21 May 2010

Penat gila

Bila penat kau rasa tak bermaya, bila penat kau rasa moody. Semua benda pun tak kena, semua benda pun salah. Kalau boleh kau malas nak jumpa orang lain, baik duduk dalam bilik sampai kau rasa kurang penat baru bersosial balik. Okey, aku penat hari ini lepas kena bangun awal, kena berjalan-jalan, kena keluar besosial, kena berbual-bual gelak-gelak cakap-cakap tengok orang. Mungkin aku dah terbiasa tak mengadap orang jadi bila termengadap rasa macam energetic terlebih so bila balik rumah rasa tak bermaya lagi. Penat gila sampai nak senyum pun tak larat. Ok, itu tipu - muka masam macam cuka tak seronok, jadi muka sekarang muka empty. 

Eh, life sekarang betul gila 'lame', aku jadi pencari harta karun dekat treasure isle, jadi sorority sister dekat sorority life, pemain poker tegar, kadang-kadang mood ada sikit tengok ikan kat akuarium - tapi sebab loading dia gila lama so dah jarang bukak, mesti da mati semua ikan. Lepas itu update belog, baca belog kegemaran. Semua life mesti ada kaitan dengan laptop. Eh, macam dah declare dengan laptop unofficial pula. Handphone pun dah tahap sedih pilu sebab dah jarang guna. And Ixus bulu dah terdiam dalam beg sebab tuan tak keluar rumah. Kesian.

Current page yang selalu melawat mestilah facebook. Angkat tangan siapa sini takde facebook! Ok, mind you tak pun kot. He he. But kadang-kadang, bila fikir, kita cuba assume facebook itu virus and siapa ada account facebook macam orang yang ada HIV. Hey, even me myself sehari tak buka facebook pun dah rasa my god, apa dah jadi kat facebook? So hegeh-hegeh juga penat bersosial tetap on laptop check facebook. Sebab semua rakan ada jadi macam get connected with facebook gitu. Now, i nak cabar diri sendiri, but i dont know bila i nak laksanakan cabaran hebat itu - nak delete account facebook for a month without sehari pun rasa regret atau rasa macam mana nak get connected dengan orang? Nak contact orang sila guna handphone - please lah diana kau macam dah lama gila tak call orang bual-bual. Paling koman pun kau sibuk wall-to-wall tak pun PM. Sila take note - Diana tak suka main message sebab mahal. Hoi satu message 15sen kalau call pun satu minit 15 sen. Cakap cepat senang tak payah type semua. And so far bil tak pernah naik ratus lagi  kalau naik pun sebab message banyak then regret rasa semak siapa suruh gatal message. 

*Iklan* 
Kau nampak rambut selekeh tapi thank god muka tak nampak oily sebab flash yang baik hati. Hehe.
Untuk kekasih yang tak dapat receive mms lepas rindu. Hot tak gf with black dark hair? Okey, enough.


Eh, penat pun kecah nak blog banyak-banyak. So life yang macam lifeless ini need to be end like right now. He. I mean, stop - i just need something else beside of the laptop. So life membaca say hello to the novel kena start semua starting from tomorrow.

Eh, moody dah hilanglah! Thanks blog yang jadi penyembuh lara. Dota telah merampas neutraliser saya, jadi bercurang dengan blog pula. Hehe. Tips untuk kurangkan moody - minum air banyak-banyak buat benda yang boleh gembirakan diri, mandi sejukkan badan dan sila avoid benda yang boleh buat diri naik hantu. Contoh, jangan main poker takut nanti kalah poker terbaling laptop. Pfft. Hoi enough - nak mandi esok ada aktiviti pagi kena bangun awal la. 



p.s: Orang yang ada my phone number, sila misscall i starting dari pukul 7.45am. Siapa misscall i kasi kasih sayang bila i free nanti. Kasih sayang bukan ajak korang bercurang, tapi mungkin belanja makan kalau rezeki lebih. Deal?

3 comments:

Anonymous said...

awak memang dah free hair balik eh sekarang? ruginya :(

Diana Naubi said...

no worries, trying to gain back the courage. wish me luck okey!

and tysm.

Anonymous said...

apa yg buat awak free hair balik?
too much of illuminati puppet monster; lady gaga?

baik. good luck! akan doa. amin :)