31 May 2010

Israel rampas 6 kapal konvoi hantar makanan ke Gaza

Tadi terdengar dekat berita pasal kapal yang konvoi hantar bekalan makanan pergi bantu orang dekat Gaza kena bombrampas dengan Israel. Oh tolong memang rasa marah yang teramat, macam gila kejam. Hoi tak cukup lagi ke pergi serang Palestin tu, orang nak pergi tolong dia pun kau nak pergi sibuk-sibuk serang apesal?

*Memang i tak dengar berita cuma diam-diam pergi Google cerita kejam terbaru orang Israel.

Isnin , 31/05/2010 -Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

sumber : HALUAN Palestin


So yeah, kesian. :(

Jom rakan-rakan Islam, doa banyak-banyak untuk orang yang dalam kapal kena rampas itu. And, keep updated dengan benda ini. Sebab i pun ingat macam Israel dah menyepi tak buli orang, rupanya masih bertanduk orang itu. So kenalah follow up tentang saudara Islam kitakan.

Eh, dah kena start boikot balik ke barang-barang diorang? Jom ramai-ramai tunggu poster-poster boikot keluar. Kita suka-suki makan-makan gembira-gembira kat sini, tapi orang sana nak makan pun susah siap tunggu kapal masuk bawa makanan tapi lepas itu kapal kena rampas. Ishhh. Then kita nak tahan sikit tak guna barang yang diboikot pun tak boleh. Haih. Haih. 

Betul abah cakap, kita selalu nak banding-banding dengan orang yang lebih kaya dari kita, lepas itu kita lupa nak banding-banding dengan orang susah. Orang kaya macam kimora & kardashian's tapi orang susah paling dekat pun pergilah tengok bersamamu TV3 tu sure korang nangis tak sanggup nak hidup susah gitu. Tapi itu pun diorang masih untung sebab bom tak terbang sana sini. So kita yang suka-suki baca belog ni, untung gila hidup senang at least tahu nak guna internet macam mana.

So now, marilah, mari-mari kita bersyukur dengan apa yang ada. Bila ada benda jadi baru I sibuk-sibuk nak muhasabah diri. Sebelum ini gila kecah cemburu dekat orang-orang kaya, nak pakai Blackberry, I-phone, rumah besar, bercuti sana-sini. 


Betul, kenapa i tak pernah nak bersyukur?

30 May 2010

I wanna watch Toy Story 3


Yes yes yes! Nak tengok Toy Story 3. 

Masa zaman sekolah dulu, i tengok Toy Story 1 dan Toy Story 2 dekat CD sahaja sebab waktu anak-anak kecil mak tak kasi tengok movie dekat cinema. Tapi bila diwar-warkan Toy Story 3 bakal keluar, hati sangat amat terlalu gembira sebab bila dah lepas 21 tahun, mak dah kasi peluang tengok movie dekat cinema.Hati lagi tambah-tambah gembira kalau dapat tengok awal sebelum cinema lain tak keluar lagi, tapi tolong bukan i cita-cita nak beli CD cetak rompak bukan.

Jadi bila orang tanya siapa yang i nak pilih jadi permainan baru dalam toy story, bila dah tengok semua rasa nak semua sekali biar lagi banyak collection mainan Andy as "No toy gets left behind". So no, macam nak semua! Tak apa, pilih top three mungkin cukup. Pilihan hati i untuk jadi clan Toy Story adalah:

#3 Ken - Kalau gadis mesti nak pilih ada patung-patung jejaka macam Ken. Macam prince charming gitu. Percayalah, dengan kehadiran jejaka hot macam Ken mesti buat Woody dengan Buzz rasa tercabar dan itu akan menyebabkan cerita jadi interesting! Lagi pula Ken boleh menari kasi gembira kawan-kawan toy story. 




#2 Bookworm - Sebab semua dalam toy story suka bermain-bermain dan bermain, bookworm macam gila geek macam comel juga duduk dalam group bermain. Dan sebab i suka baca buku juga, Bookworm yang ada torchlight boleh jadi kawan baca buku sama bawah selimut. 


#1 Lots-O'-Huggin' Bear - Sebab i perempuan dan kegemaran mestilah teddy bear dan semua dalam Toy Story semua permainan lelaki, jadi bila watak bear mesti buat hati i triggers gembira. Kalau nak banding mainan soft toy yang kecil-kecil tak hug-able, kehadiran bear ini pasti menambahkan lagi kegembiraan Toy Story dalam mata i. Budak-budak mesti rasa gembira nak peluk-peluk bear ini buat tidur lagi-lagi bila bear itu bau wangi strawberry. So bring my LOTS-O'-HUGGIN' BEAR to the Toy Story 3!






*So, hey! Let me watch Toy Story 3. I am a big fan. Big fan like 23 years old girl want to watch Toy Story so badly. :D




Nuffnangers, jom try contest ini. Sebab i gila excited nak tengok Toy Story 3 paling awal, i memasukkan diri dalam contest ini. Nuffnang kasi free movie ticket kat 50 orang bertuah. So yeah,  more info pegi link ini okey! 

Tips untuk menjadi kurus.

Ini bukan entry serious nak mati. Tapi more to dilemma budak kurus yang nak kongsi tips macam mana boleh kekal kurus dan skinny tapi tak aneroxia. Oh, i tak sampai pegi muntahkan semula apa yang i makan okeh - itu gila drastik. And eh, i tak pernah berusaha gigih untuk jadi kurus, mungkin nasib menyebelahi. Haha.


#1 Nak berkurus kena makan sikit. Tapi tetap kena maintain makan sarapan, tengahari, petang dan malam. Tapi agak-agaklah kuantiti makan, jangan amik untuk dua tiga orang. Lepas itu, nasi biar tak banyak, lauk amik banyak-banyak biar hati puas. Lagipun, laukkan lagi sedap dari nasi putih kosong. 

#2 Lepas itu, buah-buahan itu penting. Lagi-lagi bagi orang yang tak makan sayur macam i. Digalakkan makan buah, lagi-lagi pisang. Pisang bagus untuk cerna makanan dan pembuangan. Jadi tak adalah simpan dalam perut lama-lama. Buah betik pun sedap, tembikai. Haha. I suka buah tempatan amat-amat. Tapi orang nak diet jarang makan buah durian. HAHA

#3 Jogging. Bagi yang tak suka dengan badan sendiri rasa diri itu gemuk, kena rajin jogging. Jogging besides of buat jantung berdegup laju sambil cuci mata dekat taman, korang kasi peluh-peluh keluar. Peha yang korang rasa berlemak sebelum ini boleh jadi otot kalau tiap-tiap hari jogging 2 jam sehari. I admit, i suka lari. Kalau suruh i lari-lari petang, i boleh gembira je ikut. Tapi sebab i sayang lemak, dah jarang lari-lari petang.

#4 Even i ini kurus-kurus, kadang-kadang bila terlebih makan i boleh jadi buncit. Tetapi, kalau buncit bagi seorang skinny itu gila hodoh. Macam bumps at the wrong place pula. Huahua. Kena sit up darling, sit up! Sit up tak adalah first day dah terus nak seratus. Pelan-pelan. Hari pertama 10 then up up up. Macam mana britney yang 'gemuk' dulu boleh jadi hot semula? Dia sit up 1000 kali setiap hari. So britbrit boleh, kita pun boleh.

#5 Avoid amik ubat-ubatan. Avoid! Nak kurus lagi senang dari nak gemuk, trust me. Korang cuma perlu semangat jog bersenam kurang makan. Tapi bergemuk itu susah sebab makan-makan dan makan boleh sampai muntah. I pernah makan ubat nak bergemuk tapi end up with sakit gila sampai demam. Lepas itu kurus balik. And since that, memang ubat bukan 1st choice i, i redha je berkurus. Haha.

#6 Bersemangat. Bersemangat. Cari rakan-rakan untuk berkurus. Jangan buat sorang-sorang, jangan berkawan dengan orang yang kurus kuat makan. Nanti terpsycho. And, bila BMI dah cukup tak payah nak kurus lagi. Tak payah nak rasa peha besar, lengan besar segala. Heh. Kalau still rasa gitu, buat senaman khas untuk mencantikkan bahagian yang korang rasa 'tak cantik' itu. Tak payah senam berat-berat lagi.

#7 Beli seluar kegemaran satu saiz kecil so that nanti sebab seluar itu memang seluar kegemaran jadi bergigih untuk berkurus. Hoo. Orang kurus nak bergemuk tak payah beli seluar besar gedabak sebab belt masih boleh guna. ;-p


Hokey, dah habis kongsi tips. Selamat berusaha gigih untuk berkurus orang yang rasa diri dia gemuk! But tak payah nak bergigih diet, as long as sihat dah cukuplah kan. Lain la model Victoria Secret ataupun penyanyi pelakon, kecantikkan adalah aset. Aset i gadis biasa adalah untuk sihat bahagia gembira berduit sampai bila-bila. Jadi i sihat, bahagia, gembira, oh tapi masih belum pandai cipta duit sendiri. (-.-")


*Hari ni mentor tade lelaki bersuara perempuan lagi ke? ;-p
**Esok kerja. Kerja. Kena bangun pagi. Sebal. And, bapak dah bising suruh hantar resume. Pfft.

29 May 2010

Question?!

Ok, now i dah confuse. Mana lagi okey? Previous punya layout or now?

Today is okay, i woke up kinda late as today is public holiday. Then having my branch watch drama and off to bukit indah with mom to buy some chicken as we going to have bbq. The bbq was okay which i spend most of the time eating without do something heavy. Hoo, and i wore fake eyelashes for the whole day! I mean, for straight 5 hours without facing any problem. 

I cant thin of anything else right now. So, goodnight people!



*random picture of the day. haha. cam whore dalam kereta sampai my mom rolling eyes like few times. ;-p

**i tak ada eye lashes, if ada pun tak nampak. nak pakai mascara i malas nak cuci bulu mata. so end up with fake eye lashes kalau dah gatal miang nak geik-gedik nampak bulu mata. lepas tu cam whore tak ingat dunia kalau boleh nak zoom kat bulu mata je. sila bergeli. 

***i tak pakai bulu mata pegi kelas. so jangan panggil saya gedik enough. HAHAHA

****and memang currently tudung belang-belang begini adalah kegemaran. nak belanja? ;-p

*****need to buy new lens but i tetap gemar lens dari serawak. macam nak jerit nama yati kuat-kuat. ;-p

******esok ada orang nak ajak saya pergi dating dekat mamak belakang rumah tak? sebab esok abah kerja and nari-nari hantar servis and mesti hidup macam patung hiasan kat rumah. pffftt.



AGAIN, layout mana lagi better ah?

28 May 2010

Lagenda Budak Setan

Waktu sekolah menengah dulu saya malas baca buku. Sangat amat malas sampai novel-novel pun saya tak layan, padahal kawan-kawan lain semua excited baca buku gila tebal. Paling tak lupa mestilah Lagenda Budak Setan punya collection. Alah, stok buku Ahadiat Akashah kan semua cinta, remaja so macam 'in' thing lah kat sekolah. Mungkin sebab i ni memang loser tahap budak geek dan nerd, jadi i tak terpengaruh nak baca sekali kot. Eh, bukan sepatutnya budak nerd kena rajin baca buku ke? Ok, fine.


So as sekarang komuniti i semua gila excited nak tengok cerita Lagenda Budak Setan minggu depan. Jadi i yang rasa diri macam lame ini dah start google things up. Sebab nanti tak naklah ter-out of conversation. Gila, even satu page novel tu pun tak penah baca. And buku tu pun tak ada. Eh, ada tak e-book novel ni, nak download. HAHA. So sinopsis buku, i dah jumpa.

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

Lepas itu pelakon yang i mula kenal rapat dari cerita Adamaya, Lisa Surihani. Okey, dia memang cantik, down to earth and dia lawyer. Oh, bukan cakap dia down-to-earth sebab kenal dia, tapi dari tweet dia memang dia macam humble. Artis yang humble dan tak kacau husband orang serta kurang seksi itu sebenarnya hot! 

I jarang tengok cerita melayu dekat movie. I mean, kalau boleh tengok free time raya kenapa kena waste money tengok kat cinema kan? Tapi sebab rakan kerja ajak everyone tengok sama and mesti best tengok ramai-ramai, lepas itu novel ini memang gila feymes masa kecik-kecik dulu tambah pula Lisa Surihani berlakon. Jadi mood on untuk tengok movie ini yeay!

So, here's the trailer.


27 May 2010

Semalam - RAWR!

Ouh, late entry. Eceh, macam tak biasa. Well, sumpah lama tak cam-whore. Tapi sebab pakai shawl yang menarik hati siang tadi jadi gila pagi-pagi pegi cam-whore siap sambil video call pun nak ajak kekasih cam-whore sama. Btw, sila take note, i suka lelaki bangun awal sebab macam responsible gitu. Tapi if i bangun lambat takpe. HAHA. 

1st, if bangun i suka kejut orang juga. At least bual-bual pendek. And tetiba sebab nak berlagak shawl baru dekat dia, i tervideo call lah pula. Nasib baik free call and nasib baik kiteorang jarang call tahap begayut sampai free calls habis. He he he. 


Random aktiviti 2. Sebab both pun gedik konon-konon nak ambik gambar sama like what the heck kau pun nak cam-whore kan. So, nampak muka busuk orang baru bangun terus tengok tv? Pfft. Hokey, bila i nak mampu pakai Blackberry weii? ;-p


Oh, ini time lunch hour bawak clan baru pergi balai cerap. Hee. Even time tu pukul 1 tengah hari like what the heck tak panas gila ke atas tu. Nasib baik windy so macam tak tersiksa sangat. Credit to Amalina sebab snap gambar and tuan punya camera. I didn't bring mine pula. (-.-")



So it was today. And esok suppose dah start kerja like real punya kerja. Eh, dah nak 4th day kerjalah and i dont really know what am i doing for the first 3 days tu. And just now jumpa Alif dekat meranti, gila excited jumpa kawan lama sampai nak lompat lupa diri sehh! 


Ok, nights!


*RAWR sebab pakai shawl harimau lah eii. 

26 May 2010

Monolog

People says that love is blind
But if one day i meant to be blind
Did your love for me is blind enough
To be my eyes?


Waktu dulu awak bilang, awak sayang saya.
Lama-lama sikit, awak dah jarang cakap sayang.
Lama lagi sikit, nak bual-bual pun awak dah malas.
Sikit lagi, awak dah mula marah-marah.
Sekarang, dah lama saya tak dengar berita awak.
Eh, kata-kata awak memang tak boleh pakai en?


Kadang-kadang mulut orang jangan percaya sangat.
Tak kiralah lelaki ke perempuan.
Ada satu type ini kita selalu panggil dia mulut manis.
Cakap semua nak yang enak-enak didengar.
Tapi dalam manis-manis mulut itu boleh kena kencing manis.
Waktu baik semua manis, dah kena time jahat rasa macam dah kena obesiti.
Sebab lebih gula.
Alah, macam janji orang yang tak boleh pakai.
Baik rasa pahit tapi sihat kaki tak kena potong, hati tak sebal.


Kadang-kadang
aku teringin nak jadi feelingless
tak rasa apa, tak peduli orang
tapi, aku bukan robot berhatikan hard disk
aku orang yang ada hati
jadi salah ke aku nak nangis?


Bila engkau cakap engkau sayang aku
bagitahu aku, kau cakap dengan mulut atau engkau cakap dengan hati
sebab kadang-kadang aku pun perasan
aku cakap dengan mulut tapi hati aku kosong

25 May 2010

I like u

Oh, ini post yang ke 501, jadi nak kongsi cerita kisah lama.




Dulu-dulu waktu saya tahun 1 semester 2, saya sangatlah amat selekeh, noob dan berambut pendek tak terurus serta pakaian cuma pakai baju pasar malam. Walaupun waktu itu ada kekasih jarak jauh yang tidak setia, saya yang tidak setia pun masih pandang-pandang jeling-jeling dekat orang lain. Sampai satu hari tengah enak-enak makan tengah hari dekat cafe Cengal, mata saya terpaku dekat satu susuk tubuh yang menarik perhatian. Muka dia mirip Theo Walcott, pemain Arsenal kesayangan saya.

Ingat lagi waktu pertama kali nampak Theo Walcott masuk padang. Sekali pandang, hati dan mulut menjerit, "Woah, he is my type of guy!" dan officially saya bercinta imaginasi dengan Theo Walcott. Itu cerita pemain bola itu.

Ok, sambung balik. Saya nampak seorang senior yang mirip Theo Walcott dan officially saya gelar dia abang Theo. (_ _") Bila tiap kali nampak dia mesti jantung berdegup-degup-degup, macam nampak artis pula rasa. Padahal tak ada apa pun. Eh sila take note, bila minat doesnt mean kita nak buat boyfriend. Bila minat-minat orang gini, macam ada rasa seronok sikit life dekat U kot. Kotlah kan.

Pernah saya ingat waktu saya berjalan pergi Cengal seberang jambatan, punya seronok bual-bual dengan Anis pasal result, kerja and current life, tiba-tiba terperasan ada orang dekat belakang, thought itu orang-orangan biasa, bila toleh, my god itu abang Theo saya! Sedih, kalau tahu mesti awal-awal kasi dia potong lepas itu tengok dia dari jauh.

Tiap kali awal semester mesti tengok jadual dia juga in case ada dekat blok berdekatan. Lepas itu siap ingat waktu dia makan setiap hari - possibility nampak abang Theo dekat kedai makan then makan pada waktu yang sama sambil jeling-jeling tengok dia tapau lepas itu dia senyum. Alah!

Kalau ambil slip exam, mesti curi-curi tengok dekat tempat senior tengok dia dah ambil ke belum. Kalau lalu depan blok dia mesti tengok kereta dia ada ke tak. Kalau pergi fakulti harap-harap terbump dengan dia. Kalau ternampak dia pandu kereta mesti rasa nak lambai excited, tapi apakan daya. *Sighs

Mungkin dia pun tak pernah perasan ada budak junior yang gila obsess diam-diam konon-konon bercita-cita nak jadi secret admirer berjaya padahal kadang-kadang rasa diri sendiri macam creepy sebab beraksi seperti psycho. Mungkin dia pun tak pernah perasan saya - tapi it should be dia tak perasan sebab saya kan cuma nak jadi secret admirer orang saja.

Bila dah tahun 4 tak ada senior kegemaran lagi, tapi mujur ada prince charming sampai dan selamatkan saya dari ahli sihir yang kejam. Mungkin dia tak sehot Theo Walcott, muka dia mirip binatang hodoh Dota. Tapi dengan muka mana boleh bawa gembira. Jadi saya bersyukur dengan apa yang ada, at least dia tak pinjam duit saya lepas itu tak bayar balik dan berlagak konon-konon aku kaya. HAHA. 


Oh, kejap tadi baru jumpa abang Theo dalam facebook. Tapi kenapa dah rasa kosong? He he he. Tak add tapi pandang ingat kenangan dulu. 

Sekarang ini saya minat dekat orang muka macam Lady Gaga. Macam mana nak cari kakak senior pakai baju renang jalan-jalan?

23 May 2010

Eclipse


Tell me, tell me kalau betul keluar benda ni kat sini, mana korang na sibuk-sibuk pegi beli? I memang Team Jacob so obviously i pilih Tay Tay compared to R-Patz. Even Tay Tay masih kecil mentah, tapi i nehh dah tua and tak seswai lagi dengan dia, i tetap fan Tay Tay. Body dia sungguh mantap kalau nak banding dengan skinny Edward. Haih jatuh cinta betul. ♥

Lagi satu, pernah tak i mention i suka lelaki mata tajam kening cantik. Menapati ciri betul si Tay Tay nehh.



p.s: Esok start kerja and mestilah everyday pun keluar everyday pun nak cam-whore kan. He he. Hopefully it goes sononoh like everyday. :D

p.p.s: Sometimes, i feel like i dont deserve to be anyone's girlfriend. I can be really annoying sampai Rachel kat Glee pun better than me.

p.p.p.s: Dad dah suruh tidur, so goodbye!

Movies


Masih nak berangan kata selamat pagi padahal dah tengah hari. (-.-")

Selamat hari Ahad. Kalau dulu, hari ahad mesti hari gembira sebab orang lain semua duduk kat U, i dengan adik dekat rumah tengok melodi makan sedap. Tapi genap pukul 6, emak bising halau balik U. Hehe. Sekarang, full time duduk rumah. Hamek kau mati kutu dekat rumah. Tapi, rumah tetap kegemaran sebab ada port baik untuk tidur.

So, sebab terlampau lama tak tengok movie, last movie tengok pun Ironman 2 dengan Yatie babe. So rasa minggu depan kena tengok movie lah oii. Ada some movie yang dalam mind sekarang, to those yang baik hati kat JB, jom tengok sama eh! He he he.

#1 The Bounty Hunter. Cerita ini awal-awal lagi dah macam excited bila nak keluar la eh. Konon-konon nak tengok dengan kekasih, tapi sebab kami terpisah jauh. Cita-cita terpaksa batal. So kena cari orang-orang tengok cerita ni lah kot. 


#2 Sherk! Oh yeah, semalam baru tengok the making of, jadi mood nak tengok memang up gilalah. Bila baca blog Carl lagi tambah-tambah mood nak tengok. Eh, bukan biasanya cerita Sherk selalu keluar time krismas ke?


#3 A Nightmare in Elm Street. Ini semua orang cakap takut. So nak tengok! Dah la Freedy Krueger macam nightmare dari kecik-kecikkan. Bila dah besar gini rasa seram takut lagi tak dengan makhluk kejam tu.


#4 Letters to Juliet. Cerita ini i tak tahu cerita apa, tapi sebab dalam Sorority Life ada promote cerita ini, so as sister yang berguna macam nak tengok juga. Tapi bukan priority sangat kot cerita ni. HAHA


#5 Sex and the city 2. My god, cerita ini tak keluar lagi. Tapi i mesti tengok as barang-barang dia semua sangat amat mahal-mahal belaka. Gossip spread saying that, the wardrobe cost around $10 million. So kena tengok ni!



p.s: Kalau nak tengok Andartu Terlampau sebab Fizo Omar belakon boleh tak? Sungguh tak sanggup nak tunggu sampai raya. HAHA.

21 May 2010

Diana's my name

Hey hey. Ceh, i dont know what am i doing for the whole day today - but seriously i am tired! Think i'm going to sleep early today. As i am done with my SL and treasure isle thingy - sometimes dah macam malas nak main, i am 23yo and i need to learn to act like one - maturely. And i need to hang out with matured people too.


Next, i bought something for myself today - a new skin moisturiser! *happy face* I think the pores at my nose is getting worse and my skin macam some sort tak even and dull. So each time bangun pagi rasa unhappy sebab awal-awal dah complaint, "why with my skin?" Give me a month and we'll see is it worth the penny or not. If menjadi muka dah tak dull and pores hilang - i promote the thing kat uols okey!


And one more thing, ingat lagi entry yang Sexy's my name? I'm saying that i bukan yang terbaik mahupun baik. So yeah, as usual memang kurang terbaik pun, cela sana-sini. So yeah, people dah start tanya, "Eh diana u dah free hair balik ke?" and my answer usually will be "entah idk, i mean nanti in a short time akan pakai balik kot". I can't deny - tudung pernah jadi macam bestfriend benda yang i capai each time nak keluar blok. Benda yang i pernah nak marah-marah bila tiba-tiba dia cari pasal. Benda yang i excited gila bila pergi Kotaraya, Angsana, pesta konvo semata-mata nak cari tudung pilihan hati - kenapa Johor tade jalan TAR? (-.-") So okay, i pernah bercinta dengan tudung. Tapi mungkin iman masih tak kebal atau mungkin otak tersenteng - terlepas tanggungjawab nak pakai tudung. Sampai sekarang baru tersedar dari lena tentang tanggungjawab. And tak tipu rasa rindu itu ada. 


Ada beberapa orang i PM diorang, minta pendapat minta nasihat, biar macam dapat tamparan hebat jadi boleh tersedar. So far, i am glad to read their comments on this thing. And Insya-Allah, i cuba lagi bergigih untuk fully bertudung. Tapi, i tak nak expect lebih-lebih, jadi kita tengoklah. 

Seriously i tak prefer orang cakap belakang, "eh, yana dah tak pakai tudunglah. dulu beria-ia sekarang hampeh."

Baik korang pergi depan ini diana and cakap,"eh, yana nape dah tak pakai tudung. dulu kan dah elok-elok pakai lepas tu nak bukak kan macam tak manis, macam sendakan agama sebab buat tudung tu macam some sort of fashion. kalau nak pakai, pakai. if tak nak decide betul-betul tak payah pakai dulu dah ready baru pakai." - sila take note itu adik perempuan yang sound saya waktu awal-awal saya dah mula berswing.


And to those yang sangat baik sharing, giving me ideas on pakai tudung and still be nice in it. TYSM, it means a lot to me. Sometimes i wish money is not a big problem to me - i mean macam nak tukar wardrobe i beli baju baru, beli tudung selesa baru, beli selendang baru - so macam tak susah nak mix and match. And trust me, bila pakai tudung with baju yang ketat (used to be my attire time free-hair) makes myself rasa more uncomfortable. Okey, alasan.



But again, all the best Diana!

*Siang tadi waktu berkemas nak jumpa orang-orang



Selamat malam semua. Seriously badan perlu rehat dengan cukup lepas berpayah bangun pagi walaupun tidur tak nyenyak malam semalam. Serious mata stock macam zombie time study week. HAHA

Penat gila

Bila penat kau rasa tak bermaya, bila penat kau rasa moody. Semua benda pun tak kena, semua benda pun salah. Kalau boleh kau malas nak jumpa orang lain, baik duduk dalam bilik sampai kau rasa kurang penat baru bersosial balik. Okey, aku penat hari ini lepas kena bangun awal, kena berjalan-jalan, kena keluar besosial, kena berbual-bual gelak-gelak cakap-cakap tengok orang. Mungkin aku dah terbiasa tak mengadap orang jadi bila termengadap rasa macam energetic terlebih so bila balik rumah rasa tak bermaya lagi. Penat gila sampai nak senyum pun tak larat. Ok, itu tipu - muka masam macam cuka tak seronok, jadi muka sekarang muka empty. 

Eh, life sekarang betul gila 'lame', aku jadi pencari harta karun dekat treasure isle, jadi sorority sister dekat sorority life, pemain poker tegar, kadang-kadang mood ada sikit tengok ikan kat akuarium - tapi sebab loading dia gila lama so dah jarang bukak, mesti da mati semua ikan. Lepas itu update belog, baca belog kegemaran. Semua life mesti ada kaitan dengan laptop. Eh, macam dah declare dengan laptop unofficial pula. Handphone pun dah tahap sedih pilu sebab dah jarang guna. And Ixus bulu dah terdiam dalam beg sebab tuan tak keluar rumah. Kesian.

Current page yang selalu melawat mestilah facebook. Angkat tangan siapa sini takde facebook! Ok, mind you tak pun kot. He he. But kadang-kadang, bila fikir, kita cuba assume facebook itu virus and siapa ada account facebook macam orang yang ada HIV. Hey, even me myself sehari tak buka facebook pun dah rasa my god, apa dah jadi kat facebook? So hegeh-hegeh juga penat bersosial tetap on laptop check facebook. Sebab semua rakan ada jadi macam get connected with facebook gitu. Now, i nak cabar diri sendiri, but i dont know bila i nak laksanakan cabaran hebat itu - nak delete account facebook for a month without sehari pun rasa regret atau rasa macam mana nak get connected dengan orang? Nak contact orang sila guna handphone - please lah diana kau macam dah lama gila tak call orang bual-bual. Paling koman pun kau sibuk wall-to-wall tak pun PM. Sila take note - Diana tak suka main message sebab mahal. Hoi satu message 15sen kalau call pun satu minit 15 sen. Cakap cepat senang tak payah type semua. And so far bil tak pernah naik ratus lagi  kalau naik pun sebab message banyak then regret rasa semak siapa suruh gatal message. 

*Iklan* 
Kau nampak rambut selekeh tapi thank god muka tak nampak oily sebab flash yang baik hati. Hehe.
Untuk kekasih yang tak dapat receive mms lepas rindu. Hot tak gf with black dark hair? Okey, enough.


Eh, penat pun kecah nak blog banyak-banyak. So life yang macam lifeless ini need to be end like right now. He. I mean, stop - i just need something else beside of the laptop. So life membaca say hello to the novel kena start semua starting from tomorrow.

Eh, moody dah hilanglah! Thanks blog yang jadi penyembuh lara. Dota telah merampas neutraliser saya, jadi bercurang dengan blog pula. Hehe. Tips untuk kurangkan moody - minum air banyak-banyak buat benda yang boleh gembirakan diri, mandi sejukkan badan dan sila avoid benda yang boleh buat diri naik hantu. Contoh, jangan main poker takut nanti kalah poker terbaling laptop. Pfft. Hoi enough - nak mandi esok ada aktiviti pagi kena bangun awal la. 



p.s: Orang yang ada my phone number, sila misscall i starting dari pukul 7.45am. Siapa misscall i kasi kasih sayang bila i free nanti. Kasih sayang bukan ajak korang bercurang, tapi mungkin belanja makan kalau rezeki lebih. Deal?

19 May 2010

Perempuan

Semua orang nak kecah pasal ustazah dan warden tu sekarang. Malu betul. ( _ _")

Okey, i tak nak judge ustazah. Tapi i nak judge perempuan sekarang ini. Kalau cakap-cakap benda ini dengan mak, mesti mak akan cakap, "Salah si perempuan". Tak kira macam mana mana pun lelaki yang goda perempuan, tapi perempuan ada hak kat diri mereka sendiri - jadi i agree dengan emak. Tanggungjawab perempuan untuk jaga maruah sangatlah amat berat.

Remaja kita suka-suki nak enjoy setiap minit hidup. Kadang-kadang ada tersalah langkah, lagi-lagi sebab cinta. Ramai perempuan jatuh sebab lelaki - kira kadang-kadang i suka assume lelaki manusia kejam. Ye lah, pernah korang dengar perempuan rogol lelaki yang tak rela dirogol? Paling koman pun perempuan goda lelaki sebab nak duit - tapi perempuan bukan pemaksa jadi tak adalah kes perempuan rogol lelaki kan. 

Kes buang anak sangat banyak jadi sekarang - means gejala seks sebelum kawin memang sepah-sepah. Tak nak malu, pegi buang anak, kesian budak itu. Tak kira lagi berapa banyak perempuan yang pernah gugurkan anak. Bila benda gini jadi masuk paper, mesti orang cakap,"Perempuan ini jahat betul sanggup buat gitu". Perempuan juga kena, mana lelaki tak bertanggungjawab tu lari, mana? Perempuan yang dah buntu mesti fikiran senteng, nak bagitahu parent surely takut parent marah, takut parent malu - cara akhir buang.

Jadi untuk perempuan, kita kena sayang diri sendiri dulu sebelum nak sibuk-sibuk sayang orang. Sayang diri sendiri itu kena include pandai jaga maruah diri selain dari avoid terbunuh diri bila putus cinta. Haha. Orangkan selalu cakap cinta itu buta - tapi buta itu tak payahlah sampai butakan fikiran. Kalau lelaki stock kaki pukul marah sikit pergi pukul, takkan nak buat calon suamikan. Nak berhidup dengan kaki pukul sampai mati, siapa tahan? Lepas itu lagi satu, lelaki stock kata, "Kalau sayang jom buat seks" - kena tinggal stock lelaki gitu, sebab lelaki yang senonoh takkan judge sayang dari seks - lelaki stock gitu miang tahap lupa hukum Allah, macam mana nak jadi nakhoda keluarga?

Untuk lelaki pula, kalau korang betul sayang, mesti korang sayang semuanya sampai sayangkan maruah perempuan korang. And, tunjuklah sikit korang bertanggungjawab bila dah buat perempuan bunting - kenapa kena letak semua dekat perempuan? Atau memang sebahagian lelaki tak ada hati stock rosakkan perempuan? 


Ok, stop it. Baik tengok Jangan Lupa Lirik sambil makan petang.


Bye!

18 May 2010

Download

Selamat siang.

Sebab entry semalam macam sungguh gatal sebab cakap pasal kawin - tolonglah my god kena neutralize balik. Haha. Mood tengah baik hati gila sebab rasa nak share-share link download lagu. Tapi mostly lagu yang my type and bosanlah kot, sebab gila lama tak dengar radio, so macam lame sikit. ( _ _")


Eenie Meenie by JB & Sean Kingston - DOWNLOAD
Your love is my drug by Ke$ha - DOWNLOAD
Alejandro by Lady Gaga - DOWNLOAD
Waving Flag by K'naan - DOWNLOAD
OST Adamaya - DOWNLOAD


And, i dah boleh melompat macam rabbit. True Blood Season 3 dah nak keluar you know! Even mula-mula gila menyampah tengok cerita ni - but at last melekat! And tengok Eric makin jatuh cinta. Hehe. Cepat season 3 keluar - wanna know whats happening to Bill Compton. Haih haih.





Okey, enough - Sayang Cendana lah! Cantik betul Juliana Evans tu. Tergoda. Later!

Kawin?

Sebab entry menarik perhatian Wanie, buat i yang kontang idea tiba-tiba debush-debush idea berasak sampai. And again, hidup muda-mudi mesti pasal cinta oh cinta. Kadang-kadang i suka perasan i ni doktor cinta sebab suka-suki je nak kasi idea patut buat apa kat orang, padahal sendiri tahu - i'm sucks at love. Eceycey.

Sudah-sudah, balik kepada topik.

Cerita dia gini, satu pasangan terlanjur cinta dan terlanjur aksi buat si gadis mengandung. Tapi mungkin diorang masih baik hati, tak fikir nak buang anak, tak fikir nak gugurkan, pasangan tu bertekad nak bernikah. Oh, pasangan ini waktu itu masih dalam alam sekolah, sila take note. Jadi tak lama lepas itu diorang nikah. Tak lepas itu lagi, si gadis selamat lahirkan anak perempuan. Sekarang, si jejaka dan si gadis dua-dua berkerja untuk sara keluarga, mereka masih tingal dengan keluarga jadi anak mereka si nenek jaga. Mungkin pandangan mata luar fikir - semua senang, dua-dua dah kerja jadi dapat sara keluarga jadi parent pasangan ini tak terganggu. Tapi realitinya, semua sekali messed up. Pernah try berhidup dengan gaji tak seberapa lepas itu tanggung keluarga? Bukan i nak perkecilkan, tapi macam mana nak explain kepayahan ada keluarga eh? Tanggungjawab lagi.

Trust me, kawin bukan benda kecil, bukan macam pergi minta gadis kesukaan jadi girlfriend tapi bila esok dah muak boleh dump. Pada i, cinta zaman belajar masih macam cinta monyet. Kita tak pernah dapat expect apa akan jadi nantikan. Lagipun hari ini mungkin kita gembira kata, "kekasih, saya cinta awak jom kawin" - tapi tell me, are you really mean it? And i nak yang really mean it bukan sebab mean it untuk rasa buat anak tapi mean it dengan ready nak kasi 100% komitmen siap dah simpan duit sikit-sikit untuk prepare kawin.

Oh oh, cerita pasal 100% komitmen. Kalau couple kita cuma kasi 30% komitmen je. Yelah, tak payah kasi makan, tak payah kasi duit belanja, tak payah sibuk-sibuk siapkan makan untuk kekasih. Paling banyak pun kalau sakit, bawa pegi klinik free dekat utm lepas itu message suruh makan ubat tinggal dekat bilik. Kalau gaduh baling handphone bawah katil then pegi huha dengan kawan. Bila dah kawin semua benda kena sama, memang jadi soulmate sejatilah. Makan sama, kemas rumah sama, tidur sama bilik, kongsi duit, kongsi problem - even kalau gaduh pun, face it tak boleh nak lari-lari letak suami bawah katil.

So kawin bukan macam jom esok kawin sebab abah dah simpan RM30k untuk majlis kawin i. Bukan sebab duit je, tapi sebab tanggungjawab dan komitmen. Belum tentu orang yang kita tengah cinta sekarang jadi suami/isteri. Manusia mana tahu akan datang jadi apakan? Jodoh semua kat tangan Allah. And kalau dah kawin, orang itu bukan jodoh - cerai juga. Jadi kena fikir panjang, pilih mesti yang paling cocok. Contoh, even kalau dia tahu time korang tidur korang akan berdengkur kuat macam beruang kutub pun diorang masih sayang - padahal dia stock tidur mati tak dengar pape time tidur. Haha. Tapi at least memahami tak? LOLz.

So yeah, kawin bukan the 'in' thing untuk i. But still, untuk kawan seperjuangan Huda Danari yang bakal kawin bulan 6 nanti, congrats! Hehe. Tak sabar jumpa kawan sekolah lama cam-whore dekat pelamin kawan sekolah dulu. Mesti gembira. Lepas tu mesti semua pun kecah turn siapa pulak lepas ni. Haissh!



So good night fellas!


Vids hari ni, Lady Gaga untuk American Idol itu hari. Sila take note baju itu Giorgio Armani okey!

“Dressing Lady Gaga for the Grammy Awards, the Metropolitan Museum of Art’s Costume Institute Gala, and now for American Idol has been a very exciting project,” the designer continued. “To complement the spirit of Lady Gaga herself, I have let my imagination run free, and the outfit I have created for her for American Idol is pure fantasy.” - Giorgio Armani


17 May 2010

Angkara Liyanaa.com

Haha. Nak kecah juga sebab tok guru kesayangan yang saya selalu baca baca belog dia sebab sangat catchy untuk gadis lepas itu dia sangat hebat bab tutorial blog datang melawat blog saya siap jadi orang pertama yang keluar muka dalam google punya application tu. Haha, yes jakun. Kesayangan betul! Kalau kasih peluk cium boleh pass through ayat pergi terbang dekat dia sure dah kasi dekat blogger liyanaa.com tu. 

Seriously, even yang quotes jadi kotak kaler pink itu semua coding dapat belajar dari liyanaa. Then terus nak testing sibuk tulis quote - bila jadi, hati gembira. Hehe. Nak buat yang like link kepada Facebook malu sebab blog sendiri tak commercial, tak feymes so nanti kalau dapat terfeymes baru buat. HAHA. 

Alah gembira nak lebih-lebih pula. Bunga-bunga. 

Maybe sebab tadi pun tengok lagi cerita The Bunny House then nampak bekas kekasih, jadi bunga-bunga dalam hati kembang mekar malam-malam gini. Eh macam dah lama tak kecah dalam blog pasal Tyson Ritter. (-.-")

Esok cerita apa ganti Adamaya eh? Padahal sebelum ni memang kurang peduli pasal tv kecuali Spongebob tiap hari pukul 11 malam. Sekarang macam dah budaya tengok tv pukul 6.30 petang sambil makan petang bersantai dengan emak dan adik perempuan depan tv.


Eh, entry tengah malam pun sangat aneh. Excited punya pasallah ni. Good night!

16 May 2010

Nothing really

I just got myself the Google friends connect. Cehceh, if before macam gila kesian tak jumpa-jumpa akhirnya jumpa. Thought it was the same as Blogger follower punya - but it is not. So hampa sedikit. Heh, nvm will try it for few weeks. Heee. Blame me siapa suruh guna lama punya version layout.


Sometimes, I wish my brain is like a hard disk.

Hai cikgu

Entry petang sangat rare sebab selalunya kalau petang otak sendiri akan jadi tepu. Tapi sebab hari ini hari ahad yang aneh kerana abah berkerja jadi tak ada aktiviti gembira hujung minggu. Oh, hari juga suram bagai mahu hujan - sebal. Eh. Hari ini hari guru!

Ingat lagi waktu sekolah rendah dulu, cikgu tanya, "Diana dah besar nanti awak nak kerja apa?" Dan saya kena jawab tiap-tiap tahun, cikgu rekod dalam borang murid. Dari kecil otak saya mungkin senteng - tengok TV banyak sangat sampai tiap kali cikgu tanya pasal cita-cita mesti jawab, "Saya nak jadi polis cikgu." Mesti kecik-kecik dulu saya fikir jadi polis dah cukup macho, ada uniform lepas tu boleh tolong orang. Tapi cikgu, cita-cita dulu mungkin tak tercapai - sebab mungkin, mungkin saya bakal jadi jurutera. Mungkin, kalau ada rezeki.

Lepas itu, waktu sekolah rendah saya sangatlah amat pendiam, pemalu, paling lemah tidak complain walau kena buli. Tapi ada satu cikgu garang telah ajar saya untuk jadi berani. Paling kurang pun belajar untuk bersuara. Lepas dua tahun cikgu kesayangan it jadi guru kelas - mari cakap hello kat Diana version baru - Diana yang bakal masuk sekolah menengah. Terima kasih cikgu kesayangan masa sekolah rendah, Cikgu Mariani. Tahun ini saya datang beraya rumah cikgu lagi okey. 

Masuk sekolah menengah, mula-mula memang saya macam L sikit. Kawan tak ramai duduk pun meja depan. Life sebagai manusia pandai berbual mula waktu tingkatan 4. Semua cikgu pun kenal sebab saya suka menyinggah pegi bilik guru. Paling tak lupa, ada satu time tu saya ponteng kelas. Lepas tu, ustazah Norihan tangkap dan hantar saya pergi jumpa guru disiplin - nasib baik saya baik dengan cikgu disiplin jadi masa tu tak kena rotan ustaz Ghaffar kot. Haha. Rindu betul zaman sekolah.

Mungkin bagi orang yang dah lepas zaman sekolah, tak rasa lagi gembira nak celebrate hari guru. Tak ada lagi sibuk-sibuk nak beli bunga tak pun present untuk cikgu kesayangan. Tapi, tanpa guru-guru sekolah yang selalu cakap - belajar elok-elok, tak pun masih gigih nak ajar walaupun semua budak pun tak nak dengar cakap mesti tak dapat saya nak jejak kaki belajar kat U. Terima kasih cikgu sekolah, saya rindu perasaan celebrate hari guru - cuti belajar satu hari tengok orang menyanyi. :)


Eh mana album sekolah?



Selamat Hari Guru!

15 May 2010

Glee - Gaga

Entry malam ini ada kaitan dengan Glee! Yes, yes, i am a gleek - sambil lompat-lompat, i'm the loser bukan team cheerio tu. Saya bukan cheerleader, cuma masuk kelab nyanyi Glee sambil gembira tengok cikgu hensem menyanyi bersama dengan orang kurang cantik kurang hot. Tapi saya tak nak jadi Rachel sebab dia bukan taste saya. Hehu. ;-p

So kalau saya tinggal dekat emmm, US, sure dapat tengok minggu depan episod ini, tapi saya tinggal dekat Malaysia aman, jadi kena tengok lambat sikit. Nasib baik ada kuasa internet tanpa had - jadi bila google jumpa benda seronok untuk dengar. So hello peminat Lady Gaga dan Glee mari bergembira dengan lagu yang suppose to be minggu depan. Heh heh. Ada dua lagu Gagaloo - Poker Face & Bad Romance. Tapi, i prefer Bad Romance lebih sebab BFF i yang nyanyi, si Kurt. 


Poker Face





Bad Romance





Kadang-kadang sendiri pun rasa blog ni banyak sangat pasal Lady Gaga. Euwww. Ok, kena kurangkan obsessi terhadap Momma Monster - kena kurangkan. So minggu depan, satu minggu taley cakap pasal Momma Monster. 


Anyone baik hati nak downloadkan SEMUA episod Glee lepas tu burnkan and kasi saya tengok buat collection? Hehe. Kan sharing is caring. :D

14 May 2010

Sexy's my name

Sebab saya bukan yang terbaik mahupun baik, tak payah nak expect lebih-lebih dari saya. Sekarang, orang suka judge gadis - mesti putih cantik baru boleh buat kawan, baru boleh tegur - 'hye sis awak cantiklah'. Jadi siapa yang kurang cantik memang jarang kena pandang sampai si kurang cantik macam saya akan duduk tepi diam-diam rasa rendah diri. Kadang-kadang rasa macam baik tak payah ada kat public, sembunyi muka dari pandangan orang alang-alang sekali boleh elak kena matahari sambil pakai Fair & Lovely moga-moga dapat jadi putih dalam masa 4 minggu. Ok, jangan cakap pasal cantik sebab sepatutnya semua orang cantik cuma cara kita nak nilai orang lain-lain. 

Selain rupa orang pegi tengok perangai. Kalau rupa cantik tapi perangai tak senonoh lama-lama mesti pun orang menyampah. Tapi kalau kurang cantik tapi perangai elok molek mesti lama-lama orang suka. Kalau orang cantik perangai elok memang my god, buat i yang gadis ni pun nak kawin dengan dia - dalam mind fikir Dato' Siti dangan Hanis Zalikha sebab mereka cantik serta humble serta molek je semua. Suka-suka. Tapi diri sendiri, ecey, suka nak under estimate diri sendiri. Saya pun tak baik, bukan tak baik tahap saya seorang perampas suami orang sambil berkerja jadi GRO tambahan kat The Zone. Bukan. Pemarah, pemalas, moody dan kadang-kadang suka secara tak sengaja sakitkan hati kawan, oh mengumpat juga. Tak baik tak baik. Muka kurang cantik, perangai pun kurang baik. Macam mana?

Kan dah bilang awal-awal jangan expect lebih-lebih, sebab saya selalu terbuat salah - tersilap langkah. Macam konon-konon awal-awal nak pergi library buat revision dengan buku library, tiba-tiba terpergi McD konon-konon ada makanan lebih mood sikit nak study. Konon-konon nak pakai tudung sampai bila-bila, tup tup tudung dah simpan dalam laci terbiar macam tu. Last-last rasa bersalah dengan diri sendiri.

Eh, pernah tak saya bagitahu dekat blog yang saya ni manusia swing? Nasib baik sekarang ini musim duduk rumah, jadi ke-swing-an diri dapat dielakkan pernampakkannya. Tapi sebab musim duduk rumah juga tiap hari tidak berkembang, jumpa 4 orang yang sama kadang-kadang berbual telefon dengan orang yang sama. Oh, tidak lupa juga Facebook yang sering kali jadi peneman, serta aktiviti menjadi silent reader yang semakin agresif. Hidup seraca realiti semakin kurang semua hidup dalam alam maya, macam mana nak realistik?
Oh tertukar topik pula. (-.-")

So sekarang, kena berihabilasi (rehabilitation) untuk jadi manusia berpendirian tetap. Contoh kalau sudah kata nak kawin esok, kena kawin esok tak boleh tangguh-tangguh - sungguh gatal. Contoh lain, kalau rasa nak makan ais krim kena beli ais krim jangan beli ais kacang sebab tiba-tiba nampak ais kacang lagi sedap. 


Ok bye. Nak ber-rehab sebentar dengan youtube kekasih hati pada waktu senggang.



Video malam - sebab rindu dekat girlfriend kesayangan, tiap kali dating dengan dia mesti lagu ni keluar. And the torchlight rocks - even sometimes rasa macam save cost punya vids. Nvm, still Mizz Nina rocks. 






"so whats your name, hey baby whats your name"
"sexy's my name, yeah sexy is my name"

Pakcik Kecah


Kadang-kadang, lu suka buat pasal. Suka bikin wa panas, suka bikin wa sebal, suka buat wa rasa nak bertukar jadi Hulk hijau tu. Lepas tu lu nak perasan lu macam Adam - padahal kalau wa keluar jantan lain sure wa kena promote kepala sendiri kasi lu pancung. Ok, kena terima kenyataan Adam tak wujud. Takpe, yang penting kadang-kadang lu memang kecah. Macam nak tarik pipi lu kasi lebar macam Shin Chan - geram.


Sometimes, you're like the pain in my ass. ;-p


Eceh, eceh. Sungguh gedik gambar. Wa memang ex wife lu, bak sini kasi wa nafkah sepencarian untuk sara anak-anak patung yang lu pernah belikan dulu. Biarkan budak-budak tu terbiar macam Dani betul lu ni, ada hati nak jadi Adam. Blah aa woi. Ok, masih kemaruk Adamaya betul. Sama kecah macam lu je.

Eh, ni bukan entry cari pasal, bila weh nak tengok movie sama - Robin Hood dah kuar lah seh.

Lain kali kalau lu rasa wa tengah moody - pegi off hp. Jangan layan moody wa, wa sendiri pun tak terlayan. Layak pegi tidur je orang moody. He he he. Ok deal? 

Lagi satu, lu ingat, lu cakap wa-lu dah cukup hebat la eh? ;-p

I cakap wa-lu ni, cukup hebat sangat la ni? Pffft. Tak hebat sebab perasan ganas. Mana melayu sopan santun? Malu betul dengan diri sendiri. So mok, next time gaduh kita tukar pulak, jangan wa-lu lagi, kita cakap kamek-kitak. Tak pun tak pun, saya-awak lah! Macam Adamaya and tak ganas you know.




p.s: Memang isaya kecah, tapi youawak lagi kecah.

p.p.s: Sure orang pun meluat tetiba tengok ada entry pasal kekasih gelap. Ok, nah video baru lepas tengok tadi. Little monster baru lahir lagi - hail momma monster Lady Gaga. Btw, he's hot tapi kurang hot kalau nak compare dengan Justin Bieber but suara dia best. And this boy masuk Ellen show! Kagum gila. Enjoy the song!



13 May 2010

Lady Gaga lagi.

I just don’t know why, but Lady Gaga never fails to make me feel happy. I can spend hours listening to her music and watch her performances. I really do admire her! ♥ Here is Speechless song from her. 



"And i know that it's complicated
But i'm loser in love so baby
Raise a glass to mend
All the broken hearts
Of all my wrecked up friends
I'll never talk again
Oh boy you've left me speechless
You've me speechless, so speechless"


Auww! Even dah dengar like thousands times - dah tengok the performance like many times. Bila tengok lagi still rasa happy. And and and, look what i found!



He he he. Paparazzi & Telephone thigy. Maybe i should buy poison after this, maybe. So i can join them in the Pussy Wagon. Ok, too obsess is not good either. Lets change our topic, Justin Bieber pula kejap lagi? ;-p

My god, Adamaya hari ni last episode! Sedih betul - nanti minggu depan belum tentu cerita dia gembira macam Adamaya. Even kadang-kadang terberangan ada husband macam Adam which memang that type of guy tak wujud, kalau lelaki macam Dani berlambaklah kot. Heh heh. Bila banyak sangat cerita macam Cinderella yang always happy ending padahal real life kau rasa bercinta macam masuk dalam mulut buaya - mesti kau rasa diri loser sebab tak dapat jadi Cinderella. 

Enough Cinderella-ing. Bye!

12 May 2010

I'm Back!

Again, I'm back being in public. After few weeks I’m hiding myself in my own secret vault. Heee. Sometimes I can be too 'gedik' by konon-konon I had enough sharing. But sometimes yeah, I just hate to let people know what I am up to now. So, I’m back now. Frankly speaking – I miss to check my nuffnang account. Heee... tak pasal-pasal betul.

So okay, I did make the link viewable again. No option thingy. So people – if you want me to link you in my blog. Please let me know by leave me comments! ♥


Bye for now.

Entry lagi.

Why waste your time hating when you can enjoy your time loving.



Now, i tanya you as perempuan, can you do this? Damn, gila kagum dengan mereka. Not that i don't like them ke apa. But seriously, i yang perempuan pun tak berani nak dance like them. Woah. Kagum-kagum. And, being anorexia is not that bad. Being 42 kg with 169cm height - is not that bad. So kena bersyukur. Haha. But still berusaha gigih untuk gain weight at least 48kg by the end of the month! :D

Need to mandi for real now. Heee. Bye laptop!

Random

Oh my, oh my - I tengok cupcakes najah buat sampai rasa nak makan juga. Check her page - Naj-Cupcakes. Haih. Tolonglah kasi i sedikit rajin nak belajar buat and pegi buat satu set utk keluarga. Tolonglah! ;-p

Even dulu gila semangat buat cookies sampai berbalang tapi kena rompak dengan rakan baik. Then buat kek coklat bila jenguk balik bekas, eh dah kosong. My god, berani pula my friends makan air tangan Diana yang should be i am not good at kitchen thingy. Haha! And seriously i dont know how to cook. (-.-")

Malu betul, tak boleh kawin lagi - sure nanti husband makan megi tiap hari or maybe we'll figure out by using instant thingy. Kan macam dah banyak company semua keluarkan instant punya barang - nasi goreng instant, cuma kena tambah nasi, serbuk instant and garam - tada! Nasi goreng dah siap. Even asam pedas pun dah ada instant you know~ Rasa gembira bila pegi Giant tengok penyelamat ada merata-rata dengan harga yang sungguh berpatutan. Sekarang Knorr Pasti Sedap pun dah ada. So tak payah pening berapa kuantiti garam ajinamoto nak sumbat dalam makanan. Eh, nak letak berapa banyak serbuk pasti sedap pun i had no idea now. Kena figure it out nanti. Hehe. Ok, i memang lame! Tapi tapi, i pandai masak spaghetti you know! Tapi guna Prego lah! Haha. Memang instant thing amat berguna zaman ini. ;-p

Oh my, i cakap pasal masak memasak ke?


Tukar topik!


Semalam waktu tidur termimpi indah pasal lagu gembira. Ok, frankly speaking i tak suka Ke$ha sebab dia pernah kutuk Justin Bieber comel kesayangan i. Tapi sometimes lagu dia catchy - even tak catchy macam lagu Lady Gaga yang boleh buat i gembira each time dengan lagu baru Gagaloo. Heh. So yeah, currently i ter'suka' lagu Ke$ha yang ini - your love is my drug.


"What you've got boy is hard too find
Think about you all the time
I'm all strung up my heart is fried
I just cant get you off my mind"


So yeah, i got no one specifically in my mind time dengar lagu ini. Sebab at the end of the part of this song ada something like 'i like you beard'. So do i know someone with beard? Oh i know someone!

Kekasih gelap lama, Justin Timberlake.
♥ ♥ ♥



Ok bye!

11 May 2010

Waving Flag

I had no idea what to blog about. So, pegi browse through Bulu's Ixus then jumpa some photo yang rasa macam related to current life, so hey! Dapat update blog yeay, yea! And thanks to Najah sebab kasi i assignment on doing layout thingy - seriously, i got something to do. And and, mood miang nak tukat layout blog dapat dihentikan dulu sebab nak buat yours dulu. Btw, i miss you najnaj and mzyyh too! Bila nak triple date hah? ;-p


So the #1 photo, ambil siang tadi sebab teman adik lelaki 'hot' pegi betulkan IC. Thank God budak ini dah hebat drive so kakak boleh cam-whore kat tepi while dia jadi driver. Walaupun sometimes dia drive sumpah laju. Grrrr. Adik hot ini jugak telah belanja kakak gorgeous dia makan cendol tepi jalan which the last time buat gitu when i am in form 5. Bahahaha. Gila rindu zaman bercendol with the girls. Oh, tidak cam-whore dekat tepi jalan waktu makan cendol sebab takut orang menyampah. Heh heh.



Dah cakapkan, i cam-whore waktu adik 'hot' drive. So say hello to casing baru ZA compact powder i. Hehe. Biru sangat uncool bila masuk dalam handbag gadis - pink is more girlish. So okey, i'm using this now. Tengok, the casing pun macam cermin - seriously i loike! Cepat 17th, need the allowance! Oh daddy, i seriously love you. :)


Last photo. Ini time part time job babeh. Ini my babes - ignore lelaki penguin kat belakang. Dia bukan babes saya. Part time job untuk sua rasa sucks! Sebab firstly i kena pisah dengan gadis i and combine with the KL's b*tches. Which i dont really like them. Then Kak Zila suckers baget dia bagus gila pegi maki kiteorang like we're total bimbo. Okay-okay, i dont really need to amplify marah right now. Waste of time - be positive.

But then i got the chance to see Fizo Omar live which i really had the urge to run for him and hug him. Nasib baik kerja, haih haih. Dia sangatlah amat kacak. Mind me, i tak suka Fiz Fairuz. Heh~


Enough with the pictures. My current life is lifeless - i sleep at 2 and woke up at 2. Hoo. and each time i woke up dont expect me to be energetic, no i am not. I am fatigue! I just dont know how bf really do need the 12 hours sleep everyday! (-.-")

So tomorrow i need to be more useful by wake up early at least at 10 am and read the stupid novel - vampire diaries. Eh, bukan i dah beli this book like a year ago ke? Heh, tak habis baca lagi. Now i know - i cuma suka Sophie Kinsella sahaja, if writer lain memang lambat nak habis baca. (-.-")



And and and, this song is keep playing in my mind. Heh, blame the blue bears yang joget-joget lagu ni time sua rasa. Heee. Comel betul. Sila take note ini anthem untuk fifa 2010. Heee. What team will i shout for? Emmm. Havent yet decided. HAHA




Enjoy the song! Eh, everyday pun nak promote something from youtube. I ♥ holiday! Bercinta dengan youtube itu cool. ;-p