16 May 2010

Hai cikgu

Entry petang sangat rare sebab selalunya kalau petang otak sendiri akan jadi tepu. Tapi sebab hari ini hari ahad yang aneh kerana abah berkerja jadi tak ada aktiviti gembira hujung minggu. Oh, hari juga suram bagai mahu hujan - sebal. Eh. Hari ini hari guru!

Ingat lagi waktu sekolah rendah dulu, cikgu tanya, "Diana dah besar nanti awak nak kerja apa?" Dan saya kena jawab tiap-tiap tahun, cikgu rekod dalam borang murid. Dari kecil otak saya mungkin senteng - tengok TV banyak sangat sampai tiap kali cikgu tanya pasal cita-cita mesti jawab, "Saya nak jadi polis cikgu." Mesti kecik-kecik dulu saya fikir jadi polis dah cukup macho, ada uniform lepas tu boleh tolong orang. Tapi cikgu, cita-cita dulu mungkin tak tercapai - sebab mungkin, mungkin saya bakal jadi jurutera. Mungkin, kalau ada rezeki.

Lepas itu, waktu sekolah rendah saya sangatlah amat pendiam, pemalu, paling lemah tidak complain walau kena buli. Tapi ada satu cikgu garang telah ajar saya untuk jadi berani. Paling kurang pun belajar untuk bersuara. Lepas dua tahun cikgu kesayangan it jadi guru kelas - mari cakap hello kat Diana version baru - Diana yang bakal masuk sekolah menengah. Terima kasih cikgu kesayangan masa sekolah rendah, Cikgu Mariani. Tahun ini saya datang beraya rumah cikgu lagi okey. 

Masuk sekolah menengah, mula-mula memang saya macam L sikit. Kawan tak ramai duduk pun meja depan. Life sebagai manusia pandai berbual mula waktu tingkatan 4. Semua cikgu pun kenal sebab saya suka menyinggah pegi bilik guru. Paling tak lupa, ada satu time tu saya ponteng kelas. Lepas tu, ustazah Norihan tangkap dan hantar saya pergi jumpa guru disiplin - nasib baik saya baik dengan cikgu disiplin jadi masa tu tak kena rotan ustaz Ghaffar kot. Haha. Rindu betul zaman sekolah.

Mungkin bagi orang yang dah lepas zaman sekolah, tak rasa lagi gembira nak celebrate hari guru. Tak ada lagi sibuk-sibuk nak beli bunga tak pun present untuk cikgu kesayangan. Tapi, tanpa guru-guru sekolah yang selalu cakap - belajar elok-elok, tak pun masih gigih nak ajar walaupun semua budak pun tak nak dengar cakap mesti tak dapat saya nak jejak kaki belajar kat U. Terima kasih cikgu sekolah, saya rindu perasaan celebrate hari guru - cuti belajar satu hari tengok orang menyanyi. :)


Eh mana album sekolah?



Selamat Hari Guru!

0 comments: