30 May 2010

Tips untuk menjadi kurus.

Ini bukan entry serious nak mati. Tapi more to dilemma budak kurus yang nak kongsi tips macam mana boleh kekal kurus dan skinny tapi tak aneroxia. Oh, i tak sampai pegi muntahkan semula apa yang i makan okeh - itu gila drastik. And eh, i tak pernah berusaha gigih untuk jadi kurus, mungkin nasib menyebelahi. Haha.


#1 Nak berkurus kena makan sikit. Tapi tetap kena maintain makan sarapan, tengahari, petang dan malam. Tapi agak-agaklah kuantiti makan, jangan amik untuk dua tiga orang. Lepas itu, nasi biar tak banyak, lauk amik banyak-banyak biar hati puas. Lagipun, laukkan lagi sedap dari nasi putih kosong. 

#2 Lepas itu, buah-buahan itu penting. Lagi-lagi bagi orang yang tak makan sayur macam i. Digalakkan makan buah, lagi-lagi pisang. Pisang bagus untuk cerna makanan dan pembuangan. Jadi tak adalah simpan dalam perut lama-lama. Buah betik pun sedap, tembikai. Haha. I suka buah tempatan amat-amat. Tapi orang nak diet jarang makan buah durian. HAHA

#3 Jogging. Bagi yang tak suka dengan badan sendiri rasa diri itu gemuk, kena rajin jogging. Jogging besides of buat jantung berdegup laju sambil cuci mata dekat taman, korang kasi peluh-peluh keluar. Peha yang korang rasa berlemak sebelum ini boleh jadi otot kalau tiap-tiap hari jogging 2 jam sehari. I admit, i suka lari. Kalau suruh i lari-lari petang, i boleh gembira je ikut. Tapi sebab i sayang lemak, dah jarang lari-lari petang.

#4 Even i ini kurus-kurus, kadang-kadang bila terlebih makan i boleh jadi buncit. Tetapi, kalau buncit bagi seorang skinny itu gila hodoh. Macam bumps at the wrong place pula. Huahua. Kena sit up darling, sit up! Sit up tak adalah first day dah terus nak seratus. Pelan-pelan. Hari pertama 10 then up up up. Macam mana britney yang 'gemuk' dulu boleh jadi hot semula? Dia sit up 1000 kali setiap hari. So britbrit boleh, kita pun boleh.

#5 Avoid amik ubat-ubatan. Avoid! Nak kurus lagi senang dari nak gemuk, trust me. Korang cuma perlu semangat jog bersenam kurang makan. Tapi bergemuk itu susah sebab makan-makan dan makan boleh sampai muntah. I pernah makan ubat nak bergemuk tapi end up with sakit gila sampai demam. Lepas itu kurus balik. And since that, memang ubat bukan 1st choice i, i redha je berkurus. Haha.

#6 Bersemangat. Bersemangat. Cari rakan-rakan untuk berkurus. Jangan buat sorang-sorang, jangan berkawan dengan orang yang kurus kuat makan. Nanti terpsycho. And, bila BMI dah cukup tak payah nak kurus lagi. Tak payah nak rasa peha besar, lengan besar segala. Heh. Kalau still rasa gitu, buat senaman khas untuk mencantikkan bahagian yang korang rasa 'tak cantik' itu. Tak payah senam berat-berat lagi.

#7 Beli seluar kegemaran satu saiz kecil so that nanti sebab seluar itu memang seluar kegemaran jadi bergigih untuk berkurus. Hoo. Orang kurus nak bergemuk tak payah beli seluar besar gedabak sebab belt masih boleh guna. ;-p


Hokey, dah habis kongsi tips. Selamat berusaha gigih untuk berkurus orang yang rasa diri dia gemuk! But tak payah nak bergigih diet, as long as sihat dah cukuplah kan. Lain la model Victoria Secret ataupun penyanyi pelakon, kecantikkan adalah aset. Aset i gadis biasa adalah untuk sihat bahagia gembira berduit sampai bila-bila. Jadi i sihat, bahagia, gembira, oh tapi masih belum pandai cipta duit sendiri. (-.-")


*Hari ni mentor tade lelaki bersuara perempuan lagi ke? ;-p
**Esok kerja. Kerja. Kena bangun pagi. Sebal. And, bapak dah bising suruh hantar resume. Pfft.

6 comments:

Yana Idris said...

thanks la diana! i suke tips2 u..hehe..coz i adelah orang gemok yg konon2 gigih nk berkurus tp tak gigih pon sebenarnye...hehe..

Yana Idris said...

diana,

u buat layout ni sendiri ke or ade amik dr mane2? cantek..i suke..leh ajar? hee...:D

Diana Naubi said...

i amik dr blogskins.com then i edit. hahaha. tp byk tade html die eg, follower mcm tak ley combine terus dgn blogger. so mcm tak best jugak. tp sbb simple mmg i bertabah nak hidup lama dgn layout ni. siap lebar panjang lg.

ehh, u ckp u gemuk? mane ade la sehhh!!! bmi u kalau tak lbh bukan gemuk ok. ishhh~

ShaNa said...

uish yana sy makin gemuk kembali.. dok umah de org jge..makin tembam...heheh
da keje ke yana???

mastura said...

yana...
kaloo lari nnt peha sakit sebab lemak kat peha nie mngamok2 tak nak kelua... huhuhu

Yana Idris said...

owh..u amik dr blogskins...dah lame i tak pkai html layout dr blogskins..asik gune xml je sbb senang nak edit..then,u dpt follower punye code ni,kat mane?


hampir2 BMI nk lebih..so,i nk consider gemok..haha...