12 January 2013

Cakap vs Buat

Sebab cakap mudah kalau dibandingkan dengan buat.


Sebab kena faham konsep, fikir dulu sebelum cakap. Ramai pesan, belajar rajin-rajin sebab setahun je sambung Master ni, main-main tolak tepi jauh-jauh, fokus jangan main. Tapi, percaya tak, nak dapatkan sehari atau mungkin 8 jam berkesan tanpa main main adalah payah. 

Terdistract kena panggil makan,
terdistract tengok instagram (padahal dah beriya deactivate twitter dengan facebook)
terdistract bual bual dengan adik macam 3 minggu tak jumpa je cerita
terdistract tengok HIMYM which ada lagi 2 season lagi belum tengok
terdistract tengok Running Man lepas tu gelak bagai orang gila habis ilmu belajar
terdistract dengan katil empuk lepas tu tertidur berjam jam

terbaru

terdistract tengok jejaka kacak nyanyi bahasa Korea. 
Tak paham tak apa, asalkan nampak muka, tersengih-sengih tengok laptop sorang-sorang. Tak kira lagi head banging bila lagu rancak. Tak kira lagi meleleh leleh hati bila tarian, expression muka jejaka kacak itu sungguh sungguh sungguh menggoda. Bila tengok jam dah 3 jam dibazirkan. Dah puluh puluh video TERtengok, siap persembahan live pun satu satu kaji muka si jejaka tu. HABIS.


Tak sedar diri, ada 2 paper paling susah, paling tak paham, paling dirasakan jauh nak gapai A menunggu. Sungguh mudahnya terpengaruh. Sungguh susahnya nak dapai belajar rajin rajin.


Kejap, bila orang cakap rajin. Apa makna rajin untuk diorang? Belajar 14 jam sehari tanpa buat benda benda lain selain benda perlu buat? Ataupun belajar secara bijak dengan pandai bodek pensyarah, beriya mintak tips exam lepas tu cuma belajar untuk dapat A sahaja. Ataupun ataupun, belajar secara ikhlas dengan faham setiap yang diajar, ikhlas belajar, tapi tak kisah sangat apa result yang dapat diakhir semester?


Mungkin lepas ni kalau ada orang nasihat suruh belajar rajin rajin akan diajukan soalan ini. Biar lagi specific apa yang diorang nak dari I. Susah. Susah sebenarnya nak jadikan diri sendiri ini dalam expectation orang lain. Lagi lagi bila scope dia besar, lagi susah. Beriya kononnya tak payah keluar sepanjang musim peperiksaan, padahal kat rumah bukan I mengadap buku pun. Paling tabah I bergelumang dengan selimut tengah hari tanpa kipas. Tabah betul tidur berpanas. Tak kira tabah bersengkang mata tengok video jejaka kacak sampai Subuh lagi. Tabah betul waktu musim peperiksaan. Tabah hati, tabah perangai.


Oh, moral. Nak buat lagi susah daripada cakap. Serious. Senang je nak cakap masak sup ayam. Ambil ayam yang dipotong kecil. Bawang besar sebiji, bawang puting sebiji, halia sedikit. Campak, tumis. Masuk ayam, tumis lagi. Tambah air, letak stok ayam. Campak sayur. Tadaaa, siap. Tapi bila buat, cuci ayam, potong ayam, potong bawang, tumbuk, itu ini itu ini lepas tu baru siap. Senang lagi cakap dari buat. Nampak?


I am not complaining. But sometimes, it is tiring when someone do expect too much from me. I have my hardships which I don't think others would know. When I easily get distracted - it is not something I proud of, I hated myself for wasting my time but sometimes I just can't help it. Well, I know this feeling can't be shared, but by giving me support and giving me unstoppable motivation might help. Rather than asking me to do my best, achieve the best - what best are you expecting anyway?


But then, I am grateful to have the importunity to further my Master. I can't ask more from Allah swt nor my parent. They have given me so much that I never actually be one good servant nor a good daughter. ;'-(
& to have my sister being in the same ship as me which Master is no kidding. We shared things and talk. She is one good listener since we know how to communicate. I am blessed. 


So, it is okay to expect. But don't be too hard on people. Sebabnya stress tu something yang tak boleh tengok guna mata. Bukan macam kudis. Depression is not an easy thing especially when it affected the heart.


Sekian.


p.s: Jejaka instead of lelaki sebab they are perfect dalam dunia hiburan. Ehem. 
p.p.s: Dua paper next weekend. I repeat, WEEKEND. ;'-)

0 comments: