31 August 2010

53 Tahun

Oh, akhirnya berjaya install CS3 dalam Toptop. So tangan ini gataii nak konon-konon buat header - so okey, sila cakap hello dekat header baru sempena hari merdeka. Waktu itu pipi masih gebu berisi dan tidak bergelap serta tidar tercemar dek jerawat. Kau jangan harap in real-life I se-ayu itu. HAHA


Jadi esok kita cuti sebab merdeka.


Yes, Malaysia sudah merdeka 53 tahun. Tetapi, kenapa saya rasa kita masih dijajah secara diam-diam oleh orang barat? Mungkin, saya suka fikir yang bukan-bukan. Tapi, dah tak nampak gadis melayu yang mempunyai sifat ketimuran penuh sopan santun pakai baju kurung jalan-jalan. Macam zaman dulu-dulu tu. Haha. Kalau esok keluar, I bertekad nak pakai baju kebangsaan sambil jaga tutur kata seperti orang dulu-dulu, santun. 


Tapi sekurang-kurangnya Malaysia aman, tak adalah kena makan ubi rebus tiap-tiap hari. Atau mungkin tiba-tiba orang jepun ketuk pintu kidnap gadis-gadis ayu buat 'santapan'. Tak dengar bunyi bom macam kat Gaza. Tak ada bencana alam macam kat Haiti. Tak ada rusuhan. Kira, Malaysia ini aman damai. Jadi kena bersyukur. (:


Terima kasih Tunku Abdul Rahman - sebab bebaskan kami dari belenggu penjajah 53 tahun lepas. 





p.s: I beli buku baru siang tadi. Gembira dapat bahan bacaan baru!

p.p.s: Kenapa, saya skema hari ini?

3 comments:

sonik-malam said...

mungkin kita-kita je yang belum merdeka kot? haha.

hello cik header.

Anonymous said...

lawanya header yana!

AnneAnne said...

tu lah. bila nak merdeka ni ash. i stress kalau fikir banyak-banyak.
(-.-")


najah, hahaha. thanks!! and bila nak bawak bf baru jumpa yana! congrats btw! :D