04 December 2009

Apa itu?

Saya ingat saya boleh cinta awak dengan hanya lihat wajah kacak awak, tapi saya silap.

Kemudian saya ingat saya boleh cinta awak dengan hanya ayat manis gula-gula awak, tapi saya silap lagi.

Kali ini saya yakin yang saya boleh cinta awak bila tiap masa saya dengan awak, tapi ternyata saya silap lagi.

Masih tak puas hati, macam mana saya nak cinta awak?

Jadi tiap-tiap hari saya cuba faham awak. Kenal awak. Sebab saya nak tahu apa itu cinta.
Orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi baik saya kenal awak.

Kemudian saya mula perasan.
Awak suka kanak-kanak, sama macam saya.
Awak suka lagu Indonesia, sama macam saya.
Awak suka makan kicap, sama macam saya.
Awak suka itu, awak suka ini, saya suka itu, saya suka ini.
Kita banyak persamaan.

Jadi saya mula selesa bila dengan awak.
Kita kawan baik, ketawa sama, cerita sedih sama, merepek sama.
Saya gembira dengan awak dan saya tahu awak pun gembira dengan saya, tapi saya tak perasan apa-apa.
Mungkin saya dah lupa sebenarnya saya tengah nak cari cinta.
Tahu-tahu mereka kata saya tengah bercinta.
Eh ye ke, saya tak tahu pula.

Esok, lusa, tulat, hari seterusnya.
Saya perasan sesuatu, ada juga perbezaan.
Awak mula cakap itu, saya cakap ini. Kejap lagi kita bermasam muka.
Saya sedih dan saya tahu awak pun sama sedih.
Tak lama lepas tu awak pandang saya yang dari tadi pandang awak.
Kita ketawa.
Ah, hal kecil yang macam atom kalau dibandingkan dengan apa yang kami rasa.
Mungkin belum sampai masa untuk putus asa bersama.

Eh kejap, tu ke cinta yang saya cari?


End.


Okay, mood nak merepek sangat la banyak sebab tiada teman bicara. Jaga orang demam rupanya susah. Tapi senang sikit dari jaga bayi sebab dia tak merengek menangis. Ok, selamat malam!



RandomFactAboutMe: The reason why I don't want to get involved with love thingy is because I hate to deal with my heart. Jealousy, missing, insecurity is so not my thing. I do trust my so called boyfriend but certain time (i hardly feels this way actually) having these feelings makes me feel stupid. So you know, being in love is like having a virus in your heart. HAHA.

2 comments:

Halimah Halim said...

same with me..sometimes insecurity wat kita rasa xboleh tido malam..

xpe yana..biar kawan lama dari kaple kejap dan putus..kawan still remain (eventhough jarang contact)..tp pakwe changing jugak sometimes..:p

Diana Naubi said...

hahaha. example i ni la. dengan eim boleh maintain tp bf dah juta-juta kali tukar. hahahaha.
bile nak kawin? ;-p