23 August 2010

Budak 12 tahun GANAS!

I ternampak friend of my tweet benda ni kat twitter and terus baca. Makk aihh, terkejut! Advance gila budak 12 tahun kot! Baca dulu, lepas itu kita compare masa kita 12 tahun okey. :)


KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.

Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.
“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.


Source: Metro


Waktu i duabelas tahun, i masih pakai cermin mata macam ugly duckling. Cikgu suruh saya duduk sebelah budak lelaki, tapi saya jarang-jarang cakap dengan dia sebab saya segan. Dia pun asyik pandang luar tingkap tengok pokok mungkin. Yes, kami ada konon-konon kenen-kenenkan dia dengan dia, cop lelaki itu dia punya jadi yang lain kena suka orang lain. But tak pergi mana pun zaman kanak-kanak tu - tak ada sentuh-sentuh. (-.-") Even saya berkapel masa sekolah menengah pun saya regret macam nak putar balik waktu cakap, "useless je kau nak bercinta monyet baik kau pergi 'cinta' dengan buku sekolah".


Mungkin zaman dah berubah. Even junior sekolah i sekarang dah memang macam-macam sampai i geleng kepala. Nasib baik adik last itu lelaki, kalau perempuan memang pergi sekolah berjemput balik sanggup ambil. Time balik, bersepah je dating bagai nak rak. Kalau kelaur jalan-jalan, i pun confuse budak ni berapa tahun - matured gila penampilan, sexy tak payah ceritalah. Padahal, kat sekola masih belajar kelas agama. (-.-")


I regret sebab selalu tak ambil berat sangat pasal kelas fardhu ain dulu. Belajar untuk pass je, Sekarang baru hegeh-hegeh google benda bila curious nak tahu. Semalam terbaca pasal kiamat dari blog Nelly, ya Allah takut betul. Kalau hisab balik baik buruk diri sendiri, i jadi takut - takut dengan hari pembalasan. Mungkin kena print besar-besar artikel ni biar i sedar diri, tak lalai. You should read this too [HARI KIAMAT].


Mungkin, kita tak sedar kita sebenarnya dah jadi golongan akhir zaman. Bila orang melayuislam sendiri dah buang anak macam buang anak kucing. Bila benda yang salah kita anggap betul. Nauzubillah.



p.s: Sekadar berkongsi ketakutan. Saya tak perfect, saya manusia imperfect. (-.-")
p.p.s: Yes, i dah tak obsess Lady Gaga, i perasan since Alejandro keluar terus i menyampah gila. And now i heard dia dah berani keluar bogel. (-.-") WTFish!
p.p.p.s: Thanks to adik Nelly!

6 comments:

nn said...

haah kan. teruk gila sekarang.

p/s; lepas vid alejandro tu memang tak selera dengan lady gaga. huhu

Nelly said...

masa umur 12 tahun, i masih debab, spek bulat, tudung bulat..
skema habis.. dalam kelas super pendiam..
nak sembang dgn lelaki, jangan harap! haha..
dasat betul budak zaman sekarang.. =.=

AnneAnne said...

nn.
budak-budak byk influenced dr barat kot. so diorang fikir its no big deal padahal it is a big deal. haha. see, i rasa ramai musim dah BATAL dengan gaga since alejandro. -.-"


Nelly.
kannn. mcm 12 thn i was like a geek yg know nothing! ckp dgn lelaki pun malu bagai. lelaki pun tau malu kot time tu.

Nadia said...

ouh gosh beraninya budak tu yea? hooh. syaitooon nirrojim betol mamat dua ekor tuh. gila lah!

p.s : eiii comelnya kitten kat profile picxha u! na colik!

sonik-malam said...

makin takut tgk perangai budak2 sekarang. dulu kite layan flashman je. diorang high school musical! mmg dah nk akhir zaman pn yana. we suppose to get prepared ourself. n paling penting kena ingat-mengingati. achieving perfection is just a fairy tale. the real thing is to do good deeds and prevent 'mungkar'. semoga kita sama2 dibuka pintu hati kelak yah! :)

Anonymous said...

paling tak boleh bla ~ wat suke same suke, and then sabit kes rogol... aih ~ dose sape nak tanggung tuh?