23 February 2011

Driver #somalaysian

Yes, again I nak complain about malaysian drivers. Yang makin hari I tengok makin selfish. Sakit hati kadang-kadang sampai ya Allah each time drive mestilah terkeluar ayat makian at least sekali or maybe I just akan cakap, "Asal la orang ni bongok sangat buat gini."


Yes, I suka cakap sendiri - sometimes. You should know that, tapi trust me, I TAK GILA.


So okay.


Kat highway kalau jam, dari dua lane confirm #somalaysian akan buat jadi 3 lane. Emergency lane jadi lane untuk orang selfish yang konon kau sorang nak cepat. Bila kat depan nampak kereta rosak kat emergency lane, cepat-cepat pindah pergi slow lane buat muka aku tak dosa. But percayalah, awaklah penyumbang jam dekat highway. Menyusahkan! Pentingkan diri.


Maybe JB-rian akan faham apa yang I cakap lepas ini. Dari JB heading Skudai ada 3 lane and 2 extra lane untuk pergi kedai-kedai or bas - kira bukan jalan besarlah kan. Jadinya suka-suki certain lori or kereta or bas stop dekat jalan besar 3 lane untuk drop orang/tunggu orang then lane kiri sekali dah sesak sebab semua pun pindah lane tengah sebab si lakhanat tu berhenti dekat lane kiri. Dari tak crowded jadi sesak jalan. Just because of certain selfish driver yang tak nak masuk jalan 2 lane kat dalam tu. Bodoh gila.
The point here is, so called Malaysia Boleh ini membolehkan kenderaan berhenti dimana-mana tak kira jalan besar ke kecik. Suka mak bapak kau je macam dia sorang bayar tax jalan. #somalaysian


Parking. Pernah nampak motor berlagak kereta parking kat tengah alam dekat parking lot kereta. Biasalah tu, macam tak ada salah aja. Kadang-kadang memang bersusun sampai 2 3 parking lot kereta KHAS untuk motor. And, diorang peduli apa - tak kena letak kupon pun nak park situ. Lagi best bila kereta pula park cantik-cantik je kat parking lot motor. Alahai, mana sense mereka hilang?


Parking lagi. Certain Malaysian semua suka nak berhenti depan-depan tempat yang diorang tuju. Contoh kalau ambil anak sekolah mesti nak kena depan sekolah, tak ada nak berhenti jauh sikit jalan amik anak. Kalau semua pun nak amik depan-depan memang sesak la jalan. So each time budak-budak balik sekolah sure area sekolah akan sesak dengan kereta berhenti tepi jalan yang sempit semata-mata malas nak berjalan amik anak park jauh sikit. Kalau berhenti nak bayar bil dekat kedai tengok parking penuh bantai aje park belakang kereta orang lain - block kereta orang lain sebab nak betul-betul depan kedai. I pernah kena tunggu 20 minit sebab orang selfish macam gini. Then bila dah keluar kedai memang muka orang tu tak bersalah cuma angguk kepala. At least cakap la sorry amoi.


Orang kita malas nak letak signal bila nak belok. Macam kena bayar seringgit lima puluh sen kalau letak signal. Lepas itu kita yang nak keluar simpang punyalah tunggu kereta malas ini sebab ingat dia jalan lurus, last-last dia belok masuk simpang kita. Ya Allah teruji kesabaran dengan orang gini. Maybe korang rasa remeh aja signal - but seriously sometimes signal memang memudahkan bagi pemandu lain. And bukan kena bayar pun and tak makan tenaga macam angkat berat 10 kilo.


Another thing, pernah korang nampak malaysian driver directly buang sampah luar kereta? Sangat annoying, kau tak nak kereta kau kotor kau kasi jalan raya kotor. And I rasa itu adalah immature act. Tolonglah jangan obvious sangat nampak kau seorang pengotor buang sampah merata. Kalau semua driver buat gini - seriously we need cleaners for roads. Even buang sampah kat taman/tepi pantai sepah-sepah pun I dah rasa #somalaysian sangat pengotor, lagi sekarang ada certain driver main buang je time tengah jalan. Malu dengan tourist negara lain.


Yes, i know mesti negara lain pun facing this problem. Takkanlah semua driver negara lain jinak baik tak selfish. But as Malaysian i cuma nampak perangai orang Malaysia tu yang jadi #somalaysian. Bukan nak kutuk ke apa bagai, but bila orang kita sesama kita tak respect each other, macam mana nak ada 1Malaysia kan. Sungguh, iman i akan diuji bila drive. Sejuta orang drive, sejuta perangai ada. Bawa slow melampau, laju melampau, tak letak signal, bawa ke kanan ke kiri. Stress tau drive!


So macam Maria Elena cakap, co-driver kena selalu tolong chillkan the driver. Tak adalah turut complain macam dia yang drive.





p.s: I am not a good driver as well sebab I suka complain orang drive. Bahahaha

5 comments:

ili said...

yes.semua2 itu sangat betul.sampai rasa macam belambak dosa sebab mencarut-carut marahkan org yg mcm ni.haih.last2 lepas mencarut-carut pon tetap kite yg the one kena mengalah kan. I jd mcm bosan dah nk drive sbb bnda2 ni.well,nk chill boleh pasnag radio kuat-kuat n nyanyi kuat2 then nnt lupe nk marah org.hehe

Diana Naubi said...

kankankan.
i mmg sumpah stress bila drive. but then kene jugak drive kan, nak hadap public transport lagilah tak sanggup. hehe. maybe kene ada kelas sivik utk pemandu kot.

eefar said...

Oh oh, epa nak tambah lg satu boleh tak?

Tailgating!! Mencucuk-cucuk kereta org, i hate that!

Kalau kite drive slow and mengada2 nak duduk lane kanan tu mmg patut la kene cucuk and kene head lamp. So time tu kene paham sendiri and dipersilakan ke lane kiri.

Nak emo skit ni, experience hari2 kat highway kl ni..
cume imagine tol 500m lg kat depan...so i drive on the right lane sbb nak msk smart tag.. pastu boleh plak nak cucuk2, angkat2 lampu... like "lu nak pegi mane laju2 tol kat depan??"
the funny thing is..beli dekat tol die pegy lane kiri skali sbb nak bayar tunai je... "???ingt ke nak msk smart tag jgk cucuk2 org"..

#somalaysian.

Diana Naubi said...

ahahaha. tak boleh belah gila orang gitu. macam tak sedar diri tol dah dekat. seriously malaysian drivers lack of manners kot. tah apa-apa je suddenly time drive mesti jadi tak respect others.

I ni memang boleh jadi hulk kalau drive. I rasa driver kat kl memang way lagi ganas kot - sebab selalu tempuh jam masuk highway segala. macam i, jalan kampung mane reti bawak laju.

and yeah, tailgating sangat annoying macam diorang tak sabar gila. macam nak tekan brek berhenti terus redha kena langgar, but cost nak betulkan kereta yg tak sanggup (T.T) kalaulah i kaya. haih

eeqa~ said...

wahahaha!diana! high five girl! kite same1 suke mengomel manyak2 dalam kete

eefar: pasal orang batak cucuk2 tapi bayar tunai tuh kes kena sepak laju2 tuh..hohoho