22 January 2010

Mimpi Pelik

Orang cakap mimpi mainan tidur, tapi bila kau mimpi pelik sampai kau rasa tak nak bangun dari tidur biar kau tahu apa ending mimpi kau tu macam mana?

Semalam boleh kata I mimpi yang aneh. Walaupun waktu tidur pun I dah boleh rasa itu mimpi sebab sumpah tak logik. Sekurang-kurangnya bila tak jadi dalam dunia realiti pun at least ada pengalaman mimpi kan.

Tapi biasanya mimpi ada kaitan dengan kehidupan kita. Contohnya bila dari pagi kau fikir pasal JT sampai sebelum tidur, percentage untuk mimpi JT 80%. Contoh lain; bila kau fikir report PSM kau tak siap lagi tapi kena submit lusa, tiba-tiba dalam mimpi pun kau boleh fikir kau kelam-kabut gila nak buat, siap plan bangun buat Nescafe and start sambung type kerja. Tapi realitinya kau tengah tidur dan mimpi 'indah' HAHA. (Eh, macam ada pengalaman je kan.)

Selama I hidup dan bermimpi dalam tidur, tak pernah pun mimpi muka orang yang unfamiliar. Walaupun kadang-kadang dalam mimpi tak nampak muka orang dengan jelas tapi macam kita tahu kita mimpikan siapa. Jadi mimpi memang aneh. Penat otak, dalam tidur pun bikin cerita. Eh dah, balik kat benda nak cakap tadi.

I selalu bergurau dengan Hakim, I suka tengok adik dia lebih. Bila datang sana pun tanya Hakim, "Adik u tade ke hari ni?". Selalu je bergurau suka-suka-suka kat Faiz ni, lepas tu tengok muka Hakim yang macam, ok-fine-I-tak-hensem-macam-adik-I. Haha. Jadi semalam I termimpi I ada affair dengan adik current boyfriend I. Sangat tak logik, tapi sangat funny bila ingat balik mimpi tu. Eh tak, bila ingat balik some parts of the mimpi.


Gambar beradik Hakim. Mzyyh, Ayie, Faiz & Hakim.

Ok, mimpi pelik tu end up bila kucing kesayangan gigit lengan. Cehh.


Lepas tu tengah hari tadi pegi nap sekejap. Lepas tu mimpi aneh dua dan tiga. Oh, if dah sampai mimpi dua kali dalam satu tidur bukan kira nap kot. HAHA.



Mimpi dua, keluar dating dengan Pengetua Kolej. Ok, korang boleh gelak berguling-guling kat lantai if nak. Tapi scenery sangatlah cantik sebab macam pokok-pokok time autumn tu. Kaler oren daun-daun. Kalau ambil gambar sure orang cakap bukan Malaysia. Tapi seingat I conversation kami hanya melibatkan pelajaran. Ok, sambunglah gelak guling sampai puas. Time tengah duduk bercakap dengan ekspresi gembira, I dikejutkan oleh bunyi pintu apabila roomate keluar bilik.


Bapa kepada anak-anak ini I pegi mimpi tengah hari tadi.

Tak puas hati lagi, sambung tidur dan hello mimpi pelik tiga straight dalam sehari.



Classmate I tiba-tiba approach I yang tengah dating dengan Pengetua Kolej tu, siap purpose I jadi girlfriend. Siap cakap, dia dah lama bagi hint apetah blabla. Eh, sila jangan bertanya siapa gerangan dia sebab sumpah segan. Haha. Dalam mimpi pun I segan sampai lari sembunyi dari kawan kelas tu. Sampai kat Angkor Wat punya tempat. Ceh, sampai kat Kemboja pula mimpi kita. So dalam mimpi tu I sembunyi dalam tu and jumpa satu tempat yang unik, macam kedai. And I terfikir nak belikan something untuk Hakim. Eh, boleh termasuk juga dia.


Angkor Wat, kemarin ada baca buku pasal Angkor Wat, keluar mimpi pula. Aish.

Then alarm clock bunyi suruh pegi kelas. Fine!




Last-last semua mimpi pun tak ada ending. Kenapa mimpi selalu tak ada ending?




p.s: Tuhan tolong jangan kasi Faiz buka entry ni. Tolong-tolong-tolong.

0 comments: