12 February 2010

Now, 80% to 100%



Ok, kagum dengan orang pakai tudung boleh kekal cantik. Cemburu betul. Lepas ni kena belajar lagi pakai tudung dengan senonoh serta unik lebih sikit. Tapi sebelum cita-cita melebih, nak kena pakai tudung 100% pula sekarang. Cukup-cukuplah sudah 80% pakai tudung, kena bersenonoh sekarang. Sila kagumi rakan-rakan pakai tudung kau dari kagumi model-model yang buat rambut extension. Walaupun dalam hati masih cemburu tengok rambut alun-alun curl lebat yang tampak hot.


Macam mana gadis ni boleh pakai tudung buat muka hot? Ah, muka dia perfect betul!

Tapi....
Macam mana kalau kena kerja dengan Celcom kesayangan lagi?
Macam mana kalau lepas berenang rambut tak terurus tak sampai hati nak kepam?
Macam mana kalau tiba-tiba bad-tudung-day?


Berusaha gigih pakai tudung. Berusaha gigih pakai tudung dengan sopan. Berusaha gigih jadi lebih baik dari hari ini.



Sedangkan Dato' Siti pun dapat tamparan hebat bila pakai tudung 70% macam tu, apatah lagi si-tak-feymes-dan-tak-cantik macam ni, mesti dikutuk belakang teruk-teruk. Pasal tu kalau orang kutuk tudung Siti hati tiba-tiba terdetik, saya faham perasaan dia. Oh, alasan betul.


Btw, I tak nak resign Celcom lagi. Kesayangan yang terlalu seronok tak sampai hati nak tinggalkan. Mereka girlfriends dekat JB. Mereka part-time job yang seronok. Mereka tukang geletek saya. Yang penting, mereka tak busy body.


Tips sendiri biar sokmo capai tudung waktu nak keluar
#1 Sedarkan diri tentang satu helai rambut cost balasan dekat akhirat nanti
#2 Tengok tutorial tudung banyak-banyak so boleh pakai molek-molek
#3 Kagumi rakan blogger yang pakai tudung serta cantik yaw!
#4 Beli tudung selesa banyak-banyak, so far I jatuh cinta dengan shawl & bawal
#5 Tudung ringkas untuk turun bawah jumpa orang
#6 Beli baju siap dengan tudung terus, so tak adalah alasan, "alah, tak ada tudung match lah!"



Ok. Entry previous kena delete ni. Malu betul. Lalang betul.




Baru baca satu entry kagum. Lepas ini kena cekal hati. [ENTRY KAGUM]



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Ok fine ini tak ada kaitan melainkan nak tunju muka rakan kesayangan serta shawl kaler bubblegum yang jadi kegemaran 3 minggu lepas mungkin. Minggu ni sayang lebih kat tudung baru, nanti ada time upload gambar tudung baru okeh. :D


Kesayangan since tahun satu. Babe Yat & Babe Min. :D



Ex roomate. Nada Liyana. Next time Yana tumpang tidur bilik Ana okeh!


Ok, bye!

3 comments:

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

Dear, shawl suits you well! Good luck!

illehyana said...

weh!i pon mcm nak berazam mcm u jgk!100%!suke tau sbnnye pki tdg ni..hmm..uuhhh..kene berusahe!

Diana Naubi said...

thanks syahidah! i bought 3 new shawls yesterday! yeay~

jom yana, berusaha gigih!