31 May 2010

Israel rampas 6 kapal konvoi hantar makanan ke Gaza

Tadi terdengar dekat berita pasal kapal yang konvoi hantar bekalan makanan pergi bantu orang dekat Gaza kena bombrampas dengan Israel. Oh tolong memang rasa marah yang teramat, macam gila kejam. Hoi tak cukup lagi ke pergi serang Palestin tu, orang nak pergi tolong dia pun kau nak pergi sibuk-sibuk serang apesal?

*Memang i tak dengar berita cuma diam-diam pergi Google cerita kejam terbaru orang Israel.

Isnin , 31/05/2010 -Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

sumber : HALUAN Palestin


So yeah, kesian. :(

Jom rakan-rakan Islam, doa banyak-banyak untuk orang yang dalam kapal kena rampas itu. And, keep updated dengan benda ini. Sebab i pun ingat macam Israel dah menyepi tak buli orang, rupanya masih bertanduk orang itu. So kenalah follow up tentang saudara Islam kitakan.

Eh, dah kena start boikot balik ke barang-barang diorang? Jom ramai-ramai tunggu poster-poster boikot keluar. Kita suka-suki makan-makan gembira-gembira kat sini, tapi orang sana nak makan pun susah siap tunggu kapal masuk bawa makanan tapi lepas itu kapal kena rampas. Ishhh. Then kita nak tahan sikit tak guna barang yang diboikot pun tak boleh. Haih. Haih. 

Betul abah cakap, kita selalu nak banding-banding dengan orang yang lebih kaya dari kita, lepas itu kita lupa nak banding-banding dengan orang susah. Orang kaya macam kimora & kardashian's tapi orang susah paling dekat pun pergilah tengok bersamamu TV3 tu sure korang nangis tak sanggup nak hidup susah gitu. Tapi itu pun diorang masih untung sebab bom tak terbang sana sini. So kita yang suka-suki baca belog ni, untung gila hidup senang at least tahu nak guna internet macam mana.

So now, marilah, mari-mari kita bersyukur dengan apa yang ada. Bila ada benda jadi baru I sibuk-sibuk nak muhasabah diri. Sebelum ini gila kecah cemburu dekat orang-orang kaya, nak pakai Blackberry, I-phone, rumah besar, bercuti sana-sini. 


Betul, kenapa i tak pernah nak bersyukur?

4 comments:

mastura said...

gud for u... :)

~ PiDOT ~ said...

where can i press like button ?
adakah ia rosak jugak ?

Diana Naubi said...

haihh. good for kesedaran, tp kasihan org gaza. (-.-")


uwaaaaaaaaa. pidot, makin teruk rosak phone yana. kene pegi giant umall esok betulkan. wuuuu. eh, like eh? nangis tak? HAHAHA.

mastura said...

yana....
org gaza memang ditakdirkan hidup cmtu.. kite dunia luar hye boleh membantu dr segi mcam tu... jgan riso, diorang tu bangsa yang kuat tau :)