20 March 2010

Cerita Poker



Eh lama betul tak update blog. So tadi I pergi main poker, padahal dah betekad tak nak main poker sampai habis belajar, tapi kecundang juga. Patutlah berjudi itu haram dalam Islam sebab memang teramatlah sangat addicted. Hari ini macam gembira main sebab semua pun rakan kelas yang main satu table. So menang kalah tak rasa rugi sebab pergi kat kawan-kawan sendiri pun. Dan mungkin juga hari ini luck I agak baik, so I ada juga certain game itu menang besar. Daripada duit 30k melonjak jadi 90k. Tapi tak boleh nak kalahkan rakan taulan lain sebab chips mereka lagi banyak. Tetapi kenapa tiap kali saya try dekat table besar selalu kalah en? Sangat sebal okeh, last-last mesti rugi sendiri kat table besar. Sampai rasa give up nak main lagi.

So hari ini I nak ajar macam mana nak main poker pula. Perlukah? Mesti ramai lagi orang yang tahu macam mana nak main. Nyehnyeh. But tak apa, sebab nak buat entry juga, so hello poker!

Untuk pilih room, make sure bersesuaian dengan chips anda. If duit ada 5k sahaja takkan nak masuk room 4k kan, kalau kalah sia-sia sahaja. Preferable room, pergi room 500 hingga 10k. Sebab tak mahal yet boleh gain lotsa moneyyy~ Padahal bukan duit betul pon. ;-p



So biar I bagitahu pula susunan card.

  • High Card - Yang ini if kita mempunyai kad yang paling tinggi nilainya kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Paling tinggi diantara rakan table, paling tinggi dari 5 kad kat tengah.
  • One Pair - Bila ada one pair, High Card confirm akan kalah. One pair tejadi bila ada dua kad yang bernombor sama. Tetapi apabila nilainya semakin tinggi, possibility orang itu akan berjaya menang lebih tinggi. Kad ini consider yang kita pegang punya dan yang dalam 5 kad universal. Eg; kalau kita ada pair 5, dan rakan table ada pair A,. dia confirm pemenang.
  • Two Pair - Bila ada two pair, si One Pair akan kalah. Two pair pun lebih kurang sama macam one pair. Kalau dapat high card itu lebih baik. :)
  • Three of a Kind - Bila ada ini, two pair goodbye. Mempunyai tiga kad yang sama.
  • Straight - Ini apabila kita ada straight 5 kad. Contohnya; 2-3-4-5-6, A-2-3-4-5, 10-J-Q-K-A. blahblahblah. Asalkan dia straight tak ada lopong.
  • Flush - Macam biasa flush ada, bye Straight. Flush ini bila ada 5 kad yang sama bentuk. Diamond, spade, heart or club. Kena ada 5 tidak kira nombor apa-apa.
  • Fullhouse - Contoh Fullhouse; KKKQQ, 88899, 22288 ect. 3 nisbah 2 punya kad yang sama. Kalau fullhouse mesti I akan kata kat rakan table itu, "Nice hand buddy!"
  • Four of a Kind - I pernah dapat ini tetapi I fold. Rasa regret betul sebab jarang untuk dapat 4 kad yang sama dalam satu time. 4 kad yang sama dalam satu time, kagum betul.
  • Straight Flush - Kad kena straight dan mempunyai bentuk yang sama. Wow. So far tak pernah dapat gini. Kalau dapat mesti menang besar. Ingat, Straight serta Flush.
  • Royal Flush - Kad ini lagi kagum, Royal adalah diRaja jadi kad kena A-K-Q-J-10, lepas itu Flush pula. Memang hebat siapa dapat. And I tak pernah dapat lagi. Sebal!

Game dia pula macam ini.

Setiap player akan diberi 2 kad. Dan kat tengah table akan dikeluarkan 5 kad mengikut turutan 3-1-1 bergantung kepada player yang raise ataupun check. Selagi ada orang raise dan ada orang kad itu tak akan buka. Sampai semua Call/Fold baru kad baru keluar. Jadi bila rasa kad cantik bolehlah pergi raise banyak-banyak. Lagi banyak duit kita spend kat dalam itu, kalau menang, percentage dapat duit lagi banyak! Tapi semua pun depend kat kad 2 ekor yang dapat, kadang-kadang nasib malang dapat kad yang serba hina.

Conclusion, game in semua nasib! ;-p



I tak suruh korang pergi Genting main kat sana. Tak, sila faham, main judi adalah haram. Tapi I tak tahu main online ini apa hukum dia sebab we didn't spend any penny. So, if rasa dah boleh main poker cuma buka facebook and search PokerZynga. Kalau menang besar, send chips kat I okey!




Good night!

3 comments:

kakipoker said...

its not about nasib.. its about skill n how u bet.. even if u dont have any good hand.. u can still win the big pot.. do u think people who have billions of chips have a good 'nasib' all the way??

AnneAnne said...

haha. maybe i am still lack of skill sampai each time kalah I'll say, "alah tade luck lah kali ni tuka table"

anyway, i am still wondering how they manage to get lotsa money! jealous!

Unknown said...

Macam knl jer,...