07 December 2010

Tahun Baru.

First of all, Assalammualaikum dan selamat menyambut tahun baru Islam. 




Kejap tadi mak tanya saya apakah harapan tahun baru ini. Tersenyap kejap, bila difikir-fikir balik memang kadang-kadang diri naif kalau cakap pasal agama. Ayat kasi selamat diri dari diceramah emak, "Insya-Allah tak sexy lagi, jaga tiang agama biar tak roboh iman dalam dada." lepas ucap benda itu sempat lagi sambung dalam hati, "Tahun ini nak khatam Al-Quran kali ke-3, Insya-Allah."




Kalau korang kenal aku dari matrix lagi, mesti korang perasan memang aku ada masalah dengan tutup aurat. Memang swing gila kalah lalang yang ditiup ribut. Tapi aku sedaya upaya nak tunaikan yang wajib lagi-lagi tiang agama dan nak elak dosa besar. Kau pun tahukan, setan zaman sekarang ni makin advance, sampaikan orang buat dosa sekarang ni pun tak dipandang dosa dekat mata kita. Gitu punya advance setan dan gitu punya lupa diri manusia.


Ah, malu dengan diri sendiri bila taip entry ini. Kalau dihisab sendiri salahdosa sendiri, takut. Kecil je rasa diri sendiri dekat mata Tuhan. Kenapalah aku ni naif sangat. Kenapalah aku ini buta hati sangat?


Kadang-kadang, aku rasa benci, jijik dengan diri sendiri. Bila baca buku Aisyah si Ummul Mukminin, memang rasa macam langit dengan bumi. Mungkin kalau aku betul-betul ikut kesopanan dah keanggunan Aisyah (oh include keimanan) boleh buat orang sekeliling happy. Mak abah adik-adik serta si bakal suami dan bakal anak - semua pun mesti tak pening-pening nak jaga Diana si nakal. Salah satu doa yang tak pernah lupa lepas solat, "Jadikanlah aku wanita solehah seperti Aisyah" - memang aku kagum dengan Aisyah. Kagum.


Aku memang takkan expect banyak tahun ini. Cukuplah khatam Al-Quran dan pelan-pelan kayuh aku nak cuba berubah jadi lebih baik. Semua pun nak terbaik dalam hidup-kan?





p.s: Mungkin aku kena kurang obsess dengan orang putih yang selalu buat aku lalai. Mungkin. Enough with, what if like a G6 catch a grenade stop telephoning me oh na na whats my name?

p.p.s: Dan, lagu Opick - Rapuh mungkin untuk hubungan aku dengan Tuhan, sebab selalu lalai.

2 comments:

Rebelle said...

dear dear dear..
i know since my second year in utm..
hehehe..
i don't know much about you but i rasa you sangat baik!

so..
hopefully apa yang you doa & hajatkan akan termakbul untuk tahun depan..

i pun mahu jugak!
i'm still working on it.. (:

LailaAlfisyahr. said...

nice :)

selagi ada niat & usaha insyaallah boleh punya.

tersentuh dgn entry ni, seriously.
and im a first timer here.

to judge someone is not fair.

hari ni mungkin dia paling jahat di mara kita,
tapi esok dia boleh jadi yang paling baik di mata tuhan.
kita tak kan tahun apa jalan hidup kita.

sebab itu, manusia dilarang mengumpat.
sebab bila2 masa saja, manusia yang "tak baik" boleh jadi "baik"

and im praying the very best for you.

and me, insyaallah :)

dan betul sgt, "SEMUA ORANG MAHU YANG TERBAIK kan :)"