28 June 2010

Annoying feeling

I don't have the mood to blog today
But I am in the middle of the mood to share
Which, when I want to share, I must blog
But still, I am too lazy to blog
And I had no one to share things right now
I mean like really now
I can't wait anymore longer
Not even until the Netherland game is over


Sometimes, I was hoping to have a clone
And I would call her Anaid
We're sync, like a mirror
I can bitch about anything with her
Or maybe we can do anything together
But, having someone exactly the same as me is boring
Ok change


I want an imaginary friend
Not that ghost type of imaginary friend
But imaginary - imaginary
Something that is in my mind
It might be a guy or a girl
Or maybe a Casper or maybe Fizo Omar ♥
It can be anything that I like
Act like what I wanted it to act
And the most importantly
My imaginary friend need to know my language
As I rarely talk about feeling


Talking about feeling
I don't know what I feel right now
Numb
Happy
Sad
Emotional
Excited
Tired
Sleepy
Oh and headache
Is headache a feeling?
Whatever!


I gotta feeling to watch 'My Girl' and cry like a heart broken girl
But I am sure I am not the one with a broken heart right now
Everything's fine, everything's is on the place
Why oh why must have this annoying feeling?
Grrrrrrrrrrrrrrr.

27 June 2010

V1

I memang seriously tak tahu nak buat apa, eventhough kena upload photos banyak gila dekat facebook kejap lagi, tapi menyempat suka-suki buat vids dulu. First attempt on buat video sendiri. Sure lepas ini ramai lagi yang nak judge panggil i gedik. (-.-") But i don't really give a damn seriously. If korang annoys or loathing with me or my blog or anything related to me - please i don't really mind of not having a hater in my life. I won't ask you to like me, but i don't want to get involve in any drama anymore.


Here's the vid! I know bila you guys tengok sure perasan cacat cela. But hey i suka PJ i dalam vid ni. Enjoy! And wait for my nest entry on a day with the babes! ♥ ♥








p.s: I can't wait for Wednesday but I don't want any Thursday. How could i survive without the girls. :(
p.p.s: Yes, it is my darling Theo in the video! Oh, i haven't show my Mikah yet. Sorry Mikah.
p.p.p.s: GERMANY! I'm going to watch football now. Bye!

26 June 2010

Bye Adik



I don't really got the mood to blog. But still I wanna says goodbye to my adik-lelaki-kesayangan which now currently at UiTM Segamat. Having his first day of not being home and being with strangers. HAHA. Segamat was freaking hot - i just can't imagine how would i survive if i need to stay there for years! Selamat bergelap adik gelap. Kakak will miss you because you're the one who will always reminds me to perform my solat - actually bukan reminds but bebel dengan sarcastic-nya! I am gonna miss that and your konon cacat act. I bet nari-nari will miss you too!


Haih, starts from next week Irena will be going too. Haih. Sunyi rumah hati sebal. Ok parent, I won't go anywhere. I ♥ JB - where can i find this shirt en? ;-p


Girl's day tomorrow! I can't wait. 





Good night people.

23 June 2010

Bola-bola

Selamat separuh malam.


Hari-hari emosi PMS getik dah habis, i pun dah malas nak layan emosi and hormon dah mula balik kat tempat asal. Jadi mari dengarbaca i bebel hari ini okeh?!


Semua orang demam bola sekarang. Sana sini sibuk je semua cakap pasal result bola. Tiap pagi conversation orang laki-laki mesti bola. I admit, i tak tengok bola sebab malas nak duduk depan tv for 2 hours. Tapi i still kepoh-kepoh nak tau result, so taklah nampak macam katak bawah tempurung.


I fan sedang-sedang Spain, waktu awal-awal Spain kalah sebab time tu i tidur tak tengok game diorang. Haha. Tapi mujur game tuari menang so macam ada peluang nampak Spain lagi. Lepas ini kena tengok team kesayangan no matter what. As France dah terkeluar, i don't want the same thing happen to my favourite team and i tak pernah tengok diorang main time FIFA.

As guys mesti macam melekat gila dekat tv time malam, siap dah book remote control tanak kakak kacau minta tengok cerita Spongebo pukul 11 malam. (-.-") Even kalau nak layan main message dengan kekasih pun mesti tunggu berjamjamjam (macam texting dengan orang yang texting guna jari kelingking). Kalau call serupa cakap dengan patung bertapa. So okay, sila avoid sakitkan hati sendiri dengan ganggu orang tengok bola.


Solution paling baik bagi kaum hawa, tidur awal waktu musim world cup. Atau mungkin keluar dengan gadis-gadis bergurau-senda bergelak-tawa sampai tak perasan handphone dalam handbag bergegar-gegar. Atau mungkin lagi belajar berdikari baling handphone jauh-jauh letak bawah bantal. Tak payah nak merajuk kasi sebal hati, normal untuk lelaki tengok 22 player berkejar sebiji bola dengan skills. Lepas itu nak emo kalau team diorang kalah. ;-p


Kalau kita perempuan obsess dengan shopping, nampak tiang SALE terpacak rasa nak keluar habiskan semua syilling yang dah kumpul since awal semester, macam gitulah lelaki yang tiba-tiba ada worldcup lepas 4 tahun tunggu. So okey, lets be fair, sekurang-kurangnya time shopping 2 kali setahun kita dah tarik lelaki teman shopping for hours, semata-mata nak beli barang murah dan cantik. Kali ini kasi diorang chance tengok berjam-jam lepas itu bangun lambat.


Sambil dalam hati buat banner "LIKE I CARE" besar-besar. ;-p


Malam ini game German babehhh! Adik kipas susah mati German - possibility untuk tengok macam ada. So okey, lets waka-waka tonight! Btw, not in HD. Sebal.


Oh, tadi rakan sekerja main futsal. Tiba-tiba rasa rindu dekat kawan main futsal dulu kala. (T.T)


#1 Ini waktu practise untuk college. Apesal kalau i gain weight mesti bukan badan tapi muka bulat? Sebal


#2 Time lawan yeay! The white troops with our juniors yang baik. Hey, ini batch bila punya gambar la eh?


#3 Rindu kesayangan yang ini lebih. Si kuat gigit yang lucah serta manja dan adil. Awak rindu tak kat kakak Diana yang telah selamatkan awak dari kematian dulu? - [Cerita Selanjutnya]



So well, good night people!

21 June 2010

TAG DARI MASTURA

Berapa kah umur awak pd hari ini??
22tahun 5 bulan dan 10 hari


Selalu tak buat majlis hari jadi dan jemput kawan2??
Tak. Usually bersama keluarga itu lebih gembira.


Awak suka membeli-belah??
Pembaziran duit itu tidak elok. Saya tak suka membeli-belah tetapi selalu terbeli-belah. (-.-")


Awak selalu membeli barang berjenama atau tidak??
Bergantung. Kalau worth it baru beli.


Adakah awak seorang yg menjaga kecantikan wajah??
Jarang cuci muka sebelum tidur, tak pakai toner lepas cuci muka - so i guess not.


Apakah jenama produk kecantikan yg anda pakai sekarang??
Benda paling perlu is Sunsilk leave on mosturizer and ZA compact powder yang pink blink-blink. ♥


Apakah barang yg awak suka kumpul??
I got nothing in my mind. But i selalu jealous dengan orang yang banyak dress. :)


Adakah awak mempunyai komputer riba sendiri??
Ada.


Kalau ada jenama ape??
Compaq


Nama Komputer riba awak??
Toptop


Mengikut perkembangan terkini, apakah jenis telefon bimbit dan komputer riba yg terbaru..
Dan andai kata mempunyai wang sendiri, apakah pilihan anda tentang dua barangan di atas??
Latest, Ipad dengan Iphone 4g. But for my phone i am satisfied with my Bubole, thanks to mom. Laptop, i would go for Mac. Hoho.


Adakah Anda seorang yang penyabar untuk menjawab soalan berikutnya??
I am cool enough kot la.


Awak seorang yang berkeyakinan terhadap diri sendiri atau org lain??
Mestilah diri sendiri. ;-p


Adakah awak pernah bekerja??
Obviously. Haha. I love to earn extra pocket money.


Awak berpuas hati dengan kerjaya anda??
Tak start any kerjaya yet. But saya suka jadi penanam anggur.


Andai kata awak mempunyai pilihan untuk memilih kerjaya lain, apakah kerjaya yang awak akan pilih??
Something related to networking kot.


Apabila waktu lapang..kemanakah tempat yang awak akan tuju??
Bilik. Bilik. Bilik.


Minat membaca??
Ikut mood. Tapi rela baca buku dari tak buat ape.


Buku apa yg awak suka baca??
Sophie Kinsella collection! :D


Perkara pelik yang awak penah buat??
Makan panadol 12 biji, enough pelik atau freak terus? ;-p


Makanan atau minuman yg awak alah?
Alah tak sure, tapi selalunya tak makan sebab tak suka. Anti-sayur!


Andai kata awak ingin menjadi super hero..karakter mana yg awak akan pilih??
Catwoman. Sebab berani garang and boleh bunyi meoww~ Bwahaha


Dalam lingkungan 100%..agihkan mood awak dalam peratus tersebut.
80% TAK ADA MOOD. Monday blues serta PMS. Pfft.


Antara kaya dan miskin..manakah lebih selesa bg awak??
Bersederhana dan berkemampuan. :D


Lelaki Idaman Hati??
Fizow Omar, Justin Timberlake, Hakim KamalSiKecah


Pernah memarahi orang sesuka hati , menyimpan dendam dan pernah di aniyai??
Pernah.Pernah. Dan pernah.


Soalan terakhir..luahkan apa yg terbuku difikaran awak tentang hidup, kalau di beri pilihan..apa yg awak ingin buat dan ubah tentang hidup.
Hidup macam roda, kejap kau naik, kejap lagi kau sedar-sedar kau dah kat bawah. Tak payah expect semua baik, semua nak suka kau, mesti ada je yang dengki. Lumrah hidup bukan senang. Lagi satu - karma tu memang b*tch macam s*al so tak payah bangga buat jahat sangat, kejap lagi tengok-tengok macam dejavu pula, tapi kau ada kat tempat terkena jahat. Jadi kena bertabah.
Ubah? Tak nak, pengalaman dulu ajar I jadi kuat macam sekarang, jadi I dah cukup puas hati. :)

20 June 2010

#1 Abah

Hello earthlings!


I might guess today will be a happy day because it is Father’s Day! Most of you might be happy celebrating your daddy. But I bet some of the others will miss their daddy so badly as they’re no longer together with us – Jijot, Nelly, Bella and; Farah bertabah!


I might say, my dad is the best dad ever. Even he is not as rich as Hilton’s family or maybe he is not as hot as Brad Pitt, but he plays the role of a father so perfectly! He always motivated me to be positive, always give me the ideas to save more money and he is the one who’s responsible for who am I right now. Without him, I might say, I’ll probably lost.


I love my dad. I just can’t imagine what I would be without him.



#1 Abah comel sebab abah suka buat magic.
#2 Abah comel sebab dia suka up-to-date dengan lagu muda-mudi.
#3 Abah comel sebab abah selalu belajar main drum guna youtube sampai berjam-jam.
#4 Abah comel sebab kalau abah reply email mesti sangat amat formal. :))
#5 Kalau abah balik kerja buat muka penat mesti rasa bersalah sebab I suka bazir duit.
#6 Kalau abah buat muka marah mesti semua bulu roma pun nak tercacak.
#7 Kecik-kecik dulu kalau buat salah abah selalu cubit peha sampai lebam. *kenangan
#8 Abah selalu cerita benda yang boleh motivate diri jadi positif.
#9 Abah tak kedekut, selalu kasi duit poket. Tapi abah penjimat gila!
#10 Abah suka senyum dan penyabar. Pasal itu I makin sayang.
#11 Rambut abah sorang je yang kerinting kat rumah. Haha. 
#12 Abah selalu geletek kaki I waktu I tidur. :D
#13 Abah orang Singapura yang sayangkan Malaysia.


Thanks Abah! I love you like so damn much. Can't wait for dinner tonight. Mee sup as usual nyummy-yummeh! And thank you for all the supports abah. :)

Bad Romance

When you find faults from someone you love, hold on. Don’t judge nor doubt but trust and understand.

Did you ever doubting on your love one? I usually avoid myself from being too paranoid or too jealous. I am not the one who expect calls every hours or maybe the one who wants to texting all day long. I rather choose to be with loyal-long-distance boyfriend than to be with flirty-next-to-me boyfriend. Heh, but I am still aware of the possibilities that might be happen in the future – we can be so loyal today but might be unfaithful the next day. You see, everyone’s changing.


Love is complicated and it will always gonna be that way. What are you expect from two different people – both have their own way of thinking and their own feelings. Love is not synchronising two persons to be one, but two persons learning to adapt each other. Changing your loved one to be like what you want is a big NO-NO – trust me it won’t last long. What is the point of changing someone like a doll?
*But if your love one is a drug addict or a major loser, hey you’ve got the point.


♥When you start to doubt, get the time to think wisely.

♥Don’t make any conversation when you’re mad. (mad = angry = irrational = stupid decisions = regret)

♥Trust is the key of a relationship, being faithful is the payment of the trust given. Fair enough.

♥Jealousy is like a germs in a relationship, the antibiotic of jealousy is a little bit trust and be considerate.


I do know the exact feeling of jealousy but I don’t really think about it. We can’t stop anyone to make friends but we can put the limits. One tip on how I dealt with my jealousy is by putting myself on his shoes. I am jealous but I let it be by think positively. Be positive no matter what, even if you had a car crash, must think “thank God I am still alive” – okay I am not that ‘positive’ yet.


You can trust your love one, but not 100%. Guys will always be a guy – they know how to break our heart and sometimes their ego is uncontrollable. So I am not expecting too much on my relationship, there are possibilities that we might find someone else better, there are possibilities that maybe we don’t really have the chemistry together – we don’t know what the future brings. But what we can do is planning and put a little hope.



Btw, congratulation Shahrizan Bajuri! Best of luck on your new journey with you wife. Am so happy for you! :D



You're my bad romance and you're the pain in my ass.
You make me loathe, you make me annoys.
Sometimes, being with you is a disaster.

But I don't know how we managed to make it through, together.

I don't believe in forever and ever as in the fairytales, but I put a little hope on us to make it true.



p.s: I am not in the crazy-in-love mode. I just want to share some affections. 
p.p.s: Emotionally distracted moods. Swing moods. So what are you expect? PMS.
p.p.p.s: I am not watching any FIFA game tonight, but why am I still awake?



Good night!

19 June 2010

Tutorial nak buat Favicon babehh!

I baru belajar buat favicon dari orang-orangan, jadi I pun jakun nak share dengan semua orang. Favicon itu bibir hot yang ada kat tepi header itu. 


#1 Pilih gambar untuk favicon, tapi make sure tak terlalu besar. Kalau besar pun resize semua jadi 16x16 pixels. Selain itu, ambil gambar yang berbentuk square dan bukan rectangle sebab kalau rectangle nanti jadi peliks.

#2 Sekarang, pergi IconJ dan choose file pilih gambar icon korang.




#3 Ambil link yang i bulatkan lepas korang upload gambar. 

#4 Buka Blogger - Design - Edit HTML

#5 Dekat kotak itu cari 

      

#6 Then sumbat link yang korang dapat kat IconJ tadi antara dan tu. Tapi make sure yang mesti ada kat bawah link yang korang masukkan.

#7 Try preview. If okay SAVE. You're done babehh! Siap buat favicon sendiri untuk blog kesayangan. :D



Cehceh. I pun jakun dapat buat favicon sendiri lepas jakun tengok orang lain pun ada favicon. :)



Ok bye! Nak bersiap pergi kenduri kawin.

Emotional-Pain

I had a really bad week. I mean, I’m facing lots of things and I had got no one to share. What I mean by ‘share’ is not like – “oh my god I’m emotional can I cry on your shoulder?” Nope. I usually will share my emotions with him, but since he is on vacation so yeah it seems like harder for me to keep everything by my own. Why I love being with him is, we share almost everything and anything! (Macam share emotions – kalau you marah I pun hegeh nak marah juga ;-p) He is my best best bestfriend! But I can’t deny that sometimes, arguing with him can be so bothersome but yet, it is fun. ;-p

So okay, back to the topic, I had no one to share my emotions for few weeks and thank god he is back today! I don’t think I can stand anymore longer, bet I’ll burst it all out IF someone messing with me. And thank god nothing happen to him, I mean like flight crash or anything because we talk about that like few times. I can’t imagine the exact feeling if that really happening. Ergh. No, I rather see him with another girl than to see him dead. (See, I know I am nice)


Enough of personal love life.


I am juggling with my moods now. Trying to be positive and not act like a stupid bimbo handling with PMS. Sometimes, girls on PMS can be unexpected – same goes to me. But what the heck, I am the one who is in charge of me – be positive, be in control. But I know, not the period pain – it does really SUCKS.


What I usually do if I the period pain strike?

#1 Get myself the menstrual pill and try to sleep.
#2 Hot water in the bottle put it on top of my emmm what should I called it en? HUAHUA
#3 Walk at the mall. IDK why, usually when I go out for shopping or maybe window shopping, I easily can forget about the pain. Magic!


So okay, I mumble like a crappy nanny. I think guys are lucky because they don’t have to face this type of problems – for both PMS and period pain. Oh, I bet giving birth will be more PAINFUL compared to period pain, so okay need to practise to be more immune with the period pain. HAHA. Oh, I want to have a chubby fair skin baby can ah? And it is better have a baby boy!




Ahhh. Mumble too much. Goodbye!

18 June 2010

Sebab jasa.

Dah sangat amat lama I tak update blog. Even ada time pun mostly I spend untuk baring-baring dan berehat atau mungkin keluar berfoya-foyabersuka-suki. So okay, I nak kongsi something yang buat I sentap amat hari ni.

Kemarin I ternampak satu notis tentang pemergian salah seorang saudara Islam which warga UTM. So I macam terdetik nak kepoh tengok dan akhirnya I macam terkejut. Sebab I macam kenal orang itu. :(

Ingat lagi waktu semua orang dah start semua kerja kat lab, I baru terhegeh-hegeh nak mula. Lepas tu, banyak benda yang macam kelam-kabut waktu buat test. Pak cik ni sangat amat baik hati, dia bukakan lab setiap malam so that I dapat kejar masa siapkan on time. Baik sangat sampai sanggup guna masa datang lab waktu luar pejabat.

Time I pening-pening kabut sebab wire mash gila besar tak muat masuk dalam channel, dia juga yang kasi idea macam mana nak kecilkan. Waktu I pening lagi sediment masuk dalam bekas air, dia tolong buatkan frame untuk jadi alas elak batu.

Ingat lagi, waktu kerja lab siap, I berniat nak sumbang something untuk pak cik ni bila konvo. Tapi nampak gaya macam tak sempat. ;-(
Arwah pergi 14hb lepas. Dan saya tahu semalam, tapi saya dapat confirmation tadi.

Sedih sangat sebab jasa arwah kat saya sangat amat banyak. Mungkin orang cakap itu kerja dia, tapi kalau arwah tak ada, belum tentu projek saya siap. I tak tipu, macam nak minta peluang jumpa arwah kali terakhir ucap terima kasih sangat-sangat.

I bertekad, untuk masih menyumbang tapi akan diberi kepada keluarga. Sebal sangat sebab rasa macam sangat bersalah.

Kawan fakukti awam, En Ismail B Hussien telah pulang ke rahmahtullah. Dia antara orang lab hidraulik yang paling amat baik. Semoga rohnya terletak dikalangan orang yang disayangi Allah. Al-Fatihah.



So okay, mood dah gila swing. Kena tidur sebelum makin teruk. Nights people!



Kerana jasa, kita dikenang walau pupus dari pandangan. ;(

14 June 2010

Nak Baju!


I tak minta banyak untuk kesayangan baru i ni, even nak tukar housing jadi pink gitu pun i takut sebab sayang body dia ternoda. But anyone, please, if jumpa getah muka monster begini, sila belanja i! I jatuh cinta sebelum i beli Bubole lagi okey!!! And-and, i jumpa satu page yang buat i rambang mata.  Heaven BB. Mujur i masih tak nak kesayangan i ternoda. Mujur! Oh lagi satu, mujur tade duit lebih untuk dibazirkan.


Ok fine, keobsessan perlu dihentikan.


Petang tadi i baru belajar buat icon mulut kat atas tu. Heeee. Nak i gedik-gedik buat tutorial tak? ;-p


Ah malam! Esok hari Isnin bersamaan hari berkerja buat pekerja buruh macam saya. Tapi nasib baik dapat jumpa rakan sekerja yang gembira. Selamat malam bintang.



p.s: Rindu itu indah. Awak tak payah balik Malaysia langsunglah! Tapi kalau awak bawa balik pakaian baru untuk Bubole jangan lupa pos okey. Bubole, bukan saya. ;-p

13 June 2010

Saya Tabah

#1 Sila bertabah jangan gunting rambut depan lagi.
#2 Sila bertabah hantar resume lagi banyak kat semua company civil JB.
#3 Sila bertabah buka lens tiap malam and cuba pakai cermin mata.
#4 Sila bertabah jangan boros-boros lagi.
#5 Sila berabah tak mengumpat orang lagi.
#6 Sila bertabah untuk belajar masak, buat kerja rumah.
#7 Sila bertabah setelah sekian lama tak karoke.
#8 Sila bertabah tak berebut remote control dengan bapa dan adik lelaki.
#9 Sila bertabah bila boyfriend curang kepada sebuah permainan bola.
#10 Sila bertabah jika nampak jejaka hensem dalam suatu team itu, tidak menjerit.
#11 Sila bertabah dengan memaksa makan lebih banyak supaya berisi.
#12 Sila bersedia untuk bertabah bila the girls akan berhenti kerja bulan depan.



p.s: Kadang-kadang kita kena belajar untuk bertabah dan tak mudah menangis mengadu dekat mak. 

#bosan

So okay, I dah sangat amat bosan dengan layout lama, jadi at last bertabah nak tukar layout baru. Tapi masih nak kekalkan budaya putih itu tampak kemas dan saya suka warna putih. At last jumpa layout kesukaan baru. Huhu. Tengah sibuk godam-godam edit sikit-sikit, kilat sambar-menyambar. Rumah I ni kawasan kilat gila daring, jadi kalau kilat kena tutup segala benda takut kena sambar. Ingat lagi satu time tu, laptop rosak, tv rosak siap modem pun rosak sekaligus sebab lupa cabut plug. Lupa cabut plug okey, bukan tengah guna time tu. Sejak tu memang time hujan gini semua benda kena cabut.

Hoo. Ini first attempt I post entry guna email. Terkedek-kedek I nak type kat phone ni. Dah la macam typo sikit. Mind me kalau salah spell.

Btw, I tak suka header I punya ayat. Kenapa kena berkilat waktu I edit? Haih. Fine, fikir waktu nap kejap lagi. Since kerja, macam kurang time tidur, jadi weekends jadi macam hari balas dendam, tidur tanak banyak pula.

Oh lagi satu, apa cerita Ariel Peterpan kena panggil Peterporn? Gila kelakar okey. But you see, I ingat Paris Hilton je kurang cerdik nak rakam-rakam aktiviti sulit. Rupanya ada lagi orang kurang cerdik gitu. Lepas ni, I pun nak rakam muka I time baca surat khabarlah. So korang boleh tengok berapa kali I complain pasal orang kita. Tiap hari mesti ada kes kena tangkap khalwat, bunuh, ragut, accident, buang anak, lari rumah, gaduh - so I macam benci gila nak baca surat khabar. Or mungkin sebab I baca kes gitu je kot, politik lagi I tak amik peduli sangat. Baca blog orang macam lagi bagus dari baca surat khabar kot.


Ok later dah tak hujan I update guna toptop kesayangan. Goodbye!

12 June 2010

Hati bunga

Pagi tadi waktu bangun tidur teperasan ada email dalam Bubole, tot it was random stupid emails yang i selalu receive, tapi surprisingly it was from boyfriend. My god siang-siang dah bikin hati bunga-bunga. And thats why i love being in long distance relationship - lagi jauh lagi bagus - lagi tau rasa rindu - lagi gembira. You see, kalau dekat, sokmo jumpa, sokmo call kadang-kadang boleh jadi muak mualterbiasa, jadi bila terjauh jadi excited. Bukan i nak kata lagi senang nak mencurang kalau bf jauh, tapi i mean macam banyak benda boleh belajar; belajar nak percaya kekasih, belajar nak kenal diri sendiri, belajar nak berhidup dengan orang lain, belajar tak terlalu bergantung. Banyak benda boleh belajar. :)


Semalam, first time i keluar pergi junksale. Mestilah dengan rakan kerja. Bila fikir-fikir balik, i ni memang suka-suki je nak close dengan orang. But seriously memang best gila ramai kawan. Ohhh. Semalam juga raikan pemergian Kareem Orange, oh bukan raikan, tapi meratapi. Maybe sebab semua pun memang close time kerja jadi bila ada orang nak keluar rasa sebal bagai nak nangis. Eh, macam mana kalau tinggal the guys, fifi dengan i je bulan depan? (-.-") Oh, cerita junksale, sangat amat banyak girls things no wonder ramai gila excited kalau ada junksale. And i jumpa satu beg unik sampai terbeli. Even orang dah bungkus-bungkus nak balik, i minta dia cari semula takut lain kali tak jumpa beg gitu lagi. And yeay! Ada beg baru, :)


Ok bye! Nak mandi.


p.s: Emak bebel pasal Alejandro sebab dia tengok video itu tadi. Ok fine, I ANTI ALEJANDRO PUNNYA VID. Even macam tunggu lama gila kot. (-.-")

10 June 2010

Kad VS RSVP

Sekarang memang sibuk ramai kawan yang nak kahwin. Even me myself pun dah terlepas satu kenduri kawan masa zaman sekolah. Sibuk betul hari itu, sebab awal-awal lagi dah plan dengan keluarga nak keluar siapkan barang adik nak masuk U. (-.-")


Kemarin, awal-awal pagi waktu sibuk-sibuk nak siap pergi kerja. I dapat panggilan telefon dari bekas kekasih cinta monyet waktu zaman sekolah. Dia minta alamat, lepas itu I terus menjerit. Mesti confirm 100% dia nak hantar kad kenduri kawin. Alah gembira betul. I mean, waktu kecil-kecil sibuk-sibuk nak bercinta bagai nak rak, bila dah besar panjang gini tiba-tiba bakal dapat kad kawin - gila macam out of reach. Bila fikir-fikir balik, ex yang ni memang paling matured dan paling kurang menyusahkan. Even kecik-kecik dulu i kena dump sebab dia ada perempuan lain. HAHA. Cerita zaman sekolah kalau ingat balik memang boleh gelak pusing-pusing. Jadi minggu depan if i dapat kad jemputan mesti book emak sama, ajak mak teman pergi kenduri kawin bekas cinta monyet zaman sekolah. :)


Kalau orang-orang baya i, mesti ingat lagi zaman kecil-kecil time nak raya mesti kita sibuk-sibuk beli kad raya nak kasi dekat rakan-rakan baik. Lepas itu collect kira siapa paling banyak dapat kad raya. Then tiap-tiap hari puasa tunggu posmen berhenti depan rumah kasi kad raya. Sekarang even budak sekolah rendah pun dah tak hegeh nak hantar kad raya, sebab semua ada handphone cuma send waktu malam raya sampai maxis, celcom, digi semua busy time malam raya. Tapi kalau ingat-ingat balik, rasa rindu dekat kad. Walaupun orang kata save the tree hantar pakai e-card lalu email je, tapi lambakkan kad raya yang dah terbeli kad kedai-kedai macam kesian.


Sekarang, orang yang nak kawin pun dah pakai RSVP facebook event. Kad jemputan kawin pun dah tak ada. Padahal zaman dulu dah cita-cita nak colect kad jemputan kawin kawan rapat, kira siapa yang kawin dulu. Mesti rasa excited bila kumpul-kumpul. Maybe, agak leceh bila nak kena minta address, pos, cost setem then kena buat banyak kad jemputan, tapi bila fikir-fikir balik bila dapat kad macam lagi excited nak pegi kenduri kawin. Dan macam lagi proper. Ok, mungkin untuk rakan satu fakulti dan satu sekolah yang kita tak rapat sangat boleh jemput guna RSVP, tapi rakan baik - sila considerlah kot.
*I tak mean untuk anyone cuma maybe influence dari mak terlalu banyak.
*So in case awak nak kawin, saya nak kad jemputan sebab nak collect kad kawin rakan yang rapat.



Currently i dah start mula berkerja, kerja berkerja which kena install cisco nac agent kat komputer utm. Eceh,  i happy gila kerja dengan the girls sebab mereka cantik dan mereka kecoh dan mereka peramah dan mereka banyak cakap dan mereka cam-whore juga! So yeah, i dapat 10 kawan perempuan baru! 


Suka betul. Nanti bila semua ada kena ambil gambar satu family the GIRLS la. Even semua budak SIGS and i sorang je yang bukan. (-.-")


Malam people!


p.s: Oh, macam gini ke rasa sakit rindu? HAHA

09 June 2010

BADIANA

*Kita selalu tak perasan, sebenarnya dunia ini kecil gila, pusing-pusing nanti jumpa orang sama. Tapi kenapa aku tak pernah jumpa Dato Siti kat pasal malam Perling? (-.-")


Gila LAMA tak update blog. Sebab, life sangat amat happening tapi untuk share dengan readers, ok i bukan artis uolss. Macam biasa, weekdays kerja jumpa the girls. Online sampai lupa diri, balik rumah - tapi mungkin esok dah kena mengadap PC bagai nak rak sambil "Hello Saufi" dekat walkie-talkie. Itu kes kerja, malas nak explain banyak.


Ahad lepas i ada baby baru. baby kesayangan baru, incik-incik dan gadis-gadis boleh panggil baby baru i Bubole. Alah, bukan bubole.pl yang i pernah promote main game dia dulu, tapi jantung hati baru. Eceh. Terima kasih mak sebab baik hati belanja anak gila pemalas ini kesayangan baru. Even dah kerja pun nak pau mak, dahlah belum gaji lagi. Seriously loser. (-.-")
*Tapi takpe, i ada kekasih gelap baru.



And lagi, cabaran cinta semakin tinggi gelombang. Dimana, kami terpisah antara benua pula. Nasib baik hati cekal ni tetap bersabar melambai tangan dari jauh. He he. Padahal semalam tidur gila awal, sampai tak sempat cakap proper goodbye. So yeah, macam gila excited bila makin jauh dari kekasih. Lagi-lagi bila dapat kesayangan baru, boyfriend pun jadi nombor 2, 3. HAHA. 


Ok, peminat Lady Gaga, video Alejandro dah keluar. So pergi cari dekat ladygaga.com, i tak nak link sebab sumpah gila seksi meksi lah ohh. 18SX.




*Muka bangga dah 18 tahun so tak kena marah tengok pelik-pelik.
**Minggu lepas waktu duduk dalam kereta berejam pegi UiTM Segamat.
***In case kekasih 'jauh' terindu bila buka blog nampak muka sejuk hati.


p.s: Esok kalau rajin, i nak kongsi tips untuk jadi superwoman & wonderwoman.
p.p.s: Rasanya hari ni i macam terjahat. Haih. BADIANA.

06 June 2010

Crazy People

Ini bukan entry kutuk, tp trust me, watch every video then u pun boleh jakun macam i. Or, i je yg baru first time nak jakun sorang-sorang? Pfft. So yeah, an update. :)







I love this. ♥



Serious, waktu tengok this, i kagum gila. And kecah nak buat juga lepas tu - adik-beradik troops. :)



Last, mesti Lady Gaga Bad Romance. Macam mana nak stop RAWR-ing kalau still addicted to this? Hesh!



Good night people!

03 June 2010

Chibbit yang yakin diri.

Dulu waktu kecik-kecik or even sekarang kadang-kadang, i rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Sebab gigi saya berterabur - macam rabbit. Pasal itu kalau saya ambil gambar, memang tak mahu senyum lebar-lebar - tak yakin diri. Cemburu betul dengan orang gigi tersusun cantik.


Pernah banyak kali, minta parent belanja pasangkan pendakap gigi. 

Tapi abah cakap, "Tak payahlah, kan unik kalau gitu.". 
Emak pula, "Eh, sakit tau pakai pendakap gigi. Tak takut ke?"

So sebagai anak yang memahami, saya tak minta-minta lagi dibelanja pakai pendakap gigi. Juga, saya memang takut dengan dentist dan juga macam mana nak pakai pendakap gigi kalau type gila rabbit macam saya. Mesti dentist tu pun pening HAHA. So yeah, saya memang nak lupakan cita-cita pakai pendakap gigi. Tapi bila saya dah besar nanti, bila dah ada anak, memang awal-awal nak pergi susun gigi dia biar tak degil macam saya. (-.-")

 
Mesti ada orang lain juga yang rasa kurang yakin dengan penampilan juga. Like me myself, serious cakap, i memang tak yakin kalau pasal nak senyum lebar-lebar sebab gigi terabut macam rabbit. So, jom kongsi tips untuk gain confident bila kita rasa kita kurang cantik.

Firstly, kita memang kena sedar yang orang semua ada kekurangan dan kelebihan. Jadi jangan pernah rasa rendah diri sampai rasa tak nak keluar jumpa orang luar lagi. Jangan, kena juga bersosial. Orang takkurang cantik belum tentu hati busukkan? So okey. Kena ada yakin diri.

Secondly, kan dah bilang tadi, orang kurang cantik belum tentu hati busuk, jadi kalau kita rasa kita kurang cantik, janganlah tambah-tambah dengan attitude yang tidak elok. Kena hati lembut, baik hati serta tunjuk sikap positif. Sekurang-kurangnya orang yang pandang pakai hati dan bukan hanya guna mata akan sedar kecantikkan dalam diri kita.

Third, korang boleh cuba atasi kekurangan korang tapi ikut kemampuan. Macam saya seorang penganggur berjaya teringin nak pakai pendakap gigi tapi tak mampu, kena lupakan. Tak boleh buat apa lagi sebab tak mampu. And orang yang rasa tak confident sebab rasa diri gemuk tapi padahal BMI masih mantap. Jangan risau, cuma buat senaman ringan hotkan body itu sudah cukup.

Forth, kalau betul orang tak kawan dengan awak sebab kekurangan awak, it is not a problem! Kita fikir positif dengan assume kita patut bersyukur sebab kita tak kawan dengan orang yang memilih kawan. Jadi kita kena gembira dengan current friend kita.


Okey apa lagi?


I malas nak fikir, tp yang penting kita kena ingat hidup sekali. Macam mana kita tak suka fizikal kita, kita kena terima sebab dah ketentuan tuhan fizikal kita gitu. Tapi ingat perangai buruk boleh ubah jadi lebih baik. So perangai buruk kena ubah tapi fizikal buruk jangan nak bersedih lara. Hadapi dengan gembira sebab belum tentu kita hidup lama. Sampai bila nak rasa rendah diri sangat amat kan?


*Mengantuk. Sangat mengantuk!
**Hoo. Tajuk chibbit sebab gigi rabbit jadi nak gelar diri chibbit. Boleh? ;-p