19 May 2010

Perempuan

Semua orang nak kecah pasal ustazah dan warden tu sekarang. Malu betul. ( _ _")

Okey, i tak nak judge ustazah. Tapi i nak judge perempuan sekarang ini. Kalau cakap-cakap benda ini dengan mak, mesti mak akan cakap, "Salah si perempuan". Tak kira macam mana mana pun lelaki yang goda perempuan, tapi perempuan ada hak kat diri mereka sendiri - jadi i agree dengan emak. Tanggungjawab perempuan untuk jaga maruah sangatlah amat berat.

Remaja kita suka-suki nak enjoy setiap minit hidup. Kadang-kadang ada tersalah langkah, lagi-lagi sebab cinta. Ramai perempuan jatuh sebab lelaki - kira kadang-kadang i suka assume lelaki manusia kejam. Ye lah, pernah korang dengar perempuan rogol lelaki yang tak rela dirogol? Paling koman pun perempuan goda lelaki sebab nak duit - tapi perempuan bukan pemaksa jadi tak adalah kes perempuan rogol lelaki kan. 

Kes buang anak sangat banyak jadi sekarang - means gejala seks sebelum kawin memang sepah-sepah. Tak nak malu, pegi buang anak, kesian budak itu. Tak kira lagi berapa banyak perempuan yang pernah gugurkan anak. Bila benda gini jadi masuk paper, mesti orang cakap,"Perempuan ini jahat betul sanggup buat gitu". Perempuan juga kena, mana lelaki tak bertanggungjawab tu lari, mana? Perempuan yang dah buntu mesti fikiran senteng, nak bagitahu parent surely takut parent marah, takut parent malu - cara akhir buang.

Jadi untuk perempuan, kita kena sayang diri sendiri dulu sebelum nak sibuk-sibuk sayang orang. Sayang diri sendiri itu kena include pandai jaga maruah diri selain dari avoid terbunuh diri bila putus cinta. Haha. Orangkan selalu cakap cinta itu buta - tapi buta itu tak payahlah sampai butakan fikiran. Kalau lelaki stock kaki pukul marah sikit pergi pukul, takkan nak buat calon suamikan. Nak berhidup dengan kaki pukul sampai mati, siapa tahan? Lepas itu lagi satu, lelaki stock kata, "Kalau sayang jom buat seks" - kena tinggal stock lelaki gitu, sebab lelaki yang senonoh takkan judge sayang dari seks - lelaki stock gitu miang tahap lupa hukum Allah, macam mana nak jadi nakhoda keluarga?

Untuk lelaki pula, kalau korang betul sayang, mesti korang sayang semuanya sampai sayangkan maruah perempuan korang. And, tunjuklah sikit korang bertanggungjawab bila dah buat perempuan bunting - kenapa kena letak semua dekat perempuan? Atau memang sebahagian lelaki tak ada hati stock rosakkan perempuan? 


Ok, stop it. Baik tengok Jangan Lupa Lirik sambil makan petang.


Bye!

3 comments:

Yana Idris said...

agreed!!

:)

Diana Naubi said...

heeeee. utk gadis yeay!

eyyy, i link u okey. ;-)

Yana Idris said...

okey.. :)

me too k...:D