14 March 2010

Cerita Bubols

Tuari saya ada baca belog orang cantik dan famous, sebab dia I rasa macam nak try main Bubole. So waktu I try main, adik I nampak then dia pun main juga. Sampai addicted. Even Hakim dan adik lelaki pun dah start main. Jadi, I nak review juga game ini. Nak, nak, nak! And moga-moga lepas ini ramai rakan taulan I main game ini dan I boleh jerit-jerit main jentik-jentik orang yaw!

So ini dia, Bubole sayang! - [LINK]

Korang kena sign in dulu. Boleh letak email, but so far tak ada notification pun. Cuma untuk sign in sahaja. So no worries tak ada spam. Kalau bosan-bosan malas nak sign in pun boleh squashe some bugs. Main picit-picit kat bug jalan-jalan tu. :)



So mula-mula, cipta monster kamu sendiri. Pilih head, eyes, body, legs, mouth, color, arms then save lepas itu namakan monster kesayangan awak itu. Biasanya monster ini melambangkan pembuatnya, so make sure everything mencerminkan yourself baru rasa, oh monsterku macam aku. Heh.



Ini monster pertama saya. Chibbit. Yes, I suka nama chibbit sebab macam rabbit. Haha. So pet semua nak namakan chibbit. Yang first I buat mesti nak nampak girlish. Tapi bila lama-lama, I dah rasa nak buat jenis lain punya bubol, so ada lagi dua monster I.



Introducing si Lumby. Sebab I rasa tangan I sangatlah lembab untuk kasi reaction, jadi I buat monster ganas bertangan besar biar orang ada sikit takut dengan I. Tapi sama je pun, I tetap selalu kalah. (-.-")



Ini version kerdil punya monster. Nama dia BunnyBox. Lalala. Comel betul rabbit, tapi kenapa ada orang makan daging rabbit buat berger. Marah betul. So ingat tiga ekor binatang I, nanti kita lawan okey!



Next, I nak explain macam mana nak main. You can see, someone challenge I untuk lawan. Nampak tak kepala-kepala kat bawah itu. Tu semua player yang tengah online sekarang, so korang boleh ajak lawan. Permainan dia tak susah, korang main jentik-jentik pihak lawan sahaja dengan tekan 'SPACE' dengan sangat laju mengalahkan pihak lawan, kalau nak defense pun boleh, tekan arrow yang membelakangkan bubole korang. Senang, tapi kena laju.



Kalau masih rasa tekan 'SPACE' tak laju, boleh pegi practise mode. Lawan dengan binatang tak bergerak then tekan la 'SPACE' selaju mungkin. Kena rajin practise baru boleh menang. Sebab yang main kat luar memang sangatlah amat hebat!




Kiraichi ini hebat sebab dia selalu kalahkan I sampai I rasa I malas nak main. (-.-")
I memang selalu kalah sebab I punya tangan lambat reflect. Nyehnyeh. Jadi bila I main game ni memang I akan selalu bising-bising.




Tapi bila I menang, I akan berlagak dan lawan dengan orang itu lagi dan lagi. Hahaha. Mesti orang itu baru belajar main sebab itu dia kalah dengan I yang super lembab ini.




Kalau korang rasa dah bosan nak tekan 'SPACE' and nak rehatkan tangan bolehlah ambil mouse dan kejar bug picit biar mati. Then kat atas itu ada markah untuk tekan bug berapa banyak. Tapi main tipu, kalau tak silap I, markah bug I sepatutnya dah 1000++. Marah betul.



Selain itu, u guys boleh chat dekat bawah itu. And boleh kenalkan monster korang dekat Facebook. Trylah main! Biasanya time I main, usually semuanya orang-orang Malaysia kita yang main, so kami berbahasa melayu dengan gembira dalam tu. Maybe dia depend on the network, kalau main kat Malaysia, orang Malaysia je la ada. Heh. And if korang bukak tapi tak ada oran dekat sekeliling, maknanya tak ada orang online time tu. So ajak-ajaklah rakan-rakan main game comel ini. Kalau tengah tension buat assignment boleh bermain tekan 'SPACE' lepas geram. Heh.


Ok bye, I nak pergi lawan dengan adik lelaki. I love Bubole!

0 comments: