11 December 2009

Bebel-bebel

Dah hari Jumaat, tinggal dua hari bulat kena balik UTM. Oh malas-malas-malas. It is my final sem, lagi la malas-malas-malas.

I am busy marathoning Ghost Whisperer season 4. Yeeee, sumpah lambat padahal dah masuk season 5 dah. Ok, I am addicted to this because of my roommate, dulu mana layan cerita Ghost Whisperer, tengok cerita anak betong kat TV3 je. Ye la, bahasa orang putih bukan makanan saya.

If season 1 I nangis-nangis tengok bestfriend Melinda mati, ala si Andrea tu. Kali ini I nangis sepanjang 1 episod sebab Jim mati. Ingat tak I selalu tweet nak lelaki macam Jim buat husband segala. Ye, Jim sangat sweet dan dan dan memahami. And hensem dia tu kira extra la kan. And tiap kali tengok Jim dengan Melinda buat I rasa nak kawin and ada husband macam tu. Oh, itu cuma angan-angan, I tak boleh tengok hantu jadi lelaki macam Jim mana nak kat I kan.

Seriously married couple kena belajar macam mana nak deal life dari Melinda-Jim. Diorang kena face hantu-hantu and Jim pun selalu busy kerja malam tapi diorang tetap macam sesuai sama-sama. Mungkin sebab cerita, takkan nak tunjuk part diorang gaduh.And lagi satu sebab I suka Jim sebab dia tak kisah tolong Melinda doing chores, siap masakkan lagi. Auwwww. Macam gula-gula betul!

*Tu baju favourite Jim mungkin. Lepas tu nampak tak Melinda macam comfort dengan Jim. Kenapa kau kena mati Jim?!

Ok, cukup, I nak sambung tengok. Minggu depan pegi beli season 5 volume 1 dulu. Hihi.


Oh kejap, ada I bagitahu I tengok cerita Santau semalam? Ok, my advice, tunggu raya baru tengok. Arghh. Jahat betul I ni. Cerita tu ada takut sedikit, kelakar sedikit, and geli banyak, oh merepek tu macam garam la kot. Tapi diorang cakap cerita ni based on true story. Heh, santau dia true story la kot, tapi ada certain part cerita ni macam lompat-lompat, so feel tu hilang.

Part lompat-lompat tu macam; kau tengok bini kau makan telur macam hantu raya siap ratah ayam yang kau belikan. Siap suruh kau berambus lagi. Kejap lagi malam tu boleh tidur sama like nothing happen. And siang tu pula bini kau tu dah ok siap rengek-rengek takut. Lepas tu dia jadi macam hantu raya balik. Pelik betul. Mungkin I lampi, tapi memang betul I kurang faham part tu.

Part geli semestinya bila ada part cacing-cacing. Lepas ni memang I menyampah sikit la nak makan mee goreng. Apehal cerita hantu suka guna mee jadi cacing? Ok part tu I tutup mata. Lepas tu-lepas tu, ada part ni ada telur goreng yang bini dia makan tu (macam mana tah boleh ada balik) bersepah kat ruang tamu. So si bini yang rengek takut tu, turun bawah and nampak benda tiba-tiba ada aura masuk, and dia boleh makan telur+darah+cacing tu. And I ni memang dah ber eeee-euwww dalam cinema tu. Siap tutup mata tahan muntah. Macam mana pelakon tu sanggup belakon gitu?

Ok dah, korang pegi tengok sendiri. Tapi banyak kot diorang boleh improve. Based on true story, patutnya macam tersusun kot. Heeee.


Ok, seriously dah nak sambung marathon. B-bye!



p.s: Where is my phone? Both! Damn it.

0 comments: