10 March 2011

First of all, entry ini I ambil dari Terfaktab which the writer is penulis.sahaja. Entry ini macam sedikit psycho tapi, macam buat I tersentak kejap. Then berfikir panjang. So, read this first. 


Ada satu kelompok siswa dan siswi sedang melakukan kelas tambahan di fakulti mereka. Ada yang dah kahwin. Bekerja. Ada yang siang bekerja, malam belajar. Ada yang siang malam belajar. Ada yang siang melangut, malam belajar.

Kelas hampir tamat. Jadi pensyarah tu pun berkemas-kemas.

"Apa kata harini kita main satu permainan sebelum pulang? Permainan minda, jiwa." menusuk kalbu juga pensyarah ni. Permainan jiwa tu. Ramai juga perlajar dia dah fikir bukan-bukan. Lu'olls jangan ingat gua nak tulis cerpen lucah pula sini. Positif sikit otak tu.

"Saya nak seorang pelajar saya datang ke depan membantu saya. Boleh? Kalau boleh yang dah berkahwin."

Ada seorang lelaki ni dah tepu agaknya. Dia angkat tangan selaju mungkin. Dia malas nak bermain permainan tu. Dia agak dia ke depan untuk menulis markah di papan putih ala-ala kuiz sekolah menengah agaknya. Mungkin kuiz untuk budak-budak bujang, dan dia fikir tak layak nak bermain kuiz itu agaknya.

"Nah, ambil marker pen ni. Tulis no 1 hingga 10."

Pelajar itu pun tulislah no 1 hingga no 10. Mungkin ada 10 soalan dalam benak pelajar itu berkata.

"Sekarang, kamu tulis 10 nama orang yang paling dekat dengan kamu."

Okay. Rupa-rupanya dia yang kena main permainan tu. Tercelaka jugalah dia. Jadi dia mulalah tulis nama di papan putih itu. Dari anak, isteri, ahli keluarga, sehingga ke jiran sebelah rumahnya yang selalu bagi dia dan isterinya kuih muih untuk di tukar.

"Sekarang, saya mahu awak potong 2 nama yang tak berapa penting bagi kamu."

Jadi, pelajar itu pun potong lah nama yang dia rasa tak berapa penting. Jiran tetangga.

"Potong lagi 2 nama."

Dia pun potonglah nama teman sekerjanya.

"Hurm, apa kata buang lagi 2 nama yang tak berapa penting."

Pelajar tu tengok muka pensyarah tu dengan muka bingung. Dia potong nama teman-teman baiknya. Dan sekarang yang tinggal hanya dua orang ibu bapanya, isterinya dan anaknya.

"Apa kata buang lagi 2 nama?"

Pelajar tu bingung. Kusut.

"Permainan apa ni tuan?"

"Buat sahaja."

Kelas yang mulanya bising kerana menyangkan akan ada permainan yang menyeronokkan mula senyap. Ada beberapa pelajar perempuan yang muka risau. Gua pun tak paham. Bukannya dia yang main.

Pelajar itu tunduk ke bawah. Kemudian ke atas, dan perlahan-lahan memotong nama ibu bapanya.

Ramai yang terkejut dengan keputusan itu. Dah macam main Who Wants To Be A Millionaire dah dia punya cuak. Pelajar itu menarik nafas panjang-panjang. Dalam hati berdoa agar permainan itu tamat serta merta. Yang tinggal nama isterinya dan anaknya.

"Baiklah. Kamu buat dengan baik sekali. Syabas."

Pelajar tadi menarik nafas lega. Berakhir sudah.

"Jadi apa makna semua ni tuan?"

"Hurm. Apa kata kamu potong lagi satu nama."

Kelas mula bising kembali dengan bunyi bisikan-bisikan. Dah macam bisikan apa dah.

"Tuan?" pelajar tu berkata. Pensyarah tu senyum lalu memberi isyarat untuk pelajar itu potong sahaja satu nama. Agaknya nama siapa yang dia potong? Anaknya? Isterinya?

Pelajar itu memotong nama anaknya. Lalu terus bergenang matanya. Dia tertuduk. Pensyarah tadi datang dan menenangkan pelajar itu.

"Ini hanya permainan." katanya sambil menenangkan pelajar itu.

Setelah keadaan kembali normal. Pensyarah tu bertanya kepada pelajar tadi,

"Kenapa bukan orang tua kamu yang penting? Dia menjaga kamu sejak kecil? Makan, minum. Tempat tinggal? Duit poket. Hantar kamu belajar. Dan kenapa pula tidak anak kamu? Itu kan darah daging kamu? Isteri? Boleh di cari lagi kan?" tanya pensyarah tu.

Gua syak, saiko habis pensyarah ni.

"Dalam masa yang singkat. Saya berfikir. Antara beberapa orang yang terpenting dalam hidup saya, saya perlu buat keputusan. Masa berputar pantas. Sampai satu masa, ibu bapa tak mampu teman saya untuk satu jangka masa. Mereka menjadi lebih tua jika saya tua. Mereka akan pergi juga. Dan semasa saya menjadi tua, anak juga semakin membesar. Membina hidup sendiri bersama keluarga mereka. Dan saya fikir yang mampu tinggal bersama saya, faham saya, teman mengharungi hiruk pikuk noda dunia sementara ini, ialah isteri saya. Dia lah peneman hidup seperti Adam dan Hawa di buang dari syurga ke bumi."


Mungkin, I macam lambat jumpa entry ini which - sumpah apesal I tak pernah terblog-walk kat blog sempoi ini apesal? Lagi-lagi penulis.sahaja. sungguh aku kagum dengan entri selamba badak dia. Terkagum kejap.


Cakap pasal yang di-quotekan itu semula, kalau I yang diberi soalan cepu emas begitu. Sumpah, I pengsan depan kelas sebab tak tahu nak jawab apa - dahlah tak kahwin lagi. Kalau dah kahwin pun, si suami boleh kahwin empat - kuat ke I bertabah bersabar dimadukan?


Tapikan, lepas berkahwin, kan syurga si perempuan terletak kat bawah tapak kaki suami. Apa-apa pun si isteri tetap kena patuh dekat suami. Taat. Tapi lama lagi bhaiii I nak kawin. Sekarang I nak spend sepenuh masa dengan family, kawan-kawan dulu atau yang lebih penting, diri sendiri. Cari identiti. Pfffffttt.



Oh, tadi baca entry Liyanaa pasal berbual berduaan di alam siber sama seperti berkhalwat. Mengucap panjang gelabah. Memang I suka gelabah. Sungguh, I ini sangat naif dan perlu masuk kelas fardhu ain semula. (T.T) Macam mana, I selalu chat dengan kawan sekolah lama, bbm dengan kawan UTM lama - tapi semua pun bodoh-bodoh punya - tak adalah "I sayang u - u sayang I kan marilah kita kawin pergi tinggalkan gf u." Blerghh.


And so far, hobi I sekarang, BBM dengan adik perempuan dan twitter. Atau mungkin akan ignore phone main Angry Bird kat Ipod. Haha. Atau bermalas kat bilik tengok movie dan tidur. 




p.s: Ok fine, I makin takde life sekarang. Kerja, balik kat bilik, tidur - and repeat sampai bila-bila. Pathetic.

1 comments:

Mikah said...

hmmm.. life must go on..
Gunakan masa yg ade sebaik2nya..
don't waste it..