29 August 2010

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Atau mungkin bagi kes I, "kerana nila bertitik-titik, rosak susu sebelanga"


Ceritanya begini, dulu mak saya memberi sepenuh kebebasan untuk saya hang out dengan sesiapa asalkan dia tahu dengan siapa saya hang out dengan dan kena balik mengikut curfew serta dia kena tahu arah tujuan saya. Tetapi sejak kecoh satu Malaysia kes buang anak seperti kes buang anak kucing, trust mak saya terhadap saya semakin berkurang. Dan saya rasa sangat menyampah dengan nila-nila sekalian. Sebab awak saya dah susah nak minta permission pergi berdating!


Ok fine, gejala sosial makin teruk sekarang. Even budak ipt pun tak terlepas dari gejala begini. Tapi kenapa bagi kami-kami yang tidak bersalah pun terkena kesan? Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan payung sebelum hujan. Tetapi kadang-kadang saya rasa macam mangsa keadaan.
(-.-")


Yess, I memang long distance relationship. Dan, its been a month tak jumpa dia. I was planning untuk jumpa dia kat KL as I pun nak buy few things - shop raya sikit there. But mak kind of 'bising' as like I'm going to check in some hotel and make love with him. Hoho. Ini ayat tengah marah dekat nila bertitik-titik itu. Korang jumpa tiap-tiap hari buat benda korang rasa 'sedap' then menyusahkan I at the very end! I nak pegi jumpa boyfriend pun dah macam nak jumpa perogol bersiri tahu tak?


Even time boyfriend ada sini pun, kalau dia ajak keluar memang mak pesan bergelen-gelen sebelum keluar and tengah keluar pun dapat message peringatan lagi siap suruh balik cepat padahal baru 2 jam keluar. It was that bad tahu! And I felt annoyed! I siap dalam diam dah bertekad, in case jumpa dengan nila-nila ni memang I akan membebel non-stop bising.


Sampai sekarang pun ada kes buang anak. Tak kira lagi yang choose untuk kawin lepas bunting. Kes perempuan masuk pusat pemulihan. Eh, kalau kira kes-kes gini, mungkin boleh buat sekolah untuk budak-budak yang bakal lahir tu. So that diorang tak payah face budak-budak normal yang lain yang mungkin akan bakal tanya "kenapa bin/binti awak tak sama macam saya?"
Kesian kan?


Dah, I dah puas membebel.


Terima kasih nila, sebab awak saya rasa disayangi lebih sebab mak saya risau pasal saya. Tapi betul, awak menyusahkan saya kadang-kadang. Pffft.

5 comments:

Ari said...

The same thing happened to me. My mom doesn't allowed me to go out, even jumpa girlfriends. Huh.

Orang lain buat hal, kita juga dapat tempiasnya. :(

~ PiDOT ~ said...

mak kamu bagus !!
nk dating ajak mak skali....

Sophie Al-yahya said...

kalau nila setitik rosak susu sebelanga tahan lagi. Tapi sekarang nila setitik rosak susu setong/setangki.

mmg kena sabar bila mak tak bg keluar.so kene bawak bf jumpe mak laa.hihi..mungin mak lebih percaya.. ;)

rapunzel cikilolo said...

dugaan waktu bercinta... tu tandenye kena cepat buat majlis... hehehe

Diana Naubi said...

Kan ari, sangat annoying padahal kita tak buat apa pun. i duduk rumah nak keluar rumah pun susah.

heh pidot. kalau bawak mak yana mmg tade org nak date dgn yana sehh.

itulah sophie, i dah stress. fyi, mak i pernah jumpa bf i and if na keluar pun siap minta permission - but still msg menjelma every hour. RISAU gila mak i. (-.-")

hahaha. mas, if rezeki mencurah senang kumpul duit sure dah kawin esok. but, nak kumpul duit SUSAH!