09 March 2011

Selipar oh Diana

Semalam lepas sehari I bergigih bertabah tahan 2 penyakit harung kerja, balik kerja dalam keadaan mamai I pergi klinik. Sebab I benci demam yang melibatkan kekejangan otot perlu jumpa doktor. Mujur doktor tu macam faham lepas dia tau I kerja kadang-kadang pergi site, dia kasi MC suruh rehat. Hihi. Dah la kacak, cakap mulut gula-gula, then memahami - doktor yang sungguh bagus! :D


Bukan itu I nak cerita.


So, time I sampai dekat klinik tu, kena bukak selipar and pakai selipar klinik. Memang klinik ni baru renovate, cantik ala-ala kat taman gitu. Sebab tak ramai orang memang I terus dapat masuk jumpa doktor. Bila dah siap-siap semua I terus bergegas nak balik. Pening gila otak bergegar minta tidur. Time jalan balik as pergi klinik belakang rumah yang kena seberang jalan beberapa ketul itu, I macam perasan orang ada pandang I atas bawah. Mungkin sebab muka orang berpenyakit boleh attract orang nak tengok I lebih mungkin. Pedulikan.


Tapi, bila sampai rumah bila nak buka selipar, my gosh, selipar klinikk!!! PENGSAN. Dah la kaler purple which time tu I pakai baju kerja kaler coklat gelap - can u see the different? Sure orang tengok selipar tu sebab kaler dia striking, sure dalam hati diorang kata I kurang betul or maybe lack of fashion sense. (T.T)


Dah la selipar tu ada tulis besar-besar KLINIK PERLING. 




Patutlah time kena bukak selipar hati dah rasa kurang enak. Patutlah time tunggu dapat ubat I pandang sayu selipar sendiri doa dalam hati semoga tak lupa. Patutlah orang tengok sampai ke kaki. Patutlah, patutlah. 


Nak suruh I harung balik jalan seberang memang tidaklah. Jadi selipar itu masih bertenggek kat bawah, jangan dia gadai selipar cabuk I sudah. Nak pergi kerja pakai apa lepas ni? 


Anyway, demam dah getting better I guess, tak tau la kalau dia datang time malam. Haih. But seriously tengah ada mood nak jogging even mulut rasa ubat, euww. Serious rindu nak rasa berpeluh, main futsal basketball lari-lari. Now I miss UTM even more. (_ _")





p.s: Time I nak balik, wife doktor tu datang dengan 2 anak kecil comel. Then dia suruh husband dia balik sebab turn dia pulak jadi doktor. Gila sweet kot, both doktor own a private clinic have 2 cute childrens - perfect!

2 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

two engineers kawen boleh tukar shift tak keje? huhuhu

Diana Naubi said...

TAK BOLEH. Even ada 3 engineer kat office yana pun kelam kabut je semua benda. hehehe. entah-entah siap bawak balik drawing kat rumah buat sama-sama. HEHE