05 October 2010

Review Magika

Minggu lepas i terajin keluar tengok movie, jadi hello Magika. I memang peminat kerja KRU sebab diorang berani cuba benda baru. Kalau macam cerita wayang melayu lain memang i kurang teruja langsung nak tengok tapi bila samapi KRU production je mesti tiba-tiba i promote kat orang suruh tengok. HAHA


Kita dok bangga-bangga tengok cerita omputih atau mungkin tengok cerita cina bangga-bangga taraf cerita diorang konon hebat kalau nak banding dengan Malaysia, tapi kalau Malaysia pun baru belajar jinak-jinak buat gitu korang dah kondem. Dah la kutuk cgi Msia tak cantik, tak lawo, cerita bodoh, cuba test korang rajin tak hadap komputer berjam-jam nak siapkan 1 scene je. Moral; tak payah nak kondem sangat negara engkau yang hujan batu puja sangat negara orang yang konon emas sangat.


Back to the review. Ehem-ehem.




Ini version Alice in Wonderland Malaysia lah kot. Ada pak andir, mak andir, bawang putih, bawang merah, nenek kebayan, puteri gunung ledang, badang, mahsuri ect ect. Semua yang konon-konon fiksyen bagi masyarakat melayu semua ada. So memang kita ada idea la kan sejarah watak-watak tu macam mana. Jalan cerita dia; kakak cari adik yang terjatuh masuk telaga lepas tu boleh sampai ke dunia MAGIKA. So sepanjang cari adik and jalan nak balik ke dunia biasa macam-macam orang diorang jumpa. Sila take note ini cerita musikal, kalau lagu banyak sangat sila jangan komplen atau buat bunyi mengantuk. Apesal kau masuk dalam cinema cerita musikal kalau kau tak sanggup dengar lagu dia kan - buat bising panggung je. 




Banyak gila lagu dalam ini, macam tengok highschool musical. I mestilah suka lagu yang happy-happy je kan so macam ada a few lagu yang catchy sampai i boleh nyanyi-nyanyi sampai sekarang, Btw, lirik provided time tu, i macam nak nyanyi bersama macam dalam karoke box tapi segan dengan orang sebelah, jadi jinak-jinak je nyanyi dalam hati. Boleh sahaja cari di YouTube OST Magika, dah banyak sangat dah kot. Cuma, kadang-kadang i rasa suara Diana Danielle tu macam tak match suara Mawi - macam sometimes lagu duet diorang buat i pening kepala. Sorry but tu yang i rasa. (-.-")


I highly recommended korang tengok cerita ini as i nak support KRU of course and betul i rasa cerita ini different. Kira tak macam cerita melayu leleh yang lain. Sebelum tengok movie, pegilah cari disebalik tabir magika kat youtube, so if korang still ada benci dengan cerita gitu tak payah tengok langsung dan masuk dalam wayang buat bising atau mungkin buat wayang sendiri. Pffttt.


Later, review Eat Pray Love pula.

3 comments:

rapunzel cikilolo said...

tapi magika much be better compare dengan cter zack afron tu kan?

nn said...

sukaaaaaaaaaaa juga baru lepas tengok tadi sempena dah lepas dua presentation :P (padahal ada lagi 5!!)

@rapunzel: suka tengok charlie st cloud juga even tho agak bosan. :D

Diana Naubi said...

frankly speaking, yana tak pernah tengok HSM sampai habis seh. sebab mcm drama sgt. heeeee. and i am not a big fan of gabriela tu. (salah spell i know)

taley deny zac tu mmg muka ken-barbie.

so pegi tgk mas! :D

nn, i link u ok? :)