06 October 2010

Review Eat Pray Love

Weekend lepas suddenly abah ajak tengok movie. Oh yes kami si anak-anak serta emak terkejut badak. Sebab abah i bukan jenis suka berjalan, suka bershopping, suka membazir - nope. Abah sangat simple dan suka saving. Ada ke patut dia suruh simpan separuh gaji untuk masa depan which dia maksudkan kahwin. (-.-") Separuh baii, mana boleh tahan - wishlists macam berlambak lagi kot, rasanya kahwin macam letak kat nombor 7 dalam senarai. HAHA.


So kami tengok Eat Pray Love. Korang should expect buku dia memang tak ada action, semua cerita pasal life journey Liz keluar dari safe zone dia untuk mencari kelainan sebab dia rasa dia macam dah mati hati. Dia pergi 3 negara which Italy, India dan Bali.


I suka time dekat Italy sebab i suka tengok time dia makan spaghetti. Tiba-tiba dalam cinema dan craving for italian foods. Huahua. Apa i belajar dari situ adalah untuk live life to the max. Tak ada la put a hold into something. And cara berbual kena dengan tangan-tangan sekali untuk tunjuk expression kot. I macam nak belajar italian language dan terbang pegi  lari sana. Makan dan bergemuk.


Second dia pegi India. Belajar untuk meditate segala. And kenal satu lelaki yang sarcastic yet dia macam tolong Liz untuk forgive herself sebab dia penyebab marriage diaorang hancur, kira dia yang minta cerai segala. Disitu kamu boleh nampak Julia Roberts pakai sari kaler hijau, hijau ehh. And balik i try juga belajar duduk bersila kosongkan minda, konon-konon meditate - but trust me i asyik fikir; macam gini ke orang tengah kosongkan minda? Atau, kosongkan minda Diana, jangan fikir pape. Lepas 2 minit i give up. And time tu baru perasan 2 minit tu lama. HAHA


Last sekali adalah ke Bali. Which ada lelaki nama Ketut. I selalu nak gelak sebab fikir kentut. Kat Bali Liz ni belajar untuk hidup balance, enjoy dan meditate. Disamping itu belajar untuk love. Kan orang cakap cinta buat kita jadi unbalance - so tu yang Liz face lepas jumpa satu lelaki yang selalu cakap 'DARLING', i lupa nama dia tapi kita panggil dia darling guy. Liz suka darling guy but sebab dengan darling guy dia dah jarang jumpa Ketut - tiap-tiap hari dating. Liz rasa bersalah dengan diri sendiri dan membuat keputusan untuk tinggalkan darling guy dan balik New York. Seterusnya sila tengok sendiri.


Banyak i belajar dari movie ni kot. Untuk jadi balance untuk appreciate life. And sampai i dah bertekad tak nak kawin selagi tak jumpa balance in life lagi. I nak jadi independent, i nak jadi pengembara - tapi mesti kumpul duit dulu la. Hokey, must do thing before mati - mengembara! :D



So i suka cerita ni. Even tak ada action, i macam masuk kelas untuk hati - motivation. Walaupun time tengah tengok tiba-tiba ada scene kissing mak cakap kuat-kuat, "Diana Rina tutup mata jangan tengok". Malu wohhh. Haha. (-.-")

4 comments:

Carl Samsudin said...

i nk tengok dengan belle la harini!

Nur Atiqah said...

hee~ macam best jer..

Mind Me said...

ahahaa...yg last tu, sooo like my mom too =p

jalanan manusia said...

two thumbs up bebeh!