23 September 2011

Tawau with girlfriends

Assalammualaikum.


Last week I pergi Tawau. After almost sehari stuck kat LCCT dengan few friends, I berjaya sampai Tawau. Percayalah, I macam nak cancel trip je sebab stress flight yang awal-awal delay lepas tu cancel. Memang sehari I terkuntang kanting kat LCCT. Suppose terbang 1825 Rabu tapi jadi 1825 Khamis. Mujur tak miss nikah kakak kesayangan I yang tu. Rugi-rugi. But then macam pengalaman la kan kena gini. Tolonglah next trip I tak delay cancel begini - tak sanggup!


Meet, Cik Lin and Cik Anis. We're so called engineers yang serious macam nak sambung master phd sebab malas nak kerja. Heuheu. Ni sebelum kami tahu yang flight bakal cancel. Muka bahagia dapat gather. 



Cute baby yang duduk sebelah I time nak pergi. Adorable gila okey budak ni! Tak nangis, suka senyum and ketawa, Hadoi la macam nak kidnap masuk dalam beg. 



Akhirnya safely arrived Tawau. Percayalah each time I ada chance keluar kepala dari kereta I akan cakap, "Hello Tawau" And Tawau seperti sudah tidur pukul 8 malam. Semua kedai dah tutup tak nampak orang lagi. 



Tu dia pengantin kita. She used to be paling brutal among us. Tapi paling cepat kawin. Haha. Dia ni garang, time I selalu ponteng kelas - confirm dia datang bilik tarik selimut I, membebel marah kasi nasihat. Then sebelum pergi kelas dengar suara dia jerit, "YANAAA!!" 


Another bestfriend yang selalu support I time I meroyan kat UTM dulu, Yanti. Ingat lagi time study week dipaksa study oleh mereka. Duduk buat past year paper sambil makan sambil dengar lagu sambil gelak. I miss those time. Kalau korang nak tengok I manja gila, letak diorang kat sebelah I, sure jadi jelly. Hehe



Ni team lesbian I. Selalu sahaja berkumpul, berpeluk, bergomol. Main kad, main futsal, karaoke. Si ketua mestilah yang paling brutal - kejap lagi dia kawin dulu. 



Seriously I jeles dengan pengantin lelaki sebab dapat pengantin perempuan. But then congrats to both of you. Semoga ke anak cucu. Dari first year hadap kisah cinta korang - glad to see you both together. Korang memang tak dapat dipisahkan. Hehe



Thank you cik hair stylist. ♥ Meet, Caya. Dia kidnap I banyak kali time jalan-jalan Tawau sampai masuk ceruk lorong. Ini gadis brutal nombor 2. Lain kelas tapi kami selalu bersama. Naik motor dengan dia memang sumpah seram tapi best - rempitsss.



Wedding orang Bugis adalah dari 9 pagi ke 9 malam. Akhirnya, kami meminta, Shah dan abangnya untuk mengkidnap kami berjalan-jalan sekitar Tawau. Introducing, abang Shah which sama pemalu dengan coursemate I yang nama dia shah. Dipaksa untuk mengambil gambar kami, cuma ini aja yang I pergi ambil gambar dengan dia. He's taken, harap maklum. Kantoi video call girlfriend time bawa kitaorang jalan-jalan. Heuheu.



Kami dibawa ke Taman Bukit Tawau yang terletak 15 minit dari bandar Tawau. Kat sini berkeliaran monyet-monyet bergurau senda. Ada air terjun yang airnya tenang dibawah, tapi bahagian atas ditutup sebab bahaya. Tempatnya sungguh nyaman sekali sebab dengar kicauan burung. Dan kawasan kat sini sangat bersih, siap ada ramai tukang sapu membersihkan kawasan time kiterang nak balik. Sungguh bersih. Kagum!





The girlfriends! Semua coursemates, we're attached. Time bersama rasa muda je, memang lupa stress kerja, macam feel student ada lagi. Feel vacation ramai-ramai macam zaman belajar dulu. Semua pun dengan perangai masing-masing - tak berubah. Memang turn kiterang kawin long way to go - semua kurengg matang lagi. Heuheu.


Ni kesayangan I. Dia suka panggil I kental sebab I suka keluar statement bertabah. Padahal, I lah sebenarnya paling fragile dulu. But as I getting older, I ajar diri I jadi ego. Atau mungkin jadi heartless bermuka poker. So I selalu suruh dia jadi macam I. Kiterang pun sama-sama underweight yang bergigih nak gain weight. Tapi sepertinya tak berjaya lagi. Tskk.



Next, kiterang pergi tepi pantai. Which time I sampai pemandangan dia buat I rasa nak tunggu sunset. Sampai kena tinggal dengan abang Shah sebab terlalu teruja melihat sekitar. Bot bot, awan, laut, rumput - semua mengujakan. Mujur I bukan photographer tegar. ;p




Then petangnya kami habiskan masa di kedai Shah makan makanan - udang udang enak, murtabak ect ect. And the only moment yang korang boleh tengok kami diam adalah time makan. Letak makanan depan mata, semua senyap. Thanks kat mummy Shah yang selalu jemput kiterang makan kat tempat dia. Dan beri layanan macam kami anak-anak dia. Siap teman beli amplang beli beg semua. Insya Allah Shah kawin kami datang tolong kat rumah berlagak seperti anak-anak perempuan mummy hokey. ;') *sungguh perasan*



Again, nak mengucapkan tahniah kepada kedua pasangan ini. Sebab korang kawin, we had the opportunity untuk gather semula. Nanti dah dapat anak sila bagitau kiterang. Sorry tak dapat hadirkan diri majlis 15th October. Nak pergi so badly tapi tak sempat rasanya. Semoga ke anak cucu dan ke akhirat sana nanti ok favourite couple I ni. ♥


Thanks Eacha for your last advise time kita manja-manja baring kat awak. You should know how much I do love you and trust you. Nasihat awak tu macam kata-kata kakak pesan kat adik. Nak nangis but you know I am tough enough kan? Thanks again. I kawin sila datang dengan anak comel. :D



p.s: Adik beradik Shah semua lelaki, pasal tu mummy dia teruja kot ramai gadis menyinggah siap tolong basuh pinggan kemas dapur. 

p.p.s: Another must go wedding yang jauh adalah dekat Serawak, Yat's darling. Cepatlah sampai jodoh kesayangan I yang tu. ♥

0 comments: