08 August 2010

Ohhh nenek.

Minggu lepas I sibuk-sibuk pergi Singapore melawat nenek yang sakit dekat hospital. Lepas 2 minggu nenek dekat hospital baru i pergi melawat. Maaf nenek, tak ada siapa nak bawa saya pergi KhooTeckPuat Hospital sebalum ini. Time pergi pun sampai tersesat-sesat saya mak dengan adik walaupun naik cab. Terdapat pula cab yang part time. Terkebil lama dekat depan North Point cari cab lain. Nasib baik dapat sampai. Dapat at least bual-bual dengan nenek, pegang tangan nenek and cium-cium nenek. Tak lama lepas itu, kami pun pulang - sebab nak elak jam dekat checkpoint.


Tengah pagi esoknya - pukul 5 pagi. Dapat call dari saudara, diorang suruh gather ramai-ramai tengok nenek sebab condition nenek dah tak stabil. Tersentak kejap sebab nenek macam dah sihat siang tadi. Gelabah siap-siap pergi singapura. Hujan lebat, matahari tak terbit lagi, lampu jalan, reflection air - ok sakit jiwa i drive, dah la mamai. Terus pergi hospital. Sampai sana dah ramai saudara berkumpul, nenek macam lemah. Terdiam. Pukul 9 lebih nenek pergi. And i mengaku ini pengalaman pertama i tengok macam mana orang handle jenazah. Tengok macam mana jenazah dimandikan - dikapan -dikuburkan. Lepas itu macam sedar diri, hidup cuma sementara. :/


Semalam, buat kenduri tujuh hari. Semua ahli keluarga ada. Jarang ramai-ramai dapat gather macam gini. Even raya pun belum tentu semua ada. Lepas kenduri memang seronok tengok anak sedara lari-lari, dah la semua comel (-.-") Lepas itu i terlekat tengok cerita Cars, tapi time cerita Monster Inc dah kena balik sebab dah pukul 11 lebih. SOBS.


Jadi, tinggal nene kat Pahang je yang masih sihat. Lama dah ta melawat nenek Aminah. Macam nak ajak parent balik raya kat Pahang je tahun ni. sanggup I drive all the way there.



p.s: Sempat tak i bergelar nenek eh?

2 comments:

Nadia said...

I feel sorry to hear about ur nenek. Takziah yea yang.

U sempat gelar nenek tapiiiii u kena kawen cepat-cepat, dpt baby comel-comel dgn hakim, then suruh anak u kawen cepat-cepat supaye u dapat cucu. ;)

Diana Naubi said...

thanks babe!
aissh, lambat lagi kawin ni, i tak kerja lagi hakim pun tak kerja. u kawin dulu la kot. :D
and tgk cousin i punya anak lari-lari main buat i rasa nak anak juga! tp i tak ready nak pikut tanggungjawab lagi. so kena sabar - main anak org je. :D