27 May 2011

Hey Jodohku

Assalammualaikum.

I pergi blog-walk tadi and I stop by at this famous blog, Edriena Hazelina. And her recent entry sangat amat menarik perhatian. So I am taken this from her blog. Untuk bakal jodohku kalau ditakdikan engkau jodohku. Sungguh, kalau fikir pasal benda gini, macam nak pergi masa depan tengok siapa bakal suami I, on spot cari dia so that tak ada rasa takut rasa putus cinta lagi. Bhaha. Kawin. (Sungguh, gatal)


Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..



Ehem. Tayah la I nak rasa bahagia sangat macam dah ada calon jodoh yang sah. Bhahaha.


Few days ni I tertengok cerita Nora Elena kat TV3. I memang bukan a TV person, cuma tengok Chinta sebelum ni sebab jatuh cinta kat Amar and now I macam tersuka watak Seth Tan (Aaron Aziz). Sure ramai pun drooling over his character. Gila sweet kot! Paling kegemaran I bila dia dah nak kawin willing sangat nak belajar agama. Oh my oh my. Since that I terus jatuh cinta dengan watak dia. Sure bersepah lagi yang suka Seth tu. Pelah-pelan I tengok Nora Elena kat tonton.com.my, and bila tengok starting cerita makin-makin-makin suka dekat Seth. Pfffft. Lepas ni kalau pukul 6 I dah hilang dari office semua sebab nak tengok cite ni live kat TV.




p.s: I memang suka gila watak lelaki gula-gula. Lagi-lagi Korean guy sebab diorang LAGI LAAA gula-gula. Hehe.

3 comments:

Syamira Ismail said...

like it a lot! i copy and paste ehh ? :D hee

AnneAnne said...

sila-sila. not mine anyway, taken from edriena which dia amik dari iluvislam. :D

mistaqayyum said...

i like dat story too.. <3 balik keje awal semate mate nk tgk cte tu gak.. kalau terlepas i akan g kat tonton.com.my