30 May 2010

I wanna watch Toy Story 3


Yes yes yes! Nak tengok Toy Story 3. 

Masa zaman sekolah dulu, i tengok Toy Story 1 dan Toy Story 2 dekat CD sahaja sebab waktu anak-anak kecil mak tak kasi tengok movie dekat cinema. Tapi bila diwar-warkan Toy Story 3 bakal keluar, hati sangat amat terlalu gembira sebab bila dah lepas 21 tahun, mak dah kasi peluang tengok movie dekat cinema.Hati lagi tambah-tambah gembira kalau dapat tengok awal sebelum cinema lain tak keluar lagi, tapi tolong bukan i cita-cita nak beli CD cetak rompak bukan.

Jadi bila orang tanya siapa yang i nak pilih jadi permainan baru dalam toy story, bila dah tengok semua rasa nak semua sekali biar lagi banyak collection mainan Andy as "No toy gets left behind". So no, macam nak semua! Tak apa, pilih top three mungkin cukup. Pilihan hati i untuk jadi clan Toy Story adalah:

#3 Ken - Kalau gadis mesti nak pilih ada patung-patung jejaka macam Ken. Macam prince charming gitu. Percayalah, dengan kehadiran jejaka hot macam Ken mesti buat Woody dengan Buzz rasa tercabar dan itu akan menyebabkan cerita jadi interesting! Lagi pula Ken boleh menari kasi gembira kawan-kawan toy story. 




#2 Bookworm - Sebab semua dalam toy story suka bermain-bermain dan bermain, bookworm macam gila geek macam comel juga duduk dalam group bermain. Dan sebab i suka baca buku juga, Bookworm yang ada torchlight boleh jadi kawan baca buku sama bawah selimut. 


#1 Lots-O'-Huggin' Bear - Sebab i perempuan dan kegemaran mestilah teddy bear dan semua dalam Toy Story semua permainan lelaki, jadi bila watak bear mesti buat hati i triggers gembira. Kalau nak banding mainan soft toy yang kecil-kecil tak hug-able, kehadiran bear ini pasti menambahkan lagi kegembiraan Toy Story dalam mata i. Budak-budak mesti rasa gembira nak peluk-peluk bear ini buat tidur lagi-lagi bila bear itu bau wangi strawberry. So bring my LOTS-O'-HUGGIN' BEAR to the Toy Story 3!






*So, hey! Let me watch Toy Story 3. I am a big fan. Big fan like 23 years old girl want to watch Toy Story so badly. :D




Nuffnangers, jom try contest ini. Sebab i gila excited nak tengok Toy Story 3 paling awal, i memasukkan diri dalam contest ini. Nuffnang kasi free movie ticket kat 50 orang bertuah. So yeah,  more info pegi link ini okey! 

0 comments: