03 June 2010

Chibbit yang yakin diri.

Dulu waktu kecik-kecik or even sekarang kadang-kadang, i rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Sebab gigi saya berterabur - macam rabbit. Pasal itu kalau saya ambil gambar, memang tak mahu senyum lebar-lebar - tak yakin diri. Cemburu betul dengan orang gigi tersusun cantik.


Pernah banyak kali, minta parent belanja pasangkan pendakap gigi. 

Tapi abah cakap, "Tak payahlah, kan unik kalau gitu.". 
Emak pula, "Eh, sakit tau pakai pendakap gigi. Tak takut ke?"

So sebagai anak yang memahami, saya tak minta-minta lagi dibelanja pakai pendakap gigi. Juga, saya memang takut dengan dentist dan juga macam mana nak pakai pendakap gigi kalau type gila rabbit macam saya. Mesti dentist tu pun pening HAHA. So yeah, saya memang nak lupakan cita-cita pakai pendakap gigi. Tapi bila saya dah besar nanti, bila dah ada anak, memang awal-awal nak pergi susun gigi dia biar tak degil macam saya. (-.-")

 
Mesti ada orang lain juga yang rasa kurang yakin dengan penampilan juga. Like me myself, serious cakap, i memang tak yakin kalau pasal nak senyum lebar-lebar sebab gigi terabut macam rabbit. So, jom kongsi tips untuk gain confident bila kita rasa kita kurang cantik.

Firstly, kita memang kena sedar yang orang semua ada kekurangan dan kelebihan. Jadi jangan pernah rasa rendah diri sampai rasa tak nak keluar jumpa orang luar lagi. Jangan, kena juga bersosial. Orang takkurang cantik belum tentu hati busukkan? So okey. Kena ada yakin diri.

Secondly, kan dah bilang tadi, orang kurang cantik belum tentu hati busuk, jadi kalau kita rasa kita kurang cantik, janganlah tambah-tambah dengan attitude yang tidak elok. Kena hati lembut, baik hati serta tunjuk sikap positif. Sekurang-kurangnya orang yang pandang pakai hati dan bukan hanya guna mata akan sedar kecantikkan dalam diri kita.

Third, korang boleh cuba atasi kekurangan korang tapi ikut kemampuan. Macam saya seorang penganggur berjaya teringin nak pakai pendakap gigi tapi tak mampu, kena lupakan. Tak boleh buat apa lagi sebab tak mampu. And orang yang rasa tak confident sebab rasa diri gemuk tapi padahal BMI masih mantap. Jangan risau, cuma buat senaman ringan hotkan body itu sudah cukup.

Forth, kalau betul orang tak kawan dengan awak sebab kekurangan awak, it is not a problem! Kita fikir positif dengan assume kita patut bersyukur sebab kita tak kawan dengan orang yang memilih kawan. Jadi kita kena gembira dengan current friend kita.


Okey apa lagi?


I malas nak fikir, tp yang penting kita kena ingat hidup sekali. Macam mana kita tak suka fizikal kita, kita kena terima sebab dah ketentuan tuhan fizikal kita gitu. Tapi ingat perangai buruk boleh ubah jadi lebih baik. So perangai buruk kena ubah tapi fizikal buruk jangan nak bersedih lara. Hadapi dengan gembira sebab belum tentu kita hidup lama. Sampai bila nak rasa rendah diri sangat amat kan?


*Mengantuk. Sangat mengantuk!
**Hoo. Tajuk chibbit sebab gigi rabbit jadi nak gelar diri chibbit. Boleh? ;-p

3 comments:

Anonymous said...

yana...
bestnye buang rase tak confident dlam diri..
cam mas ni maseh ada...
ooh~

AnneAnne said...

heii. tak elok. dulu yana gila pemalu but now or since kt utm dah krg. time kerje nanti kena confident. hehe. awk kan engineer. KENA CONFIDENT

pidot86 said...

X boleh ....
okay.. gud3x...
nk beli confident diri rm10..
ada jual lg x ?