27 July 2010

Jatuh cinta lagi

Sambung obsesi Boys Over Flower kejap. Tadi tengok lagi BOF sebab tak ada kerja - I mean, hari ini tak kena jalan mana-mana. So duduk depan laptop mengadap. Lepas itu rasa macam jatuh cinta kali ke sujuta dekat watak Gu Jun Pyo.


I suka bila dia ego tak nak mengalah kata sayang padahal memang obvious dia memang sayang.

I suka bila tengok dia willing nak berhidup dengan family biasa sehari. Mandi dekat tandas awam, makan stall lori, buat kimichi - nampak tak dia comel bila buat benda yang so-not-him.

I suka rambut kerinting pusing dia sebab unik.

I suka bila dia buat muka. Time tahan marah, tahan malu, tahan ketawa, cara mengomel dia. Sangat sweet amat!

I suka bila dia take control relationship. Macam nakhoda kapal yang berkaliber, macam calon suami yang boleh pakai.

I suka bila dia make effort nak buat suprise untuk GF, lepas itu senyum puas hati sebab buat GF speechless.

I suka bila dia percaya GF siap back up, selamatkan jadi hero time GF tengah kena buli.

I suka bila orang ajak dia flirting, dia pergi tumbuk orang gatal miang itu. I suka sebab dia setia walaupun GF dia tak hot/stylo.

I suka bila dia marah, bila dia bersalah, bila dia tengah control tanak tunjuk sangat dia sayang.



I suka suka suka dekat watak Gu Jun Pyo. Macam nak jadikan dia imaginary boyfriend lepas itu dump current BF sebab nak setia pada yang satu Jun Pyo. Sebab itu rasa menyampah juga sebab tahu takkan mungkin ada lelaki macam Jun Pyo. Mungkin boleh suka dekat Lee Min Ho sebab muka memang sama cuma perwatakkan lain, tapi tak mungkin lelaki hot Korea ingin pandang perempuan hitam macam I. So kena sedar diri pandang cermin lama-lama sambil pakai Fair and Lovely dengan harapan lagi 3 minggu jadi putih macam orang Korea. (-.-")



So dah tahu kenapa I macam anti cerita Korea sebelum ini? Sebab I tahu persepsi tentang cinta, persepsi tentang lelaki semua berubah serta merta. I macam nak masuk dalam dunia fairy tales dan bukan realiti. I nak jadi perempuan yang Jun Pyo cinta. ;(


I nangis tiap kali Gu Jun Pyo sedih. I macam nak lompat masuk scene and cakap kat dia, "sukalah dekat saya, sanggup saya potong rambut macam helmet itu. SANGGUP". Bwahahaha.
Ok fine. Just nak bagitahu yang I am taken now, Gu Jun Pyo curi hati I. Malam! :)

3 comments:

譚瑤利譚瑤利 said...

One swallow does not make a summer.............................................................

eeqa~ said...

Aiiiiiiii.... diana!!! I memang adore giler dgn Gu Jun Pyo tuh... Serious! dia memang best! sangat3 ego tapi cakap direct. kalau dier nak, dier ckp nak..kalau xmaw, dengan keeknya dier akan tolak. hehe. suke2!

Diana Naubi said...

thats why la!!! alaaa. i dr time meteor garden akan sokong si panas baran dao ming si tu. cehceh ingat seh nama bekas kekasih. sekarang i nak si garang yang ni pula. DAH LA ROMANTIK! uwaaaaa. i nak boyfriend mcm dia! :(