07 March 2010

Pre-Graduation Night

Hello! As I promised, Pra-Graduation Night punya dinner lah. To those rakan-rakan yang tak berkesempatan nak pergi tak apa, biar I cerita. So, theme of the night adalah World Wide Entertainment. So I pilih untuk jadi Miss Bollywood dengan memakai semula baju lama I. Cehceh, pergi dinner pun I nak berjimat pakai baju lama. Baik betul I ni. ;-p

Sepatutnya kehadiran VIP pukul 8.30p.m tapi table I sampai lagi lambat sikit sebab kami perasan kami VVIP. Ok, itu bukan something untuk dibanggakan, agak segan masuk hall time VIP tengah berucap. But I tetap jalan kedepan menuju ke meja kami. Biasalah, kalau makan macam ini minuman mestilah teh cina tak bergula dan air sejuk. Haih.

***

Makanan pertama berbentuk aneh. Tapi betul orang kata don't judge a book by its cover, walau first time I aneh-aneh tengok bentuk makanan itu, lepas makan hati I sangat gembira! Gambar I tak sempat ambil sebab rakan yang rakus dah makan dulu sebelum I terfikir nak ambil gambar. I kidnap gambar ini dari orang lain. Haha


Makanan kedua macam shark fin punya sup tu. Lupa nama dia. Tapi diorang tak guna shark sebab shark dah nak pupus, jadi tak baik makan shark buat dinner. Diorang ganti dengan dried seafood punya binatang. Kot.


Makan third dengan forth keluar sama. Nasi goreng and ayam madu. Yang ini paling I tunggu sebab mengeyangkan! Makan ayam pun gembira. Lagipun macam melayu la kan ada nasi dan lauk sampingan. :)


Seterusnya, kami disajikan dengan udang gedabak besar! Oh, ini gembira sangat. Walaupun tangan terkial-kial nak kupas udang siap lumba dengan kekasih siapa dapat kupas paling cepat tapi once udang dah berjaya dikupas dan masuk mulut mengunyah, lidah rasa enak, perut rasa gembira. Walaupun adda resdung pun boleh lupa diri kalau jumpa udang sedap.


Waktu sajian ini dikeluarkan, I terkejut besar. Ikan dramatik masak sweet sour. Heheh. Kenapa dramatik? Tengok la cara dia pose untuk dimakan, mesti ikan itu tersiksa waktu kena siang. (-.-") So disebabkan kesian melampau I cuma jamah satu cubit dan kasi bahagian saya kat kekasih. Tak sampai hati betul!


Sajian seterusnya pula sampai, tapi saya dah kenyang. Jadi saya pergi ke toilet untuk berkemas. Makanan ini pun bukan benda yang boleh diterima lidah, si cendawan dan si tahu. Nyeh-nyeh. Tapi habis, mestilah sedapkan.

Last sekali desert. Ini sedap. Ada longan dengan apatah. Sedap sampai I tambah. Hehe. Mungkin sebab I cover up terpaksa minum air tasteless sepanjang waktu makan kot. Mungkin. And time ini tak ada gambar sebab rakan table yang rakus telah makan sampai ciput. Ceh, rakus betul sebab nampak desert menyelerakan!

Overall, makanan sedap yaw!!

Mula-mula NC kasi ucapan, walaupun I tak dengar sangat sebab excited ambil gambar kat belakang tapi I ada terdengar pasal kena being in relationship sekarang sebab bila dah kerja stock lelaki semua dah tak ada. Atau mungkin nanti tinggal saki baki. Itu kelakar sebab kalau orang dewasa nak kita ini semua being single, tapi bila dah disuruh berkasih, itu aneh. And kalau ada boyfriend sekarang pun belum tentu dia suami saya after 5 years kan. Lalalala. Jadi jangan risau okay orang yang bersingle. Jodoh mesti ada!

Pesembahan is okay. Yang I ingat ada group nasyid nyanyi lagu ayat-ayat cinta. Then ada tarian India, dimana segelintir kawan saya suruh saya buat appearance menari sama kat depan. Then ada tarian Serawak. Orang main gitar dan flute eh, merdu! Lepas tu juga ada band yang menyanyi. Sambil itu ia diselang selikan oleh cabutan bertuah.

Last sekali adalah pemberian hadiah. Dimana ada hadiah untuk meja-meja dan King serta Queen yaw! Bila time bergambar, I ternampak si King lalu jerit dia ajak ambil gambar sama. Nyeh-nyeh. King ini memang pakai lain dari yang lain, pasal tu boleh menang. So ini the King bersama piala yang dimenangi. :D



Manakala the Queen pula adalah satu gadis yang I rasa dia sangatlah amat tinggi. And I juga telah buat muka cool nak ambil gambar dengan dia juga. Si Queen;


So bila event dah habis kitaorang still duduk sana ambil gambar. Untuk menonton gambar lain sila tunggu sehingga internet saya laju so boleh upload gambar dari camera kesayangan.

Ok, bye!

0 comments: