23 January 2010

Putih, No?

Takziah diatas kemangkatan Sultan Johor, DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhun Sultan Ismail.

Mungkin saya bukan seorang peminat kerabat diraja dimana saya jarang mengikuti perkembangan mereka. Tapi tiba-tiba semangat ingin berkabung muncul hari ini setelah melihat ramai wanita Johor memakai tudung berwarna putih manakala si lelaki memakai songkok ada reben putih. Oh, tidak lupa juga kepada kaum bukan Islam, mereka pakai reben dekat lengan sebelah kiri mereka. Oh, rasa teruja sebab saya dengar Johor berkabung selama seminggu. Teruja bukan sebab saya gembira dengan kemangkatan DYMM, tapi teruja sebab buat pertama kali nak involve dengan cara hidup dewasa yang turut serta nak berkabung.

Saya jarang sekali mengenakan tudung berwarna putih sebab tidak confident dengan keadaan kulit wajah yang nampak dull bila pakai tudung putih. Mungkin cream lebih nampak cocok kalau nak dibandingkan dengan putih. Eh, jarang? Sejak mula berkecimpung dengan pemakaian tudung, baru sekali tudung putih dikenakan untuk pergi ke kelas, 2 kali untuk keluar bermain sport dan sekali untuk keluar dating. Itu pun pakai setelah pasti tiada tudung lain dalam locker. Ceh. Saya memang cemburu dengan orang yang selalu pakai tudung putih serta nampak cantik. (-.-")

Bila ingat-ingat balik, zaman sekolah tiap-tiap hari pun pakai tudung putih. Pergi kelas senam, tudung putih. Kenapa dulu tak kecoh pun kutih muka dull bila pakai tudung putih?

Bila pertama kali si-dia tengok saya pakai tudung putih, dia gelak. Ceh, lagi tambah tambah rasa kurang confident nak pakai tudung putih.

Tapi demi menunjukkan saya sudah dewasa dan telah bersedia untuk mengikuti 'perkabungan', mari cuba memakai tudung putih selama seminggu ke kelas! Lagipun, saya kan pelajar di universiti kerajaan dimana, separuh yuran dibayar oleh kerajaan cuma sedikit sahaja bapa tolong bayarkan setiap semester. Kalau pegi compare dengan universiti swasta sure habis duit bapa sara saya belajar. HAHA

Untuk menambahkan kesemangatan, setiap hari ambil gambar untuk bukti pakai tudung putih ala-ala budak sekolah walaupun saya seorang pelajar universiti. Dan untuk kesemangatan berkabung, tiada entertainment untuk minggu ini. Jangan ajak saya tengok wayang, jangan ajak saya pegi RedBox. Minggu depan okey? ;-p

Disamping itu, nak seru rakan-rakan kelahiran Johor saya, marilah mari kita berkabung juga. The more the merrier kan? Takdelah saya sorang-sorang bersemangat.



p.s: Tiba-tiba terfikir pasal cerita Princess Hour. Kenapa cerita raja-raja dah tak selalu diketengahkan sekarang eh?


Eh. Awak pakai tudung putih lah!


Okey, time ni cita-cita nak main bola jaring. Tapi tak sampai hati kotor tudung pegi kelas, so guna tudung bukan kesayangan. HAHA


Antara latest photo sebab baru keluar pakai tudung putih dating minggu lepas. Sebab bila balik rumah tak bawa balik spare tudung jadi terpaksa guna tudung zaman sekolah dulu.




Ok, Bye!


0 comments: