28 October 2008

Engkau

Aku sering buat kau sakit hati.
Tapi aku sayang engkau.
Dalam hati aku, aku sakit hati juga.

Aku selalu buat tak peduli.
Tapi aku sayang engkau.
Aku ambil peduli dari jauh.

Aku sering jerit kuat-kuat aku benci engkau,
Tapi sebenarnya aku sayang engkau.
Cuma aku ego untuk berkata sayang.

Aku sering kata pegi mampus,
Tapi aku tetap sayang engkau.
Aku tak nak engkau pergi dulu sebelum aku.

Aku selalu senyap bila dengan engkau, macam aku benci.
Tapi aku sayang engkau.
Sayang yang tak mungkin terucap.


Engkau takkan pernah faham.
Engkau takkan pernah mengerti.
Sebab aku ini aneh.

Hati aku,
rupa aku,
fikiran aku,
tak pernah bergerak serentak.

Jadi engkau takkan pernah dapat baca.
Tapi, aku nak engkau ingat,
jauh dalam sudut hati aku,
aku sayang engkau.
Lebih dari aku sayang diri aku.
Dan sebab itu,
aku tak boleh berhidup dengan engkau.
Kerana itu tidak adil untuk aku.

0 comments: