18 June 2010

Sebab jasa.

Dah sangat amat lama I tak update blog. Even ada time pun mostly I spend untuk baring-baring dan berehat atau mungkin keluar berfoya-foyabersuka-suki. So okay, I nak kongsi something yang buat I sentap amat hari ni.

Kemarin I ternampak satu notis tentang pemergian salah seorang saudara Islam which warga UTM. So I macam terdetik nak kepoh tengok dan akhirnya I macam terkejut. Sebab I macam kenal orang itu. :(

Ingat lagi waktu semua orang dah start semua kerja kat lab, I baru terhegeh-hegeh nak mula. Lepas tu, banyak benda yang macam kelam-kabut waktu buat test. Pak cik ni sangat amat baik hati, dia bukakan lab setiap malam so that I dapat kejar masa siapkan on time. Baik sangat sampai sanggup guna masa datang lab waktu luar pejabat.

Time I pening-pening kabut sebab wire mash gila besar tak muat masuk dalam channel, dia juga yang kasi idea macam mana nak kecilkan. Waktu I pening lagi sediment masuk dalam bekas air, dia tolong buatkan frame untuk jadi alas elak batu.

Ingat lagi, waktu kerja lab siap, I berniat nak sumbang something untuk pak cik ni bila konvo. Tapi nampak gaya macam tak sempat. ;-(
Arwah pergi 14hb lepas. Dan saya tahu semalam, tapi saya dapat confirmation tadi.

Sedih sangat sebab jasa arwah kat saya sangat amat banyak. Mungkin orang cakap itu kerja dia, tapi kalau arwah tak ada, belum tentu projek saya siap. I tak tipu, macam nak minta peluang jumpa arwah kali terakhir ucap terima kasih sangat-sangat.

I bertekad, untuk masih menyumbang tapi akan diberi kepada keluarga. Sebal sangat sebab rasa macam sangat bersalah.

Kawan fakukti awam, En Ismail B Hussien telah pulang ke rahmahtullah. Dia antara orang lab hidraulik yang paling amat baik. Semoga rohnya terletak dikalangan orang yang disayangi Allah. Al-Fatihah.



So okay, mood dah gila swing. Kena tidur sebelum makin teruk. Nights people!



Kerana jasa, kita dikenang walau pupus dari pandangan. ;(

4 comments:

許美玉 said...

一時的錯誤不算什麼,錯而不改才是一生中永遠且最大的錯誤......................................................................

mastura said...

yana~~~
pkcik mail dah xde??
innalillah
kenape meninggal eh?

Diana Naubi said...

emm mas, yana inbox kt fb eh sygku. mesti awk pun sedih kot. mcm na nangis!

mastura said...

emm ok...
sedihla...
pak cik mail banyak tolong mse survey camp dulu... sob2