07 November 2009

Poligami?

Tadi I tengok cerita Payung Siti Fatimah. Ouh, it is about polygamy. Ahah, tapi memang credits given to both of their actress la sebab pakai tudung dengan sangat cantik and buat I rasa teruja each time diorang tukar baju. Lagi-lagi si Bienda cantik itu. Ok, ini bukan topic yang I nak cakap, but pasal poligami.

Ingat tak dulu I pernah buat satu entri pasal poligami? And I did tell you that I don’t mind. Ok, ni kita buka cerita baru pula okay. My new concept of poligami setelah menonton drama Payung Siti Fatimah. And mana tah entry dulu tu, I tak jumpa. ;-(


Percakapan suami isteri yang biasa kita dengar dalam bab poligami.

Waktu, sure sebelum masa tidur dimana suami sambil cuba untuk mengambil hati isteri sebelum memulakan pebualan.

Suami: Sayang, abang ada benda nak cakap.

Isteri: Apa dia bang? (sambil terus mengadap muka suami, tersenyum)

Suami: Abang nak kahwin lagi. Abang rasa abang mampu. Lagipun, kami dah jalinkan hubungan selama berbulan-bulan. Kalau boleh abang nak izin sayang dulu sebelum kami berkahwin.

Sambil isteri membuat muka terkejut dan mula mengalirkan air mata.

Isteri: Siapa dia abang? Sampai hati abang buat ayang macam ni? Kenapa bang? (sambil menangis dan menumbuk-numbuk si suami)

Suami: Kami pernah bercinta zaman sekolah dulu. Abang baru jumpa dia, abang tak boleh tipu perasaan abang.

Drama pun berlaku akhirnya kita tetap dapat tahu si suami kahwin baru dan si isteri dimadukan tanpa rela.


Tapi bab poligami dalam cerita sekarang dah lain. Percakapan suami isteri yang tidak biasa kita dengar dalam bab poligami.

Waktu time nyaman-nyaman sambil minum teh si isteri yang memulakan bicara selepas beberapa hari mempertimbangkan keadaan.

Isteri: Abang, saya nak abang berkahwin dengan si-A.

Suami yang sedang minum pun tersedak. Sambil terus memandang si isteri. Tidak percaya.

Suami: Apa ayang cakap ni? (dalam hati berfikir, mana dia tahu perempuan tu ex aku? Cerita lama)

Isteri: Ayang jumpa surat abang dengan dia dalam stor. Dia susah abang sekarang, dia perlukan perlindungan seorang lelaki. Ayang bersedia abang.

And bla.. bla... bla... bla... If korang tengok cerita tadi korang akan faham conversation tu jadi macam mana.

Gambar tiada kaitan dengan mana-mana pihak, tapi smart tak lelaki ni kahwin 3 terus? Gila!


Ok, it is weird you know when a woman started all those polygamy thingy. It is not normal for me. Pernah korang fikir untuk cakap kat boyfriend korang, “Awak pergilah couple dengan ex awak tu, dia masih sayang awak lagi. I don’t mind as long as awak still sayang saya.” Pernah?

When it comes to marriage and the guy yang korang sumpah sayang itu dah sah jadi suami korang. Boleh tak terlintas nak dia kahwin lain atas pilihan korang? Ok, maybe bukan I lah sebab I memang hati tak suci sampai macam tu sangat. At least not for now sebab memang I tak rela if boyfriend I sekarang ada girlfriend lain. Sumpah I lempang dia laju-laju sampai terbang naik bulan. Ahahahaha..

Tapi, bila I dah kahwin and sang suami mula buat perangai and ada perempuan lain. Auwwww. Siap mintak kahwin lain lagi sambil bawa surat mahkamah kebenaran kahwin lagi suruh I sign. Aduh, if dia mampu I mungkin, mungkin ya disitu membenarkan. Ye lah, daripada I ditipu bodoh dia dah ada anak 5 tahun baru I tahu I dah dimadukan, better tahu dari awalkan? Truth is hurts la kan.

Cuma, memang ciri-ciri wanita yang bakal menjadi madu I memang I kaji siap upah PI lagi kot. And seriously, if I rasa suami I tak mampu untuk adil, tak mampu dari segi harta and tak mampu dalam apa-apa segi pun, memang I akan bantah. So bakal suami saya, sila jangan tersenyum dulu. Poligami, orang yang betul-betul kuat iman je kot boleh buat. Kan? Oh lagi satu, bakal madu itu juga mesti boleh terima poligami. Tak nak lah nanti I diracun sebab dia tanak share husband. ;-p

But seriously, I akan berusaha gigih untuk elakkan poligami jika sudah berkahwin. Senang untuk cakap itu, cakap ini, demand itu, demand ini. Tapi hati yang parah kat dalam bila dimadukan, siapa yang tahukan? Mesti ada pain dia. Oh, beremosi pula I ni. Macam sudah dimadukan pula rasa. Ahahaha.

Apa benda I merepek malam-malam ni?
Ahhh.. good night!

6 comments:

sonik-malam said...

haha...nice entry yana! ur issues are getting weightier! yana sudah besar!! hahaha...

well its obvious stated in our religion polygamy untuk orang yang "berkemampuan". bukan materi je. totally up to down, in to out!. adil adalah sesuatu yang sgk susah utk dilihat zaman sekarang. tipu n alasan? banyak!!! so tak perlu kita nk compare kn diri kita dgn baginda S.A.W! kita boleh jadikan baginda as our benchmark. tapi jangan gunakan alasan Islam membenar untuk kepentingan politik. hoho~

untuk seorang perempuan meluahkan kata2 "saya nk abang kawin dgn si X tu," that is not suci. n not wise also. the statement itself shows the weirdness n fishy-ness of her intention. so, agak janggal la kite akan dengar seorang perempuan yg betul2 perempuan mengarahkan suaminya berkahwin melainkan ade niat lain!

for me, polygamy is not a subject to be offense with. it is just an option given by Islam to solve a marriage issue. dengan ber"ASAS"kan Islam bukan ber"ALASAN"kan Islam.

so untuk yana, polygamy adalah keputusan bersama. bukan sebelah pihak. even though i pn not into this thing, tak menentang dan tak menyokong, but every single thing happen in this world ada baik buruk masing2. we as manusia yang berakal, yang diberi label khalifah utk muka bumi ni. yang ditarafkan paling tinggi heirarki diantara makhluk2 bumi ni. kena la buat keputusan yang berakal dan bijak! hehe.

sori komen panjang! dah lame x menaip! blog pn x update! aiyah~~ hehe ;p

AnneAnne said...

ahahaha. wahh, u dah boleh buat entri satu kot kat sini! hihi. ye betul2 ape u ckp kot. smlm i chat ngan kwn i pun dia ckp psl ni. tambah sikit ilmu i psl poligami ni.

sonik-malam said...

haha..at our age now we need to start considering bout many thing..yet pray for the best for us so xde la isu2 berat2 nnt..heheh..;)

AnAk iBu said...

yeah. rupanya neh belog org dewasa.

tapi agk tasanggop kot tengok suami x syang kite sowang. siap gurau gelak kakaka dgn madu.
terhiris.

-komen dewasa dari budak kecik-

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

nice view, u can see mine at www.apekejdinyer.blog.friendster.com

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

nice view, u can see mine at www.apekejdinyer.blog.friendster.com