31 August 2010

53 Tahun

Oh, akhirnya berjaya install CS3 dalam Toptop. So tangan ini gataii nak konon-konon buat header - so okey, sila cakap hello dekat header baru sempena hari merdeka. Waktu itu pipi masih gebu berisi dan tidak bergelap serta tidar tercemar dek jerawat. Kau jangan harap in real-life I se-ayu itu. HAHA


Jadi esok kita cuti sebab merdeka.


Yes, Malaysia sudah merdeka 53 tahun. Tetapi, kenapa saya rasa kita masih dijajah secara diam-diam oleh orang barat? Mungkin, saya suka fikir yang bukan-bukan. Tapi, dah tak nampak gadis melayu yang mempunyai sifat ketimuran penuh sopan santun pakai baju kurung jalan-jalan. Macam zaman dulu-dulu tu. Haha. Kalau esok keluar, I bertekad nak pakai baju kebangsaan sambil jaga tutur kata seperti orang dulu-dulu, santun. 


Tapi sekurang-kurangnya Malaysia aman, tak adalah kena makan ubi rebus tiap-tiap hari. Atau mungkin tiba-tiba orang jepun ketuk pintu kidnap gadis-gadis ayu buat 'santapan'. Tak dengar bunyi bom macam kat Gaza. Tak ada bencana alam macam kat Haiti. Tak ada rusuhan. Kira, Malaysia ini aman damai. Jadi kena bersyukur. (:


Terima kasih Tunku Abdul Rahman - sebab bebaskan kami dari belenggu penjajah 53 tahun lepas. 





p.s: I beli buku baru siang tadi. Gembira dapat bahan bacaan baru!

p.p.s: Kenapa, saya skema hari ini?

30 August 2010

Hey BF



So boyfriend, why did you love me? Or you don't?

29 August 2010

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Atau mungkin bagi kes I, "kerana nila bertitik-titik, rosak susu sebelanga"


Ceritanya begini, dulu mak saya memberi sepenuh kebebasan untuk saya hang out dengan sesiapa asalkan dia tahu dengan siapa saya hang out dengan dan kena balik mengikut curfew serta dia kena tahu arah tujuan saya. Tetapi sejak kecoh satu Malaysia kes buang anak seperti kes buang anak kucing, trust mak saya terhadap saya semakin berkurang. Dan saya rasa sangat menyampah dengan nila-nila sekalian. Sebab awak saya dah susah nak minta permission pergi berdating!


Ok fine, gejala sosial makin teruk sekarang. Even budak ipt pun tak terlepas dari gejala begini. Tapi kenapa bagi kami-kami yang tidak bersalah pun terkena kesan? Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan payung sebelum hujan. Tetapi kadang-kadang saya rasa macam mangsa keadaan.
(-.-")


Yess, I memang long distance relationship. Dan, its been a month tak jumpa dia. I was planning untuk jumpa dia kat KL as I pun nak buy few things - shop raya sikit there. But mak kind of 'bising' as like I'm going to check in some hotel and make love with him. Hoho. Ini ayat tengah marah dekat nila bertitik-titik itu. Korang jumpa tiap-tiap hari buat benda korang rasa 'sedap' then menyusahkan I at the very end! I nak pegi jumpa boyfriend pun dah macam nak jumpa perogol bersiri tahu tak?


Even time boyfriend ada sini pun, kalau dia ajak keluar memang mak pesan bergelen-gelen sebelum keluar and tengah keluar pun dapat message peringatan lagi siap suruh balik cepat padahal baru 2 jam keluar. It was that bad tahu! And I felt annoyed! I siap dalam diam dah bertekad, in case jumpa dengan nila-nila ni memang I akan membebel non-stop bising.


Sampai sekarang pun ada kes buang anak. Tak kira lagi yang choose untuk kawin lepas bunting. Kes perempuan masuk pusat pemulihan. Eh, kalau kira kes-kes gini, mungkin boleh buat sekolah untuk budak-budak yang bakal lahir tu. So that diorang tak payah face budak-budak normal yang lain yang mungkin akan bakal tanya "kenapa bin/binti awak tak sama macam saya?"
Kesian kan?


Dah, I dah puas membebel.


Terima kasih nila, sebab awak saya rasa disayangi lebih sebab mak saya risau pasal saya. Tapi betul, awak menyusahkan saya kadang-kadang. Pffft.

28 August 2010

Awak curang!

As I dah tutup lap top and I am darn disappointed with myself sebab unsuccessful crack PS3 yang baru download kat torrent. I memang menyampah betul dengan adobe PS4, tak tipu sebab leceh - macam kena beli adobe PS4 for dummies. Nak beli cd sumpah malas sebab macam dah banyak kali beli but end up with - I can't find the cd. Hoish nampak sangat I dah setia kat adobe PS3.
(-.-")


So I admit - I memang setia kalau si lagi satu tu berbaik-baik dan bersenonoh-senonoh. Kira PS4 susah pada I, so I balik kat ex I si PS3.


Hari ini nak membebel pasal relationship boleh?


I selalu dengar perempuan keluh cakap lelaki suka main kayu tiga, jumpa perempuan dahi licin tinggal girlfriend. Atau mungkin dia curang diam-diam. But at the same time, kadang-kadang lelaki akan complain the same thing tapi yang biasa I dengar si girlfriend ada scandal lain. Perempuan akan cakap lelaki curang, lelaki akan fak perempuan sebab cakap perempuan curang. Kira dua-dua nak bajet dioranglah setia gila tak curang.


Biasanya, kalau perempuan setia mak aih boyfriend dia bukan main cucuk jarum test power kat perempuan lain. Kalau lelaki pulak jinak, si girlfriend pula yang test manja dekat lelaki lain sampai bergelar TTM - teman tapi mesra (jujur dari hati, I meluat dengan statement TTM). So end up dengan sorang makan hati then keluar statement, "semua perempuan/lelaki tak boleh percaya". Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ;p


I pernah curang dan I pernah dicurangi. Huahua. Macam jiwang je ayat. But I anggap benda gini semua as a learning process. Sebab I pernah curang dan dicurangi dan dia pernah curang dan dicurangi kami berjumpa. Dan sebab bertimpa-timpa pengalaman sebelum ini - kami jadi lebih matured dan lebih memahami. Heh heh. And so far tak ada istilah saya nak menggatal selama dengan dia. Dia baik kenapa nak kena curang cari lelaki lain?


*mungkin, iman akan tergugat kalau nampak Lee Min Ho.*


In a relationship tak boleh letak 100% hope yang korang akan jadi 'forever'. Tak ada yang abadi selain Allah swt. Walaupun jodoh pun kat tangan Dia. Jadi apa-apa pun kena prepare dengan kemungkinan. Kemungkinan kena tipu, kemungkinan jumpa yang lebih baik, kemungkinan ketidak sefahaman, kemungkinan kehilangan. Jadi conclusion, sayang diri sendiri lebih dari sayang orang lain jadi tak akan sakit jiwa bila dipermainkan.



Kalau ada jodoh tak pegi mana kan?

26 August 2010

11 September 2010 - Hari Pembakaran Al-Quran

Sila tengok video ini dan nyatakan perasaan anda terhadap laki-laki ini.






Pandangan saya.


Orang agama mana pun tak patut condemn agama lain ataupun tak ada hak nak bakar/rosakkan kitab suci suatu agama itu. Bagi orang memang ada agama dan mempunyai pegangan sepatutnya dia kena sedar yang betapa pentingnya agama itu dekat diri dia - tapi saya sungguh tak faham bila dia tidak menghormati agama lain dan cuma menganggap diri dia betul.


Dan lagi satu - kenapa perlu cakap Islam itu seperti devil? Dan kenapa mereka sangat sure yang Islam ini keji padahal diorang masih tak ada bukti yang orang Islam yang pergi serang waktu 11 September attack tu? Padahal tentera zionis serang Palestin bertubi-tubi siap serang kapal yang nak kasi bantuan - tak ada tindakkan yang diorang buat. Kenapa tak bakar kitab-kitab orang Yahudi dan cakap orang Yahudi kejam, agama diorang tak ajar ke cara untuk berdamai elakkan peperangan semua. Kenapa kena Islam? (-.-")


Bagi memperingati 11 September, kenapa perlu cipta lagi satu sejarah yang boleh menyebabkan kemarahan orang. Kenapa perlu balas-dendam padahal tak sure. Kenapa seorang paderi yang sepatutnya sama level dengan ustaz bagi orang islam boleh berfikiran senteng untuk react macam orang tak ada pegangan agama? Dan kenapa 1.5 billion orang islam tak bangun tegakkan agama, lindungi kitab Rasullullah. Siap hegeh-hegeh nak ikut gaya orang 'putih'.



Renungkan. I dah puas membebel marah semalam. Hari ini i nak tenangkan diri duduk diam-diam makan free waktu berbuka kejap lagi.




p.s: 11 September 2010 - kita akan sambut raya tahu.

Awak, saya mengandung

I suka blogwalking tapi I malu nak tinggal jejak. So i rasa i am more to a silent reader kot. Baca senyap-senyap then blah. Haha. But just now i ada jumpa satu blog best which i rasa berlambak orang dah follow dia and dah baca the comic - but still i hegeh jugak nak publish kat sini. :D


Mestilah case berat pasal perempuan lelaki dan dot dot dot dot. Haha. Yes, kes pembuangan bayi makin sepah-sepah macam buang anak kucing meoww. Semua start dari 'konon' cinta pasangan but end up with penyesalan and dalam Islam sepatutnya kena sedar berzina adalah dosa besar. Kan dah cakap, benda salah pun orang kita anggap betul, please explain that. Ahh dah, baca komik dulu.




Yes, kartun da comel dan ada maksud mendalam. Oh tuan punya katun adalah www.aizbatucampur.com.


So gadis, tak semua lelaki dalam dunia ini baik dan tak semua lelaki dalam dunia ini jahat. Tapi obviously lelaki dalam kartun ini jahat sebab memang apa yang dia fikir cuma 'benda itu'. Bila perempuan dah bunting - lari. Then perempuan juga yang kena tanggung malu, pikul tanggungjawab. Family pun malu, kesian kat mak bapa, kesian kat diri sendiri. 


Ah semua dah besar, patut pandai fikir sendiri. Kalau kita tak pandai nak jaga diri, siapa lagi nak tolong jagakan? Takkan nak harap mak bapak tengok 24/7 - nanti cakap parent kongkong la, takde life la. Bila ada kebebasan, nahh buat yang bukan-bukan. Jadi apa-apa pun, fikir sebelum buat. 




p.s: Eh betul ke, sekarang kalau korang pregnant before nikah and date dekat sijil nikah dengan tarikh kelahiran baby tak sepadan. Baby tu tak dapat di bin/binti kan. 

p.p.s: I baru tahu kehebatan Bubole. Kalau terang keypad dia tak ada lampu tapi bila gelap mak aih, tiba-tiba terang benderang lampu. Jadi jakun sekejap macam baru dapat dia semalam.

25 August 2010

I want twins!

Sebab I buat kuiz berapa anak dekat fesbuk tiba-tiba result kata i dapat 8 orang anak. Harhar. I dah berangan-angan nak semua twins! Memang kos jaga anak memang sumpah bakal tinggi. Hantar sekolah sama-sama, masuk U sama-sama, beli bayu raya sama-sama - mesti pening bab duit nanti. Tapi macam seronok dapat tengok diorang jadi BFF since kecik sampai tua. Dah la muka samakan. :D


And sebab obsess, i youtube. Macam tak biasa pula, i dengan youtube kan macam i dengan google. Sentiasa berkongsi. HAHA.















p.s: Kenapa semua anak mat salleh? Cita-cita nak kawin dengan lelaki mat salleh kacak? ;p

23 August 2010

Budak 12 tahun GANAS!

I ternampak friend of my tweet benda ni kat twitter and terus baca. Makk aihh, terkejut! Advance gila budak 12 tahun kot! Baca dulu, lepas itu kita compare masa kita 12 tahun okey. :)


KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.
“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.


Source: Metro


Waktu i duabelas tahun, i masih pakai cermin mata macam ugly duckling. Cikgu suruh saya duduk sebelah budak lelaki, tapi saya jarang-jarang cakap dengan dia sebab saya segan. Dia pun asyik pandang luar tingkap tengok pokok mungkin. Yes, kami ada konon-konon kenen-kenenkan dia dengan dia, cop lelaki itu dia punya jadi yang lain kena suka orang lain. But tak pergi mana pun zaman kanak-kanak tu - tak ada sentuh-sentuh. (-.-") Even saya berkapel masa sekolah menengah pun saya regret macam nak putar balik waktu cakap, "useless je kau nak bercinta monyet baik kau pergi 'cinta' dengan buku sekolah".


Mungkin zaman dah berubah. Even junior sekolah i sekarang dah memang macam-macam sampai i geleng kepala. Nasib baik adik last itu lelaki, kalau perempuan memang pergi sekolah berjemput balik sanggup ambil. Time balik, bersepah je dating bagai nak rak. Kalau kelaur jalan-jalan, i pun confuse budak ni berapa tahun - matured gila penampilan, sexy tak payah ceritalah. Padahal, kat sekola masih belajar kelas agama. (-.-")


I regret sebab selalu tak ambil berat sangat pasal kelas fardhu ain dulu. Belajar untuk pass je, Sekarang baru hegeh-hegeh google benda bila curious nak tahu. Semalam terbaca pasal kiamat dari blog Nelly, ya Allah takut betul. Kalau hisab balik baik buruk diri sendiri, i jadi takut - takut dengan hari pembalasan. Mungkin kena print besar-besar artikel ni biar i sedar diri, tak lalai. You should read this too [HARI KIAMAT].


Mungkin, kita tak sedar kita sebenarnya dah jadi golongan akhir zaman. Bila orang melayuislam sendiri dah buang anak macam buang anak kucing. Bila benda yang salah kita anggap betul. Nauzubillah.



p.s: Sekadar berkongsi ketakutan. Saya tak perfect, saya manusia imperfect. (-.-")
p.p.s: Yes, i dah tak obsess Lady Gaga, i perasan since Alejandro keluar terus i menyampah gila. And now i heard dia dah berani keluar bogel. (-.-") WTFish!
p.p.p.s: Thanks to adik Nelly!

Another must watch video!

Malam ini i bercinta dengan youtube as i got nothing else to do. Padahal boleh tidur sekarang esok mata segar bugar time kerja, saja je nak dating dengan toptop lama-lama jadi zombie. HAHA. Anyways, my sister posted this on her twitter and hati i yang seperti sedang bermain lagu Total Eclipse of Heart suddenly berbunga gembira. Sebab this guy sangatlah amat comel serta talented serta buat i gembira malam hari. Nama dia Mike Tompkins boleh cari dekat Facebook. Hehe. I dah like, macam nak send message cinta tapi i segan. (-.-") HAHA







Till then!
x.o.x.o

22 August 2010

Bad Romance Parody




I blog walking pergi blog Sophie Al-Yahya then tertengok satu parody Bad Romance by budak architecture UiTM Shah Alam. Woahh! Comel gila tahu! You should watch it as i memang sangat enjoy tengok video ni. Haha. Sungguh kreatif betul mereka-mereka ini, maybe stress gila dengan design. (-.-")


Enjoy it darlingss.
x.o.x.o




p.s: Esok kerja, tapi saya malas. Macam mana?

Saya tak suka _______.

#FACT


I sangat amat tak suka cacing or anything like it sampai i rasa fobia lepas tengok binatang itu. -.-"


Just now i pergi tengok buah mangga depan rumah konon-konon nak eksited dapat petik yang warna kuning masak. Tapi i ternampak sebiji mangga macam dah masak dekat tanah so i macam sedih dan nak pergi tengok buah mangga malang itu. Bila i golekkan dia, ya Allah banyak gila ulat buah and on spot i meroyan depan rumah. Tak boleh betul i tengok kerabat cacingss ni - mesti kena heart attack! And up till now pun i masih bayang-bayang binatang tu. :(


*kau jangan harap aku nak google gambar cacing letak dalam belog sebab sumpah tengok gambar pun dah rasa nak pitam.


I kalau masuk fear factor dia suruh tidur dengan cacing or anything like it mesti i akan reject. Even kalau dia kasi satu juta pun i tak akan buat. Tapi tak tahulah kalau i desperate gila tahap pinjam duit along 500 ribu lepas itu bakal kena bunuh minggu depan kalau tak langsai hutang mungkin baru sanggup buat. Parah betul.


Adik perempuan i takut gila dengan kucing. And i rasa i dah faham dia takut dengan kucing sama dengan i takut dengan cacing. Takut without solid reason but time tertengok memang seram betul macam nak pengsan. Aisshhh. And i rasa sebenarnya benda ini macam sickness sebab sampai tahap fobia segala - few minutes lepas tengok akan rasa tak senang fikiran. (-.-")


So any idea macam mana nak buang rasa takut tak tentu pasal ini? PLEASE?

Saya tak nak lelaki jual beger




Semalam I ada tertengok video annoying dekat Facebook - pasal perempuan dan lelaki penjual beger. Cara perempuan itu ya Allah riaknya. Mungkin dia fikir lelaki jual beger bukan orang yang boleh tanggung kasi dia hidup macam datinss tapi tak payah nak hina orang sampai gitu sekali kot. Rezeki orang lain-lain and Allah senang-senang je nak kasi rezeki kat orang, nak tarik rezeki pun senang. Jadi kalau bangga-bangga sangat hari ini dapat kekasih kaya tapi esok lusa mana tahu dah kahwin takdir buat kita muflis satu family. Time itu nak tinggal suami pula?


Memang, duit itu penting. Penting amatlah kot. Tapi kenapa at the first place 'bercinta' dengan orang yang kau rasa tak standard last-last kau kutuk kau hina. Siap dah tunang itu pun kau tak nak panggil cinta? And bukan dah tunang tu macam kau dah rancang ke nak bina future dengan dia. Kenapa tiba-tiba baru fikir masa depan? Or kau jumpa lelaki baru berduit lebih sikit berkereta dan belanja kau handbag segala baru kau nampak masa depan? Itu hak perempuan. Hak memilih sebelum menyesal bila dah kahwin, TAPI i macam marah bila dia hina lelaki tu macam tu! Tak payah hina sangat. Hidup macam bola, berpusing. Karma itu macam s*al tapi karma yang buat kita sedar.


Alah, boyfie i jual roti john. Tapi i tetap sukasayang dia, sebab kami dua-dua tak kaya, kereta pun sebab belas ihsan mak bapak. Tak ada duit tabung tapi kami suka share-share. Kami ada menabung duit syiling konon nak tunjuk anak-anak kami amalkan budaya menabung - padahal kumpul sebab i obsess dengan syiling 50 sen. HUHU. Tapi betul - i prefer two-way-relationship yang guna american-pay (which kalau leaki dah bayar wayang, perempuan belanja makan - jadi tak adalah tak fair dalam bab duit). Buat apalah nak kikis sangat duit orang bila sendiri pun tahu nak cari duit sekarang BUKAN senang.


Ah apa i dah merepek malam ini. Salah Dr Love sebab kes penjual burger dan perempuan materialistik itu. I dah bising-bising dekat rumah dengan adik. Till the next entry sayangness.


 x.o.x.o

15 August 2010

Babi ke melayu?

Based on Carl entry yang cakap pasal Melayu Babi group kat Facebook, i pun macam gatal search. And i rasa ramai yang report sampai page tu kena deactivate. Tapi yang terkejutnya, ada group baru diorang buat Melayu Babi. Sungguhlah racist. (-.-") Tapi group itu baru sembilan ketul pengikut - HAHA nampak sangat cendawan baru tumbuh.


Entry i ni bukan nak marah sebab bulan puasa gini i kalau boleh nak jadi sesabar mungkin. Kalau boleh macam tak nak drive so that i taklah termaki or termarah driver yang drive macam dia bayar tax lebih. Heh heh. Tapi i seriously aneh dengan certain chinese sebab diorang macam too selfish and no manners - harap maklum certain. Contoh terbaik, golongan yang buat group tu and yang gatal nak join group tu. Kalau i PM memang i halau diorang keluar Malaysia. As i memang tahu i ni kadang-kadang strict. HAHA


I suka kawan cina kat faculty i sebab diorang happening friendly and boleh ajak jalan-jalan sama. So i rasa yang buat gini mesti orang yang senteng minded which diorang sebenarnya tak reti nak fikir betul-betul diorang tinggal dekat Tanah Melayu. Itupun PM sayang korang jadi nak amalkan amalan 1Malaysia jadi Tanah Melayu ni dah tak racist hanya untuk melayu. Atau mungkin awak boleh pulang ke tempat asal anda. So korang tak jumpa Melayu yang korang babikan sebab korang rasa hina tapi korang tak sedar korang makan binatang itu. Haih. Kami Islam diharamkan sentuh or makan babi - boleh pula disama dengankan dengan babi. Kenapalah?


Lepas itu i aneh, kenapa kalau orang nak maki kenapa kena BABI? Heh heh. Lepas ni i nak try marah-marah cakap katak lah! Contoh, "Katak seh kete depan ni drive macam lembu! Pffft" Hoho. Tapi niat memaki tetap kurang elok no matter binatang apa kita guna untuk lepaskan marah.


So okey, malam ini game Arsenal dengan Liverpool. I am planning to watch it ALONE downstairs without any adiks or parent teman i. SOBS. Nasib baik bulan puasa syaitan semua kena ikat so ada keberanian sikit nak duduk tengok bola sorang-sorang sambil pegang Bubole ketat-ketat.



Bye for now, I dah malas nak emo keturunan i kena panggil babi. Heh, kalau panggil BEBE brand mahal tu tak apalah juga. :D

12 August 2010

HELLO




Current hobby since my Celcom number got barred. 
Main bingo sambil bual-bual itu perlu. Suka betul sebab free.

10 August 2010

Fadhilat Solat Terawikh

As bulan Ramadhan dah dekat amat and sebagai islam bulan Ramadhan macam banyak keberkatan which selain kita dapat pupuk rasa sabar tahan lapar, syaitan semua kena ikat so kita boleh nilai iman vs nafsu tanpa any godaan syaitan. - kita dapat muhasabah diri untuk jadi lebih baik. So here i nak share fadhilat solat terawikh ikut hari. Moga-moga macam ringan kaki kita nak ke masjid/surau atau mungkin jemaah satu family kat rumah buat solat sunat terawikh. :)


Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima: Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam: Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas ( lapisan tanah yang keras )

Malam ketujuh: Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman

Malam kelapan: Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan: Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh: Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas: Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.

Malam kedua belas: Dia dating pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.

Malam ketiga belas: Dia dating pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan

Malam keempat belas: Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.

Malam kelima belas: Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi

Malam keenam belas: Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas: Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas: Malaikat menyeru: “ Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”

Malam kesembilan belas: Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh: Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu: Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua: Dia dating pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga: Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat: Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima: Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam: Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh: Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan: Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh: Allah berfirman: “ Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.”



Jadi selamat beramal! Dan selamat menyambut Ramadhan al mubarak. :)






Fact from here.

09 August 2010

Taylor Swift


Taylor Swift - Mine
[Download Link]






Taylor Swift - Crazier
[Download Link]





Current favourite song. Mungkin sebab sudah konon-konon nak rindu dekat Mikah. Sobs. Siap download share-share lagi. So babes, enjoy lagu TS yang amat sweet manis macam gula kapas ini.
:)

08 August 2010

Tips nak rambut kerinting

Mood i rajin nak update blog hari ini sebab i rasa kesian kat blog kesepian i. And ini juga adalah hadiah untu Dya sayang i sebab tuari i ada mention dekat sayang i itu tapi tak explain betul-betul macam mana nak kelintingkan (kerintingkan) rambut without dera rambut dengan benda panas macam curler itu. Sebenarnya ini pun bukan tips i - tapi babes cisco i. Heeee. 


If korang merantau album gambar ini dekat Facebook, mungkin korang perasan awal-awal rambut i straight seperti biasa tapi bila end of the day ia jadi curl. Cehceh, takkan nak bawa curler rambut jalan-jalankan. So here is the tips!



[SATU]
Dapatkan pengguling rambut di kedai-kedai rambut. Harga dia tak mahal - paling murah RM1 and paling mahal RM3 sebab dia besar. Ini korang kena agak rambut korang panjang ke lebat ke semua kena consider. Macam rambut i yang konon-konon lebat ini i beli dua set yang kecil and satu yang besar. Set kecil itu i pakai untuk buat rambut jadi curl - tapi bila lama-lama curl macam nak hilang - i pakai satu yang besar terus. Kena pandai agak la kan.


[DUA]
Cara pemakaian. Ini susah sikit nak explain but hopefully korang fahamlah eh. Bagi yang rambut panjang length macam i, kena buat 2 part - atas dan bawah. So korang gulingkan yang atas dulu lepas tu ketip then baru buat yang bawah. Cara nak pakai kat kertas yang beli itu ada tunjuk. Tapi make sure kena pakai ketat baru menjadi, if pakai longgar susah nak jadi cantik. And biasanya kena banyak bersabar kalau nak pakai bagi orang rambut lebat sebab time nak ketip itu memang i jerit-jerit minta tolong orang rumah buatkan - boleh lenguh tangan.


[TIGA]
Make sure ketat atas bawah ketat so dia jadi cantik. Biarkan selama beberapa jam. Itupun depend kat jenis rambut - ada rambut senang jadi ada rambut susah jadi. Jadi bagi yang baru nak belajar kena testing dulu la kan, jadi tak adalah gelabah time nak rambut kerinting cantik. 


[TIPS]
♥ Biasanya orang akan buat sebelum tidur - jadi bila bangun bila buka TADA rambut dah kerinting tinggal nak cantik-cantikkan sikit then spray biar kekal lama.
♥ Kalau macam i - sebelum i pakai, make sure i pakai conditioner biar rambut senang urus. Eg on the day time hangout itu i siap-siap bawa leave on conditioner sunsilk pink and tak sampai sejam dah jadi. Maybe to those yang rasa rambut korang berdegil boleh try tips i. : )
♥ I cakap kena pakai ketat tapi avoid selalu pakai sebab bila ikat rambut ketat sangat possibility untuk gugurkan rambut tinggi. So kena sayang rambut juga jangan sampai gugur banyak sangat!



Some of the before and after punya gambar. Terima kasih pengguling rambut sebab awak impian nak ada rambut kerinting terealisasi!




Selamat mencuba gadis-gadis yang berambut lurus teringin rambut kerinting! :D

Ohhh nenek.

Minggu lepas I sibuk-sibuk pergi Singapore melawat nenek yang sakit dekat hospital. Lepas 2 minggu nenek dekat hospital baru i pergi melawat. Maaf nenek, tak ada siapa nak bawa saya pergi KhooTeckPuat Hospital sebalum ini. Time pergi pun sampai tersesat-sesat saya mak dengan adik walaupun naik cab. Terdapat pula cab yang part time. Terkebil lama dekat depan North Point cari cab lain. Nasib baik dapat sampai. Dapat at least bual-bual dengan nenek, pegang tangan nenek and cium-cium nenek. Tak lama lepas itu, kami pun pulang - sebab nak elak jam dekat checkpoint.


Tengah pagi esoknya - pukul 5 pagi. Dapat call dari saudara, diorang suruh gather ramai-ramai tengok nenek sebab condition nenek dah tak stabil. Tersentak kejap sebab nenek macam dah sihat siang tadi. Gelabah siap-siap pergi singapura. Hujan lebat, matahari tak terbit lagi, lampu jalan, reflection air - ok sakit jiwa i drive, dah la mamai. Terus pergi hospital. Sampai sana dah ramai saudara berkumpul, nenek macam lemah. Terdiam. Pukul 9 lebih nenek pergi. And i mengaku ini pengalaman pertama i tengok macam mana orang handle jenazah. Tengok macam mana jenazah dimandikan - dikapan -dikuburkan. Lepas itu macam sedar diri, hidup cuma sementara. :/


Semalam, buat kenduri tujuh hari. Semua ahli keluarga ada. Jarang ramai-ramai dapat gather macam gini. Even raya pun belum tentu semua ada. Lepas kenduri memang seronok tengok anak sedara lari-lari, dah la semua comel (-.-") Lepas itu i terlekat tengok cerita Cars, tapi time cerita Monster Inc dah kena balik sebab dah pukul 11 lebih. SOBS.


Jadi, tinggal nene kat Pahang je yang masih sihat. Lama dah ta melawat nenek Aminah. Macam nak ajak parent balik raya kat Pahang je tahun ni. sanggup I drive all the way there.



p.s: Sempat tak i bergelar nenek eh?

03 August 2010

Banana Milk

I can't stop laughing while i'm watching this. I love him even more now. But, bila tengok fan page Facebook dia, sumpah i can't face it dia ada ramai fans yang gila obsess. Aish-aish-aish. And oh, dia ada pergi Singapura ke? Damn! Tolong la if i knew earlier - at least i boleh happy-happy sikit sebab dia dah dekat sikit dengan i. :(


Ok mai share video gelak i malam ini. And i don't mid sharing him with you. ;-p




I AM DESPERATELY WANT TO LEARN HOW TO SPEAK KOREA!