samalah bila dah kawin, kena percaya pasangan kita tanpa rasa sangsi gitu. So bila dah tak sangsi rasa la kot nikmat cinta segala tu. I tak tahu betul ke tak ni, opinion I je ni.

4. Jadilah penghibur yang baik. So if sama-sama gembira time bersama takkan la ada instinct nak curang kan. Jadi, both suami isteri kena main peranan la. Elak poligami, elak curang-curang. Yeahhh.

5. Fahami sesama sendiri. Banyak orang banyak ragam. Rambut sama hitam tapi perangai aneh aneh. Tapi bagi pasangan, diorang kena faham each other biar tak salah faham. Mungkin si suami suka tidur sebab memang genetik dalam keluarga ada DNA polar bear, isteri kena faham and kasi suami cukup tidur saban hari. Sebab isteri dah cuba fahami si suami, suami ni buat special arrangement untuk isteri, belanja baskin robin petang tu sambil ajak jalan-jalan pegi Pavi suruh pilih handbag kegemaran sebab isteri suka makan ais krim dengan pengcollect handbag berjaya. Auwww. Give and take babeh!

6. Bersyukur apa yang terjadi. Semua orang ada kelemahan so kena terima seadanya tanpa kutuk mengutuk. Bersyukur dengan menerima pasangan kita seadanya. Cewahh. And ni tips sekali ni, if lepas gaduh, janganlah main ungkit-ungkit. Tak elok. And try assume gaduh itu as proses kenal each other sebab time gaduh kita boleh nampak bad side kat pasangan kita.

7. I tak paham mandiri dalam fikir dan tindakkan so I ganti dengan kepercayaan terhadap pasangan. Kepercayaan itu penting. Kalau kita tak percaya pasangan kita macam mana kita nak setiakan. The feeling kata maybe suami pergi mencurang, boleh ke aku percaya dia. Padahal suami pegi jumpa client kumpul duit nak presentkan isteri cincin kawin baru. Syak wasangka dalam hubungan memang macam virus!

8. Teguh dalam harapan. Setiap pasangan yang dah kahwin mesti ada harapan kononnya macam goal dalam perkahwinan tu, contohnya bila dapat cucu pertama nak pergi honeymoon lagi sekali kat Paris. Haaa... or something yang simple macam nak tengok anak membesar sama-sama. Hoyeh, itu contoh yang baik. So bila ada harapan yang sama dapat gain setia macam tak ada sebab nak curang gitu.

9. Padukan kata dan perbuatan. Ni I loike lah. Kita tahu kita sayang, so kita beritahu dia, sambil tu buat suprise dinner masakan sendiri untuk husband, masakan kegemaran si suami. Tunjuk rasa sayang even sekali sehari. So macam takdelah hidup tak ada kasih sayang hari ni. So esok cari kasih sayang orang lain pula. Padahal wife kat rumah sumpah sayang cuma lampi tak pandai nak express sayang.


So, bila dah kahwin ni tanggung jawab jadi sangat banyak. Kalau boleh elakkan poligami dan curang-curang segala. Dah kahwin, bukan cinta zaman sekolah. Jadi untuk rakan-rakan I yang bakal kahwin cuti ni, auwwww.. tak sabar nak attend jiran sebelah rumah dulu kahwin bulan depan. Semoga berjaya bercinta alam kahwin.

Ok, I jumpa video best lagi. Lagu Madu 3 version Ahmad Dhani punya. Hihi. Funny kot. :)


2 comments:

baskettoman_sg said...

so dh ok la cik yana eyh?? hehe..
just nk tanye opinion yana.. eloknye pasangan tu byk hobi yg sama ke? atau yg kontra? kite ade dgrkan org ckp suami dan isteri ni saling memenuhi kekurangan masing2. contohnye, kalo suami kuat tido, bagusnye yg isteri x ske tido. kalo sama2 ske tido, x jadi ape la dlm rumah tu.. haha. btol x?

Diana Naubi said...

haha. yana hati kebal. yana prefer hobi sama so semua benda boleh buat sama-sama. pasal tu yana tak nak husband tido sgt sumpah lama, nanti yana pun terjangkit. yana nak keluarga bahagia bangun subuh sama-sama pegi jogging, sarapan & belakon seperti keluarga bahagia tiap-tiap hujung minggu setelah sibuk berkerja saban hari. wahhhh.. ayat gedik!