15 March 2010

Tiger Blogfest 2010



Sebab I interested dengan festival ini, I pun nak tarik another blogger biar sama-sama join festival ini. Awareness pasal nature dan haiwan terpelihara ini sepatutnya semua orang tahu, jadi tak adalah kes bunuh-bunuh harimau lagi.


Harimau macam kucing version extra large. Tak pun macam dinosaur bagi harimau. Haha.


Bayangkan, bila masa dah berlalu pergi dan setiap korang dah timang cucu. Kejap lagi cucu itu bertanya macam mana bentuk harimau. Kita tak dapat nak explain macam mana sebab kita pun cuma tahu harimau dari zoo atau television atau mungkin hanya gambar. Kita tak perasan sekarang sebab harimau masih ada, walaupun tinggal sikit, pergi zoo pun boleh tengok harimau. Tapi bila binatang itu dah pupus, macam mana nak explain dekat cucu cicit kita yang tak berkesempatan tengok harimau secara live. Itu kesian, padahal harimau apa pada logo Malaysia. Boleh cakap, macam harimau itu lambang negara Malaysia.


Kita telah membunuh lebih dari 80% harimau yang ada dekat Malaysia. Aktiviti pembalakan tak tersusun, kita telah merosakkan habitat harimau ini. Selain itu terdapat juga pemburu yang kejam dan berotak senteng, tidak consider atau tidak aware pasal harimau. Sekarang, cuma tinggal 500 harimau sahaja yang masih dilepaskan hidup di hutan. Tetapi jika proses pembangunan dan pembalakan diteruskan, haiwan liar ini mungkin akan pupus. Dan selepas itu mungkin kita boleh bangga seba telah pupuskan haiwan yang menjadi jati diri negara.

Mungkin tak banyak orang kita yang aware pasal kepupusan harimau. Mungkin juga siapa yang aware, tak tahu nak buat macam mana, macam I lah kot. Sibuk kata kesian binatang itu kesian binatang ini, tap selalu cuma dapat pledge dekat WWF, tapi tak tahu nak betul-betul involve macam mana. So bila nampak ada Tiger Blogfest 2010, I tertarik untuk melibatkan diri. Sekurang-kurangnya, kalau belog cerita pasal harimau kita akan rasa appreciate dekat binatang ini lebih.

Tiger Blogfest 2010 akan berlangsung selama seminggu iaitu 19 hingga 23 April 2010. Apa yang boleh anda si blogger tolong adalah dengan blog pasal harimau-harimau dan harimau. Boleh karang cerita, buat poem, technical paper, lukis cartoon, cerita pengalaman harimau ataupun buat lagu pun boleh! Selain itu kena sampaikan message yang kita kena jaga harimau kita. Sesiapa yang nak masuk kena ada Tiger Blogfest 2010 logo dan message yang biasa sahaja untuk protect harimau.

Kepada yang berminat, korang boleh register so that final intruction boleh di send kat korang. Kalau intersted, register blog anda dekat [gbm.ere@gmail.com]


Video ini sedih sebab kesian kat harimau itu. Kena tengok biar korang pun ada rasa, ok kasihan itu harimau. So kena join sama tolong kasi orang lain awareness pasal harimau.



Ceh, I memang suka promote kalau pasal awareness binatang ini. Haha. Kena jadi vegetarian ni. Ok no, I tak pandai makan sayur. ;-p

2 comments:

Monyet King said...

Diana
TQ very very very much. Look forward to your participation. BTW, excellent translation.

AnneAnne said...

Thank you, some of my friends interested to join. I can't wait!

:D