05 March 2010

Kena tag

1. Adakah anda rasa HOT?
Oh, musim panas buat saya berpeluh serta selekeh. Daripada tak hot jatuh merundum jadi negatif hot dah semakin hampiri langsung hodoh. Muka yang burn sebab jalan pergi kelas waktu tengah hari juga telah mengurangkan tahap ke-HOT-an saya.

2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!



3. Cerita pasal gambar
Anak kucing parsi kepunyaan mak cik telah menarik perhatian sejak masuk dalam rumah mak cik kemudian nampak dia berjalan terkedek-kedek macam hamster over-weight. Alah comel! Lepas tu pandai dia duduk depan saya dan pose. Pasal tu dapat jadi wallpaper, awak fotogenik lah kucing!


4. Bila kali terakhir makan pizza?
Tadi bersama Hakim. Sedih sebab minggu ini sahaja dah makan dua kali domino pizza regular. Sila take note, bukan 1 pizza regular untuk kami berdua, tapi sorang satu. Lagi sedih, kenapa berat masih tak naik? Conclusion, makan pizza tidak menaikkan berat badan, so orang yang nak diet masih boleh makan pizza. :)


5. Lagu terakhir anda dengar
Telephone, Lady Gaga & Beyonce. Kalau lagu video call mereka buat saya rasa macam lagu yang tak seronok, Telephone telah berjaya buat saya tertarik! Tiap kali rasa menyampah dengan boyfriend sendiri memang lagu ini jadi peneman seronok. Bila video clip dia nak keluar?


6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ni?
Mata melilau cari Gaga si kucing kesayangan. Dia semakin besar! Semakin tidak suka dipeluk saya, Semakin kuat berlari. Semakin suka mengigit. Semakin peramah dengan orang dan bukan kucing. Semakin berani jalan-jalan sekeliling blok. Ok, kucing jagaan saya dah matang.

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
Yana Kuda, Doraemon, Dian, Mok - panggilan berbeza untuk orang yang berbeza. So macam rasa special sikit. Lain kali kalau nak panggil saya LadyGaga pun boleh. ;-p


8. Tag lagi 8 orang
Lapan orang macam nombor betuah orang cina yaw babeh!
Najah - sebab u balik rumah minggu ini, sila buat okey adik!
Terq - Kena adil, bila dah kasi gf kena kasi bf dia sekali.
Mastura - Even sibuk buat psm, kena juga buat tag yana ni. Assignment!
Ecah - Hadiah untuk orang yang baru buat blog. Keep it up la!
Syana - Hey ex roomate kesayangan, tuari nak webcam dengan awak, tapi awak tak ada. Sedih.
Irena - Kena update belog lah adik kesayangan!
Azizul - Sebab nampak muka Adi tadi, so Adi kena buat tag yana nih!
Fateen Dayana - Homework lepas sekolah. Btw, result keluar next week, sure nervous kan!


9. Siapakah orang no.1 kepada anda?
Cousin Hakim yang I rasa macam seronok kalau diajak double date! Yezza. Biasanya akan nampak muka Najah bila time cuti. Heeee.


10. Katakan sesuatu kepada orang no.5
Tuari baru yana nak web cam dengan ana berlagak baju yana. Tapi tak sempat. Takpe, nanti yana tunjuk gambar ok! Btw, tabung awak dah nak penuh dengan syiling 50sen. Suka!


11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Alamak. saya tidak bergosip sebab mengamalkan prinsip, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. So, kalau tanya saya pasal dia dengan siapa? Sejak bila? Macam mana? Ok, saya bukan kaunter pertanyaan hubungan orang itu dan itu.


12.Bagaimana pula dengan no.4?
Eh, dah jawabkan tadi. As cerita dia ini semua orang tahu, jadi dia dah di-'taken'. And tampak bahagia pada pandangan mata kasar. Takkan nak suruh saya tanya, awak bahagia dengan dia. Malu lah!


13. pesanan kepada orang no.6
Esok jangan lupa date kita dalam bilik macam cerita omputih okey. Ini BFF saya, kalau pernah tengok cerita Bratz, dia memang orang yang paling cocok untuk masuk dalam team saya. Ok, rindu, sepatutnya by this time mesti tengah seronok online dengan dia sama-sama.


14. kata-kata cinta untuk orang no.2
Bercinta dengan dia dengan tulus hati okeh. Kalau awak curang dengan dia lepas tu saya nampak awak kat Jusco Tebrau, memang saya pergi interrupt dengan muka sinis sambil tangan dail nombor dia, video call terus!


15. Adakah no7. dan no.8 ada persamaan?
Walaupun mereka tidak kenal tapi mungkin saya boleh conclude persamaan mereka adalah, mereka pandai! Heee. Azizul selalu membantu saya dalam pelajaran. Manakala Fateen, cara dia sentiasa menunjukkan dia educated, insya-Allah result dia terbaik! Amin.


16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
Ada dua orang tag saya. Ariana dan Khalif.
Ariana. Walaupun tidak mengenali dia secara direct, tapi saya rasa dia cool. Cara pemikiran cool, cara dia tulis cool, cara berpakaian pun cool. Taken oleh Hati Kusut. Dia ada DSLR dan suka mengambil gambar, saya suka! Dia suka kucing juga, mungkin. And last, dia cantik dan saya rindu rambut kaler dia dulu.
Khalif. Dulu selalu lepak, sekarang nampak muka pun susah. Dia ada girlfriend yang cantik. Semakin obsess dengan blog dan JOHO. Dia tinggal kat Putrajaya, kampung kat Kuantan. Dia sayang dengan cousin dia, close gila nak mati kot dengan cousin sendiri. Dia pun bawa Ken-ken (nama kenari version lelaki).

3 comments:

ShaNa said...

kne wat ke yana....
alllaaaaa.....

Diana Naubi said...

ohow kena!
heeeee.

najdanhotchocolate said...

alahai baru perasan la yana.if i got time i'll do kayh!