21 July 2011

Hulk Diana

Tadi, I keluar makan cendol dengan gadis ofis I. And malangnya tak ada meja kosong yang totally kosong untuk duduk sampai kiteorang terpaksa share meja dengan tiga lelaki lain. I malas nak ambil port sangat sebab apa ada hal bukan buat apa pun duduk makan cendol habiskan cepat balik. Time makan surelah the girls akan borak-borak, gila apa senyap sepanjang makan. Then laki-laki tu dok sibuk nak mencelah - mengajuk kiteorang bercakap. Ya Allah sabar je lah. Dah la cuaca panas tengah sedap berborak orang kacau. Mulalah dalam hati naik mengelegak. Sampai satu point dia menyampuk lagi - I toleh kat diorang jerit, " Jangan bising boleh tak?"


Tangan dah mengigil tahan marah. Sure muka I dah tukar hijau time tu kalau I ni ada genetik Hulk. Lepas marah I senyap sambung makan. Tapi terdengar diorang cakap, marah orang tua dia tu. I felt briefly guilty. But then why on earth at the first place dia sibuk-sibuk menyampuk orang cakap? Mana manners diorang? Kalau pun nak beramah mesra ke apa ke - tak ada better way ke? Rude gila. Lame ass. And my friends ni pun dah senyap tak cerita sangat. Awkward moment untuk beberapa minit. Memang I pun memang langsung tak toleh memana la kan. 


Time balik a friend of mine ni cakap kena belajar dari I macam mana nak marah gitu. I was like - when is the last time I dare to be like that? Melepaskan apa yang I rasa tanpa mempedulikan orang lain. Tapi seriously I rasa way relieved lepas marah cuma kena bertahan dengan awkward moment tu je la kot.
Teringat balik time sekolah menengah. Time tu ada sorang mamat ni time I nak naik tangga balik kelas dia boleh tahan I kat tangga. Dah la time tu I gila kecil and dia gila besar and sumpah I rasa tak selesa. Bila I nak ke kanan dia halang belah kanan bila nak ke kiri dia halang belah kiri. That thing is going on for minutes and I had lost my sanity/patient segala terus tangan I lancar tumbuk perut dia and I ran to my class. Tapi up till now I wish nak repeat that moment tapi I nak tumbuk kuat-kuat dada dia - seriously he is so annoying!


Kenapa eh segelintir lelaki boleh jadi sangat annoying sampai macam tu? 


I am not a serious person - sumpah I suka bergembira jadi sengal alam. I kalau boleh tiap saat pun nak meriah enjoy-enjoy segala. Tapi nowadays I had become the other me - gila bhai I punya stress cannot tahan macam ada migraine tiap petang, then malam kemurungan. Tak ada dah Diana periang light headed zaman kat UTM dulu. 


Rindu UTM, rindu kawan-kawan ramai tiap-tiap kali down diorang pasti ada. Rindu ponteng kelas. Rindu tengok bola kat kafe UTM ramai-ramai. Rindu balai cerap. Rindu main kad. Rindu makan steambot. Rindu mengumpat dalam bilik. Rindu karoke sambil buat assignment. Rindu semualah!




p.s: Menyesal tak terima offer abah nak belanja sambung master dulu. ;(

5 comments:

Alkisah said...

laki laki tu masuk air la tue, jenis suka kacau budak perempuan

Tyra Vader said...

Some guys are just faggots and brainless . But not all of them .

Diana Naubi said...

Alkisah, tapi tu la kan, show some respect. orang tgh cakap. takde gaya lelaki malaya macho pun. tskk

Tyra Vader, yes some of them. But i think the numbers are growing. Manners dah kurang.

wanie said...

i pon rase i dah berubah jadi org len?? kenapa ek? siyesly benci gile bcoz i love the old me! happy 24/7 person!

Diana Naubi said...

maybe sebab kita makin tua kot wanie. so tanggungjawab banyak buat kite jadi less happy.