11 February 2010

Random

Yeay. cuti raya cina dah start. Bersama dengan bertambahnya buah limau dekat kedai. Hati memberontak tiap kali bau limau sampai last-last terpaksa beli limau sendiri sebab segan nak minta dari rakan-rakan berbangsa cina. Oh mungkin dapat satu kotak dari rakan lama dan beberapa biji dari rakan kelas. Buah limau buah kegemaran sebab dia macam ketupat setahun dapat makan satu musim je.

Macam biasa kalau cakap cuti raya cina, rakan berbangsa cina balik kampung buat makan besar. I akan gila excited untuk balik kampung dekat Jengka Pahang. Ulang lagi sekali, gila excited. Hihi. Kalau hari raya aidilfitri sibuk balik 'bandar', raya cina it is different. Duduk dalam kereta for many hours, coverage handphone yang sedih, no internet connection, no entertainment, no friends kecuali siblings tersayang and toilet dekat luar rumah. Itu thrill babeh!

Mungkin lagi thrill bila musim buah. Sanggup pegi kait buah rambutan belakang rumah. Minta nenek air kelapa. Panjat pokok manggis. Kegiatan yang mungkin takkan berlaku kat rumah. If dapat jadi kat universiti pun terpaksa cover-cover sebab tak nak jatuhkan saham 5 sen ni lagi.

Nenek sihat lagi. Oh, rindu betul perasaan balik kampung. Esok packing. Gembira-gembira. Sibuk juga mahu celebrate CNY. Nyeh~


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Tiba-tiba nak masuk resolution tahun 2010 lagi;

#8 Nak pakai tudung dengan cantik senonoh. Tudung yang cantik, bukan saya.


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Tiba-tiba lagi ternampak gambar minggu lepas-lepas. Kenangan zaman muda-mudi menjelma. Ok, bukan kenangan cinta zaman sekolah, tapi kenangan gelak sampai pecah perut kalau dah gather ramai-ramai. Even tak lepak sama, nampak muka korang pun dah cukup en. Paling rindu dekat daddy! Haha.


Cepat grad lepas ni nak berdikari masak megi sendiri sambil baca paper cari kerja kosong. Sambil otak fikir macam mana nak bayar bill. Last-last ambil kunci kereta balik rumah parent. Obviously, tak nak grad, tak nak kahwin boleh? Tanggungjawab. (-.-")


Ah, hidup terlalu payah. Fikir lain hari.

0 comments: